Ada bermacam-macam cara memakai atau menggayakan tudung pashmina ini. Pilih sahaja yang mana satu berkenan di hati dan sesuai untuk digayakan.
Tudung ini boleh dikenakan dengan pelbagai gaya sehingga sangat sesuai dipakai untuk acara rasmi dan formal. Keunikan tudung pashmina adalah bentuknya yang panjang sehingga mudah untuk kita pakai dan gayakan dengan lebih menarik lagi. Pashmina hampir sama dengan tudung segi empat dari segi pemakaiannya, cuma yang berbeza adalah dari segi ukurannya. Motif dari pashmina ini juga artistik dan sangat selesa ketika digunakan.
Material yang digunakan untuk ada bermacam-macam jenis serta bentuknya yang panjang membuatkannya mudah untuk digayakan dengan bervariasi sesuai dengan bentuk muka dan pipi masing-masing.
Berikut beberapa jenis material tudung pashmina:
- Pashmina Spandex Atau Lycra
Material tudung pashmina jenis spandex atau lycra sangat selesa bila dipakai. Ini adalah kerana bahannya tidak panas dan fleksibel atau mudah lentur(stretch) ketika dililit.
Cara mencucinya juga cukup mudah, anda yang perlu mencucinya dengan menggunakan tangan dan keringkan di bawah cahaya matahari. Hindari menggunakan mesin basuh kerana ia akan merosakkan bentuknya akibat proses tarik dan putar di mesin basuh itu.
- Pashmina Ala Cotton
Tudung jenis ini juga selesa dan banyak dipakai. Terdapat banyak jenisnya, dan bahan cotton combed biasanya diperbuat 100% dari serat kapas semulajadi. Bahan combed mempunyai tekstur yang halus, sejuk, menyerap peluh dan selesa dipakai.
- Pashmina Sutera
Tudung pashmina dari bahan sutera ini mempunyai beberapa jenisnya. Sebaiknya pilihlah bahan sutera yang nipis, lembut dan mudah digayakan supaya kelihatan cantik dan kemas apabila dipakai.
- Pashmina Chiffon
Salah satu tudung pashmina yang paling disukai ramai adalah bahan Chiffon.Meskipun agak panas, tetapi material dari ciffon ini kelihatan cantik dan mudah digayakan serta dikombinasikan dengan pakaian yang dikenakan.
Sewaktu mencucinya, anda perlu lebih berhati-hati kerana sifat bahan ciffon ini cenderung lebih sensitif dan mudah terkoyak. Sebaiknya basuh dengan menggunakan tangan atau manual.
- Pashmina Satin
Salah satu ciri khas dari kain satin adalah bahagian permukaannya yang licin dan berkilat. Efek berkilat ini disebabkan kerana teknik menenun yang menggunakan serat filament.
Tudung pashmina jenis satin ni memberikan kesan eksklusif dan cenderung feminin. Testur kain jenis satin juga lembut dan selesa dipakai.
[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]