Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Cara Merangsang Otak Bayi

Rahsia 7 Cara Merangsang Otak Bayi Agar Pintar

Posted on 06/08/201606/08/2016 by 123mamanet

Cara Merangsang Otak BayiCara merangsang otak bayi. Semua ibu bapa mahukan anak mereka membesar sihat, cerdas dan pintar. Malangnya ramai juga yang mengharap perkara itu berlaku di bangku sekolah. Hakikatnya mereka silap. Anak yang cerdas dan pintar terhasil daripada rangsangan awal usia 0-6 tahun kerana waktu inilah ibu bapa perlu amalkan cara merangsang otak bayi.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah 10 saranan cara merangsang otak bayi

Oleh itu, ibu bapa perlu bertanggungjawab dalam merangsang pembentukan mental, emosi dan kebijaksanaan anak. Perkembangan inilah yang akan berperanan dalam pembentukan mental, penyelesaian masalah, penilaian, bahasa, pemahamam sebab dan akibat, pembuat keputusan dan kekuatan daya ingatan.

 

Cara Merangsang Otak Bayi

Ingatlah membesarkan bayi bukan hanya dengan memberikan dia susu, makanan atau pakaian yang terbaik. Lebih penting ialah rangsangan terhadap 5 pancainderanya. Menurut Piaget, perkembangan kognitif bayi berlaku berdasarkan interaksinya dengan persekitaran.

 

Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memaksimumkan perkembangan kognitif bayi dan kanak-kanak khususnya dari 0-24 bulan dengan cara merangsang otak bayi.

 

Baca ini

  • 6 Khasiat Buah Kurma Untuk Puasa
  • Bengkel Keibubapaan KidZania KL

Berikut adalah 10 saranan cara merangsang otak bayi

 

  1. Lakukan stimulasi sensori (rangsangan deria)
    Bayi belajar daripada persekitarannya melalui pancaindera terutamanya pada bulan-bulan awal iaitu 0-6 bulan.  Deria penglihatan, pendengaran, bau, sentuhan dan rasa menimbulkan pelbagai sensasi yang akan menghantar isyarat pada otak bagi menghasilkan pemahaman terhadap sesuatu. Cara merangsang otak bayi ialah dengan melakukan aktiviti mengelap badan bayi dengan tuala selepas mandi misalnya, bayi akan mengenal tekstur lembut kain tuala. Manakala tindakannya memegang botol losyen memberikan isyarat bahawa ada permukaan yang keras dan licin.
  1. Elakkan merangsang dengan suara yang keras dan nyaring
    Gegendang telinga bayi belum terbentuk sepenuhnya. Jadi, elakkan daripada menggunakan suara yang tinggi atau keras ketika merangsang bayi. Cara merangsang otak bayi ialah dengan memanggil atau bercakap dengan bayi dengan suara yang rendah tetapi jelas. Suara yang keras akan mengejut atau membuat dia terperanjat lalu menangis.

 

Jika anda memasang muzik pasikan muzik itu sememangnya direka untuk bayi dengan volume yang sederhana. Memasang volume teralu kuat akan membuatkan bayi berasa bingit dan boleh merosakkan gegendang telinganya. Lakukan rangsangan pendengarn dengan tenang dan langkah demi langkah. Elakkan daripada memberikan stimulasi yang bertubi-tubi kerana otak bayi belum bersedia untuk bekerja dengan pantas. Otaknya masih dalam proses pertumbuhan dan hanya akan lengkap pada usia enam tahun.

 

  1. Mewujudkan persekitaranyang menggalakkan pembelajaran
    Selain persekitaran yang tenang dan selamat, persekitaran yang penuh dengan bahan rangsangan akan mendorong proses pembelajaran dalam bayi. Tidak perlu menggunakan barang-barang mahal. Selagi ia memiliki fungsi rangsangan, bahan-bahan kitar semula juga mampu memberikan kesan yang maksimum. Misalnya, botol air mineral yang diisi dengan sedikit kacang hijau dapat menjadi bahan rangsangan pendengaran apabila digoyang-goyangkan.

Manakala kain tudung kapas yang nipis boleh digunakan untuk merangsang deria sentuhan dan penglihatannya dengan cara menutup mukanya dan membiarkan dia menarik kain itu. Permainan ba ba cak pun boleh dilakukan ketika ini sebagai cara merangsang otak bayi.

 

  1. Berikebebasan untuk bereksplorasi
    Bayi belajari dari persekitarannya dengan meneroka dan mencapai apa-apa sahaja. Benarkan dia meniarap, menjalar, merangkak dan memanjat dengan pengawasan daripada anda. Aktiviti ini sangat berkait rapat dengan rangsangan sel-sel otak agar tumbuh dan berhubung (bukan dengan berinya susu semata-mata).

 

Ramai ibu bapa cuba mengehadkan pergerakan anak dengan memasukkannya ke dalam kerusi roda (mobile chair). Tindakan ini sebenarnya tidak baik untuk bayi yang belum kuat tulangnya. Dia akan terpaksa duduk lama dan cuba berdiri walau pun dia belum mampu. Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan kerusi ini dan biarkan dia bebas bergerak. Pastikan persekitaran ruang rumah tidak berbahaya seperti bucu tajam, banyak peralatan kaca dan sebagainya.

 

  1. Beri penghargaan
    Cara merangsang otak bayi yang seterusnya ialah dengan memberi dia penghargaan setiap kali dia berusaha atau berjaya melakukan sesuatu. Berikan pernghargaan dalam kata-kata yang positif. Contohnya apabila dia berjaya menepuk tangannya sendiri, katanya, “Wah, Alif dah pandai tepuk tangan. Anak mama memang bijak!” Penghargaan ini akan memberikan keyakinan pada dirinya.

 

  1. Berbual dengan bayi, walaupun dia tidak faham
    Bayi memerlukan interaksi dengan orang di sekelilingnya. Otaknya tidak akan mampu berkembang jika dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang rangsangan atau hanya tertumpu pada rangsang tertentu sahaja. Ibu bapa hendaklah selalu berbual dengan bayi. Berbual bererti anda menunggu seketika dan melihat tindak balasnya sebelum anda menyambung bicara dengannya. Interaksi ini akan merangsang perkembangan kognitif dan bahasanya.

 

  1. Membaca buku cerita atau bercerita
    Membaca buku cerita atau bercerita dalam suasana tenang dan penuh kasih sayang mampu memberikan kesan yang kuat terhadap ingatan bayi. Buku cerita yang dipilih mestikan yang ringkas dan dibuat khusus untuk bayi agar sesuai dengan pemilihan kata dan gambar-gambar atau ilustrasi. Baca cerita tersebut denagn intonasi seolah-olah anda sedang melakonkan watak yang ada di dalam cerita itu. Aktiviti ini dapat merangsang perkembangan bahasa bayi.

 

Rangsang dan belailah bayi anda tanpa jemu. Tambahkan ilmu keibubapaan anda melalui pembacaan dan berbincang bersama-sama teman-teman sealiran. Anak yang pintar terhasil daripada ibu bapa yang bijak dan tahu cara merangsang otak bayi.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme