Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
ruam susu

5 Jenis Ruam Kulit Ini Selalu Serang Anak!

Posted on 11/04/201611/04/2016 by 123mamanet
ruam kulit
foto-fashionlady

Kasihan melihat anak resah akibat ruam kulit yang dialaminya. Badannya dipenuhi bintik-bintik merah dan dia kelihatan sangat tidak selesa akibat rasa yang menyucuk dan gatal. Ruam kulit ini akan bermula dalam tempoh 48 jam selepas terkena dengan bahan penyebab.

 

Bagaimanapun, masalah kulit ini  dapat diatasi dengan rawatan di rumah sahaja. Jika serius, anda perlu bawa anak untuk dapatkan rawatan doktor. Ketahui juga 5 Cara Anak Mudah Tidur.

 

Terdapat beberapa jenis ruam kulit yang biasa dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak:

 

  1. ruam kulit
    foto-webmd

    Ruam panas

Ruam ini boleh timbul apabila anak terlalu panas akibat cuaca yang panas dan lembap. Ia boleh menyebabkan rasa gatal dan mencucuk. Biasanya ia muncul di kawasan leher, kawasan pelipat kulit, bawah lengan, tepi kawasan lampin atau seluar.

Jangan panik, ia tidak membahaya sebaliknya memberi isyarat bahawa anak kita terlalu panas. Dia akan berpeluh banyak bagi menyejukkan badannya sehingga liang kulit tersumbat dan muncullah ruam.

Jadi, ambil langkah untuk menyejukkannya untuk mengelakkan keadaan lebih serius misalnya strok haba.

 

  1. ruam susu
    foto-babyrashclinic

     Ruam Susu 

Ruam ini muncul akibat lelehan susu yang dibiarkan dan tidak dibersihkan. Biasanya, bintik-bintik putih muncul di muka, leher dan atas dada bayi. Ia kelihatan kemerahan dan agak bersisik di sekitar pipi.

Anak kecil akan merasa tidak selesa dan akan menggaru. Hal ini berlaku mungkin disebabkan anak alah dengan susu lembu.

 

 

 

  1. Ruam Lampin 
ruam kulit
foto-clearfaction

Aduh, pedihnya bila terkena air andai ruam lampin ini menjadi serius! Ia boleh terjadi apabila anak terlalu lama memakai lampin. Kulit menjadi dan radang sama ada di sekitar punggung anak atau celah paha.Pastikan lampin anak anda sentiasa berada dalam keadaan kering agar ruam kulit ini tidak menyerang anak anda.

Bersihkan kawasan lampin anak setiap kali menukarnya dan sapukan krim khas bagi mengurangkan keradangan. Jika anak anda mempunyai ruam lampin yang teruk, dapatkan nasihat doktor.

 

  1. ruam kulit
    foto-graceglamour

    Ekzema 

Ramai bayi dan kanak-kanak mengalami ekzema yang mana kulit menjadi kemerahan, gatal, bengkak, merekah dan sangat tidak selesa. Ia biasanya muncul di kawasan yang mudah berpeluh misalnya bahagian pelipat, leher, kelopak mata, siku, lutut, pergelangan tangan, pipi, jari tangan dan jari kaki.

Ekzema juga dikenali sebagai atopik dermatitis atau ekzema atopic (ekzema bentuk yang paling biasa) bukan sahaja berlaku kepada bayi dan kanak-kanak, malah orang dewasa dan usia lanjut juga tidak terkecuali.

 

  1. ruam kulit
    foto-lovetoknow

    Alahan

Kulit menjadi gatal dan kemerahan secara tiba-tiba lazimnya  berpunca daripada alah kepada pemakanan, habuk, cuaca, ubat-ubatan tertentu, serangga dan haiwan tertentu. Alahan ini adalah tindakbalas imun terhadap bahan yang disentuh atau dimakan.

Ia akan mengeluarkan histamin dan bahan kimia lain yang mendorong simptom lain misalnya kegatalan hidung, ruam gatal, sistem respiratori, mata berair dan sebagainya.

 

Bagi memastikan anda dapat memberi rawatan di rumah dengan baik, anda perlu kenal pasti terlebih dahulu jenis ruam kulit yang dialami oleh anak-anak.

 

Dalam cuaca yang panas lembap, pakaian daripada fabrik kapas adalah yang terbaik kerana ia mampu menyerap peluh. Pastikan pakaian anak longgar dan utamakan juga kebersihan. Peka dengan sebarang perubahan kulit anak agar mereka bebas daripada ruam kulit.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme