Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Punggung Besar

5 Cara Berkesan Kecilkan Punggung Besar

Posted on 06/06/201606/06/2016 by 123mamanet

Punggung BesarAnda yang memiliki punggung besar, pasti sering rasa berasa malu atau hilang keyakinan diri dengan bentuk punggung besar itu kan? Nanti dulu! Jangan stres ya.

Isi Kandungan hide
1 Berikut Cara Mengecilkan Punggung Besar:
1.1 Baca juga: 3 Menu Diet Cepat Kurus

 

Punggung Besar

Mamanet tahu rahsia mengecilkan punggung besar anda itu dengan cepat. Tak payah buat pembedahan plastik ataupun sedut lemak!

 

Memiliki punggung besar sebenarnya adalah suatu anugerah Tuhan yang wajar disyukuri kerana bukan semua orang bertuah untuk memilikinya.Tapi, bagi wanita yang mempunyai bentuk badan pir pasti punggung besar menjadi masalah utama. Ramai yang berusaha untuk mengecilkannya tapi yang penting, cara mengecilkan punggung besar itu mestilah selamat!

 

Sebenarnya punggung besar boleh dikecilkan dengan mudah jika betul caranya. Ini adalah kerana punggung terdiri daripada jaringan lemak dan kulit. Bersenam secara teratur boleh membuatkan lemak-lemak yang terdapat di punggung hilang dengan cepat.

 

Baca juga: 6 Tip Mengatasi Lenguh Kaki

 

Punggung besar boleh disebabkan beberapa faktor seperti genetik, kegemukan dan lain-lain. Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak juga boleh menjadi penyebab penggumpulan lemak pada bahagian tubuh termasuklah punggung.

Berikut Cara Mengecilkan Punggung Besar:

 

  1. Senaman Ringan

Bersenam merupakan cara yang paling efektif dan cepat untuk menghapuskan lebihan lemak pada punggung. Semakin banyak kita bergerak, semakin banyak juga lemak yang berkumpul terhakis.Lemak dan kalori akan terbakar, dan dikeluarkan melalui peluh.

 

Cuba lakukan senaman ringan, ambil posisi badan terlentang, kemudian angkat salah satu kaki secara bergiliran ke atas, dan kemudiannya ke bawah. Lakukannya secara berulangkali mengikut keupayaan kita.

 

 

  1. Berjalan Kaki Atau Lompat Tali

Berjalan kaki atau lompat tali ternyata boleh mengecilkan punggung besar secara semulajadi. Gerakan senaman seperti ini dapat menghilangkan pengumpulan lemak pada bahagian paha dan betis. Lakukan aktiviti ini selama 30 minit secara rutin pada setiap hari kerana ia boleh menyusutkan lemak.

 

 

  1. Senaman KardioBaca juga:

Senaman kardio dengan gerakan yang fokus pada bahagian kaki cukup efektif untuk mengecilkan punggung dan paha. Berlari, berjoging, bersukan dan berenang merupakan semanan kardio yang boleh anda cuba.

 

Lakukan secara rutin, paling kurang 20 minit sehari dapat membantu pembakaran lemak pada bahagian pungung dan paha menjadi lebih cepat.

 

Baca juga: 3 Menu Diet Cepat Kurus

 

  1. Jaga PemakananBaca juga:

Di samping bersenam, jangan lupa untuk menyeimbanginya dengan melakukan diet yang sihat. Diet yang sihat yang disusuli dengan senaman akan membuatkan proses pembakaran lemak di dalam tubuh kita menjadi lebih cepat dan efektif.

Hindari jenis makanan yang banyak mengandungi lemak, kalori dan berkarbohidrat tinggi. Lebihkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran segar serta bijirin supaya tubuh mendapat vitamin dan mineral yang mencukupi untuk membantu pembakaran lemak dalam tubuh.

 

 

  1. Minum Air Masak Secukupnya

Kita juga disarankan untuk minum air masak atau air mineral dalam jumlah yang mencukupi. Fungsi air masak adalah untuk melancarkan proses metabolisme serta membakar lemak berlebihan dalam tubuh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme