om AmalkanTumit Kaki Merekah memang tak cantik! Kalau pakai kasut, anda mungkin selamat tapi kalau pakai selipar atau kasut dengan tumit terbuka, macam mana?Biasanya salah satu penyebab tumit kaki merekah dikatakan selain daripada disebabkan kekurangan vitamin dan mineral. Tapi faktor utama masalah kulit kering adalah kerana kurangnya penjagaan kaki.
Cara Mengatasi Tumit Kaki Merekah
Untuk mencegah terjadinya masalah tersebut, kita boleh melakukan penjagaannya secara rutin. Mungkin masih ada di antara kita yang masih tidak tahu cara untuk mengatasi atau menghilangkan tumit kaki merekah ataupun tumit pecah dan kasar.
Jom Amalkan!
Berikut beberapa berapa cara mengatasinya yang boleh diamalkan.
-
Pakai Losyen
Kelenjar minyak yang sedikit pada bahagian tumit boleh membuatkan kulit kaki mudah kering. Jadi, untuk mengatasinya sapukan losyen atau pelembab pada kawasan tumit setelah mandi.
-
Pisang
Buah pisang juga sangat efektif untuk mengubati dan mencegah kaki pecah-pecah. Ia mampu melembabkan kulit kaki yang kering.
Kita hanya perlu menghaluskan buah pisang secukupnya, kemudian sapukan pada bahagian kaki yang pecah-pecah sambil mengurutnya secara perlahan-lahan.Selepas itu, bilaslah kaki sehingga bersih.
-
Mentega Dan Gula Pasir
Gunakan mentega untuk mengurut tumit kaki yang pecah-pecah. Di samping itu, kita boleh campurkan dengan sedikit gula pasir.
Gabungan mentega dan gula pasir akan menjadi skrub semulajadi yang mampu menangalkan sel-sel kulit mati di tumit kaki.
-
Hampas Serbuk Kopi
Selain menggunakan mentega dan gula pasir sebagai skrub semulajadi, kita boleh memanfaatkan penggunaan hampas serbuk kopi.
Jadi, setelah minum kopi, janganlah buang hampas serbuk kopi terpakai tersebut kerana ia boleh kita gunakan untuk menghaluskan tumit kaki yang pecah-pecah. Lakukan massage secara melingkar di kawasan tumit kaki merekah menggunakan hampas kopi. Ia mempunyai kemampuan untuk meremajakan kulit serta menanggalkan sel-sel kulit mati.
Baca Juga:
Cara Menghilangkan Whitehead dan Blackhead
Tips Memilih Bantal Untuk Elak Sakit Tengkuk
-
Lemon
Kita boleh haluskan tumit yang pecah-pecah dengan lemon dan juga manfaatkan penggunaan batu apung.
Caranya mudah sahaja, ambil air dan letakkan dalam baldi atau bekas. Kemudian, ambil sebiji lemon, dipotong dua dan perah airnya. Rendam kaki dalam larutan air perahan tersebut selama setengah jam.
Kemudian gosok tumit dengan batu apung dan bilas. Setelah itu, sapukan losyen atau pelembab bagi mencegah tumit kaki pecah-pecah.
Itulah beberapa cara mengatasi tumit kaki merekah secara semulajadi. Sebelum mengamalkan salah satu cara tersebut, pastikan kita telah mencuci bersih terlebih dahulu kawasan tumit kaki yang mengalami pecah-pecah. Setelah sembuh, jangan lupa untuk memberikan penjagaan ekstra agar masalah tersebut tidak berulang kembali.