Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara menghilangkan bau kaki

5 Cara Menghilangkan Bau Kaki Busuk! Wajib Baca!

Posted on 11/04/201611/04/2016 by 123mamanet
cara menghilangkan bau kaki
foto-s-hswstatic

Aroma menyengat yang muncul dari kaki boleh membuatkan sesiapa sahaja menjadi serba tak kena, malu serta rasa rendah diri. Jadi, supaya hati tidak lagi gelisah dan orang-orang di sekeliling kita terus menjauhkan diri, ketahui cara menghilangkan bau kaki dengan mudah dan efektif ini!

Isi Kandungan hide
1 Perlu diingat juga, jangan sesekali memakai kasut atau stoking yang masih basah atau sudah kuyup terkena air hujan. Selalulah bertukar stoking yang bersih dan bertukar kasut dua kali dalam seminggu.
2 Wajib Cuba! Cara Menghilangkan Bau Kaki Secara Semulajadi:

 

Bau kaki yang menyengat secara umumnya disebabkan beberapa perkara yang menyebabkan kaki mengeluarkan aroma sebegitu rupa adalah kerana kebiasaan hidup kita yang tidak sihat. Ikuti juga cara mudah menghilangkan masalah kulit kaki merekah.

 

Bau kaki tidak akan berlaku jika kita betul-betul mengamalkan gaya hidup bersih dan sihat. Selain mengetahui cara menghilangkan bau kaki, kita juga perlu tahu bagaimana cara mencegah bau tersebut dari muncul.

 

Jangan abaikan untuk membersihkan kasut dan stoking yang biasa kita pakai. Kaki yang banyak berpeluh dan berkuap pada masa yang lama di dalam kasut merupakan antara punca utama.

 

cara menghilangkan bau kaki
foto-media-safebee

Di samping itu, sebelum dan selepas kita menggunakan kasut, selalulah mencuci kaki agar sentiasa bebas dari virus dan kuman. Sebaiknya gunkan sabun antibakteria untuk menghapuskan bakteria yang tanpa kita sedari menjadi punca masalah bau kaki.

 

Perlu diingat juga, jangan sesekali memakai kasut atau stoking yang masih basah atau sudah kuyup terkena air hujan. Selalulah bertukar stoking yang bersih dan bertukar kasut dua kali dalam seminggu.

 

Menghilangkan bau kaki tidak mudah kerana ia berkaitan dengan peluh, sel kulit mati dan bakteria, namun tak salah jika kita mencuba beberapa cara menghilangkan bau kaki yang dikatakan cukup efektif untuk menghapuskannya.

 

Wajib Cuba! Cara Menghilangkan Bau Kaki  Secara Semulajadi:

 

  1. cara-menghilangkan bau kaki garam
    foto-i-enkivillage

    Garam

Garam boleh dijadikan sebagai bahan semulajadi untuk mengatasi dan menghapuskan masalah bau kaki yang tidak menyenangkan.

 

Cuci kaki terlebih dahulu, dan sedikan air panas suam dalam bekas yang sesuai, kemudian masukkan 10 sudu besar garam. Kacau sehingga sebati, dan rendamlah kaki selama 20 minit ke dalam  rendaman air garam.Setelah itu, keringkan kaki dan lakukannya secara rutin pada setiap hari.

 

  1. cara menghilangkan bau kaki
    foto-bestshoes2016

    Air Perahan Lemon/Limau Nipis

Lemon ataupun limau nipis sememangnya mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan dan juga kesihatan tubuh. Kita boleh menggunakan air perahan lemon atau limau nipis  bagi menghilangkan bau pada kaki dan juga badan.

 

Campurkan perahan lemon atau limau nipis  ke dalam air yang secukupnya. Kemudian rendam kaki seperti cara yang dilakukan dengan penggunaan garam tadi. Senang sahaja kan…  Buatlah cara ini pada setiap hari supaya masalah bau kaki tersebut cepat dapat diusir.

 

 

  1. cara menghilangkau bau kaki
    foto-aceinterglobe

    Tepung Jagung

Salah satu cara menghilangkan bau kaki yang mudah untuk kita lakukan adalah dengan mengggunakan tepung jagung.

 

Sebelum melumurkan kaki dengan tepung jagung, pastikan kaki kita betul-betul bersih dan dalam keadaan kering. Setelah itu, barulah kita lumur tepung jagung pada ke seluruhan permukaan kaki termasuklah di celahan jari kaki kita.

 

 

  1. cara menghilangkan bau kaki
    foto-ak0-pinimg

    Serbuk Kopi

Walaupun penggunaan serbuk kopi ini tidak dapat menghilangkan bau kaki secara kekal, tetapi ia boleh menyamarkan bau kaki yang tidak sedap ketika kita melakukan aktiviti bersama orang lain.

 

Lumur serbuk kopi pada kaki secara merata dan biarkan selama 20 minit. Setelah itu bersihkan dan keringkannya.

 

Selain itu, kita boleh juga meletakkan uncang serbuk kopi di dalam kasut futsal ataupun kasut sukan yang biasanya cukup menyengat baunya. Keesokkan harinya kita boleh ganti  dan letakkan lagi dengan uncang serbuk kopi yang baru di dalam kasut tersebut.

 

 

  1. cara menghilangkan bau kaki
    foto-healthybodyandtips

    Air Teh

Selain serbuk kopi, air teh juga boleh digunakan sebagai cara menghilangkan bau kaki.Serbuk teh ini boleh kita gunakan begitu sahaja, dengan cara melumur pada kaki ataupun teknik merendam kaki pada air teh.

 

Cara ini sangat efektif untuk mengurangkan bau kaki dalam masa yang singkat tetapi pada jenis kulit tertentu ada juga yang akan hilang dalam tempoh yang agak lama.

 

Semoga setelah mengetahui cara menghilangkan bau kaki dan juga pencegahannya, kita tidak perlu lagi gelisah apabila berhadapan dengan masalah ini. Semoga berjaya!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday
  • Dododots Pimple Patches – Pek Mini Kini di 7-Eleven Malaysia!
  • Rohto-Mentholatum 30 Tahun di Malaysia dengan “Little Nurse”
  • Masalah Obesiti – Kenali Punca & Solusi Sihat
  • Beg Tangan AS x Sally – Koleksi Eksklusif Elegan & Trendy
  • SugarBun Umum Kerjasama Strategik dengan Sedaplycious
  • Influenza Makin Merebak! Ketahui Cara Pencegahan Mudah
  • UPKK 2025 – Bersama ABI, Penganalisa Soalan Terbaik Fly High
  • MATEC 2025 – Charge The Hype di Bukit Jalil

Recent Posts

  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday
  • Dododots Pimple Patches – Pek Mini Kini di 7-Eleven Malaysia!
  • Rohto-Mentholatum 30 Tahun di Malaysia dengan “Little Nurse”
  • Masalah Obesiti – Kenali Punca & Solusi Sihat

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme