Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
tips memilih bantal

Tips Memilih Bantal Tidur yang Betul untuk Elak Sakit Tengkuk

Posted on 10/09/202410/09/2024 by 123mamanet

Ketahui tips memilih bantal tidur yang betul untuk elak sakit tengkuk. Di samping mengenali jenis bantal mengikut posisi tidur, material terbaik dan cara menjaga kebersihan bantal.

Isi Kandungan hide
1 Pilih Bantal Mengikut Posisi Tidur
1.1 Tidur Terlentang
1.2 Tidur Meniarap
1.3 Tidur Mengiring
2 Material Bantal yang Sesuai
2.1 Bantal Latex
2.2 Bantal Memori (Memory Foam)
2.3 Bantal Kapas
3 Ketebalan dan ‘Kekerasan’ Bantal
4 Pilih Bantal yang Boleh Menyerap Haba
5 Tukar Bantal Secara Berkala
5.1 Bantal Hypoallergenic
6 Kesimpulan

Memilih bantal tidur yang betul sangat penting bagi keselesaan dan kesihatan anda, terutamanya jika anda sering mengalami sakit tengkuk. Bantal yang tidak sesuai boleh menyebabkan postur tidur yang salah, seterusnya memberi tekanan pada leher dan bahu.

Mamanet ingin berkongsi beberapa tips memilih bantal yang sesuai untuk membantu anda mendapatkan tidur yang nyenyak dan sihat.

tips memilih bantal

  1. Pilih Bantal Mengikut Posisi Tidur

Posisi tidur anda mempengaruhi jenis bantal yang anda perlukan. Berikut adalah cadangan bantal mengikut posisi tidur:

  •  Tidur Terlentang

Bantal yang tidak terlalu tinggi atau rendah.  Ia memberikan sokongan pada lengkungan semulajadi leher.

  • Tidur Meniarap

Bantal yang lembut dan rendah untuk mengurangkan ketegangan pada leher.

  •  Tidur Mengiring

Pilih bantal yang tebal dan keras sedikit untuk menyokong kepala, leher,dan tulang belakang dalam satu garis lurus.

  1. Material Bantal yang Sesuai

Material bantal memainkan peranan penting dalam memberikan keselesaan. Berikut beberapa pilihan material yang boleh dipertimbangkan:

  • Bantal Latex

Bantal latex sesuai untuk mereka yang ingin sokongan lebih kuat. Ia juga tahan lama dan membantu mengurangkan tekanan pada leher.

  • Bantal Memori (Memory Foam)

Bantal ini mampu menyesuaikan bentuk mengikut kontur kepala dan leher. Ia dapat memberikan sokongan yang lebih baik.

  • Bantal Kapas

Bantal ini lebih lembut tetapi mungkin tidak memberikan sokongan yang mencukupi, terutamanya jika anda mempunyai masalah sakit tengkuk.

Baca Juga:

Menu Diet 30 Hari

Sabun Dobi Viona, Cucian Lebih Jimat

  1. Ketebalan dan ‘Kekerasan’ Bantal

Bantal yang terlalu tebal boleh menyebabkan leher terangkat tinggi. Manakala bantal yang terlalu nipis pula tidak memberi sokongan yang mencukupi.

Sebaiknya, pilih bantal yang sederhana tebal dengan tahap kekerasan yang sesuai untuk menyokong kepala dan leher dengan baik. Bantal yang terlalu lembut atau keras juga boleh menjejaskan keselesaan.

  1. Pilih Bantal yang Boleh Menyerap Haba

Bantal yang menyerap haba membantu mengekalkan suhu badan yang ideal ketika tidur. Sesetengah bantal dilengkapi dengan teknologi pendingin atau menggunakan bahan seperti latex yang lebih sejuk dan selesa.

  1. Tukar Bantal Secara Berkala

Bantal yang sudah lama boleh kehilangan bentuk dan keupayaan sokongan. Oleh itu, adalah disarankan untuk menukar bantal setiap dua hingga tiga tahun. Ia adalah untuk memastikan ia masih memberikan keselesaan yang optimum.

  1. Bantal Hypoallergenic

Bagi mereka yang mempunyai masalah alahan, pilih bantal yang hypoallergenic untuk mengurangkan risiko alahan. Bantal jenis ini membantu mencegah habuk dan bakteria.

Kesimpulan

Memilih bantal yang betul sangat penting untuk tidur yang berkualiti dan mengelakkan sakit tengkuk.Dengan memilih bantal yang sesuai berdasarkan posisi tidur, material yang tepat,dan ketebalan yang ideal, anda dapat menikmati postur tidur yang sempurna serta keselesaan berpanjangan sepanjang malam.

Jangan lupa untuk menukar bantal anda secara berkala untuk menjaga kebersihan dan kualitinya.

Semoga tips ini membantu anda memilih bantal tidur yang sesuai dan mengurangkan masalah sakit tengkuk yang kerap anda alami.

 

1 thought on “Tips Memilih Bantal Tidur yang Betul untuk Elak Sakit Tengkuk”

  1. Pingback: 5 Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki Merekah - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme