Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
makanan untuk otak bijak

5 Makanan Untuk Otak Bijak & Sihat

Posted on 10/22/201610/22/2016 by 123mamanet

makanan untuk otak bijakMakanan untuk otak bijak. Memiliki otak yang bijak sudah pasti impian  setiap orang. Siapalah yang tak nak jadi bijak… kan. Perlu kita ketahui bawah otak memerlukan nutrisi dan zat agar kita dapat berfikir secara baik. Nutrisi dan zat ini dikatakan boleh diperoleh dari makanan.Dikongsikan beberapa jenis makanan untuk otak bijak, bagi memudahkan kita semua menyediakan makanan sihat dan bernutrisi buat otak.

Isi Kandungan hide
1 Makanan untuk otak bijak ini dikategorikan sebagai ubat semuladi dalam meningkatkan kecerdasan otak.

 

 

Selain mengelakkan stress serta mendapatkan rehat yang secukupnya, otak memerlukan pengambilan nutrisi yang cukup dari makanan yang kita makan pada setiap hari. Nutrisi ini juga membantu meningkatkan kekutan otak serta mencegah kita daripada serangan pelbagai penyakit. Ketahui juga cara merangsang otak bayi agar bijak.

 

 

Makanan untuk otak bijak ini  dikategorikan sebagai ubat semuladi dalam meningkatkan kecerdasan otak.

 

 

  1. makanan untuk otak bijak
    foto-cimg1-ibsrv

    Oat, Bijirin Dan Gandum

Gandum tersenarai dalam makanan untuk otak bijak yang mampu meningkatkan kecerdasan otak, sama ada yang asli ataupun sudah diolah. Gandum banyak mengandungi vitamin E dan vitamin B.Vitamin E berfungs untuk memelihari kesihatan sistem saraf dalam otak. Manakala vitamin E pula berfungsi untuk membuat otak bekerja dengan kapasiti maksimum.

 

Di samping itu juga, makanan ini juga mengandungi serat tinggi, sehingga dapat mengawal kemasukkan gula dalam badan.

 

 

  1. makanan untuk otak bijak
    foto-seriouseats

    Telur

Protein dan kolin yang terdapat dalam telur cukup berguna untuk otak kerana ia mampu meningkatkan kemampuan berfikir serta mengingati.

Kuning telur kaya dengan kolin, vitamin yang memainkan peranan penting dalam pembentukkan sel memori dalam otak.

 

Selain itu, telur juga mengandungi kadar protein tinggi, mengandungi zat besi, asid folik dan vitamin A, yang mana semua nutrisi itu penting untuk perkembangan, pemulihan serta perkembangan sel-sel.

 

 

 

  1. makanan untuk otak bijak
    foto-productivityhacks

    Ikan Yang Kaya Dengan Omega-3

Ikan salmon,tuna dan sardin mengandungi zat yang mampu menambah nafsu atau selera makan. Selain itu, makanan untuk otak bijak seperti ikan salmon ini juga dikatakan mampu menambah kecerdasan otak kerana mengandungi zat Omega-3, DHA dan EPA.

 

Asid lemak Omega-3 merupakan kompenen penting yang diperlukan utuk perkembangan sel otak. Selain itu, Omega-3 juga turut memainkan peranan penting  dalam fungsi memori serta sel-sel penghubung antara saraf.

 

 

  1. makanan untuk otak bijak
    foto-rawsmoothierecipes

    Sayuran Hijau

Pengambilan sayur-sayuran hijau yang segar merupakan cara yang baik untuk menutrisi dan mencerdaskan otak kita. Ini adalah kerana di dalam sayuran hijau terdapat vitamin K, yang dikatakan mampu meningkatkan ketajaman otak kita.

 

Bayam merupakan salah satu makanan untuk otak bijak kerana  mengandungi vitamin B yang berfungsi untuk meningkatkan memori  yang diperlukan untuk mencerdaskan otak kita.

 

 

  1. makanan untuk otak bijak
    foto-healthyeating

    Susu,Keju Dan Yogurt

Makanan-makanan dari produk susu biasanya mengandungi vitamin B dan protein yang tinggi. Kedua jenis nutrisi ini sangat penting dan dapat membantu pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter.

 

Susu dan yogurt juga dapat membantu perut kenyang lebih lama kerana kandungan karbohidrat dan proteinnya sekaligus menjadi sumber energi untuk otak.

 

 

Itulah beberapa makanan untuk otak bijak. Biarpun ia bukanlah satu-satunya cara yang boleh kita lakukan, namun pengambilan zat dan nutrisi yang mencukupi mampu membantu menjaga kesihatan otak serta meningkatkan gerak kerja otak.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme