Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
minuman detox

5 Minuman Detox  Segarkan Tubuh

Posted on 04/22/202405/01/2024 by 123mamanet

Minuman Detox. Ada pelbagai jenis minuman detox yang boleh anda pilih. Kalau tanya Mamanet, tentu sahaja Lemon Panas menjadi pilihan!Serius… proses detox sangat mudah, dan anda boleh membuatnya sendiri di rumah macam yang Mamanet selalu buat.

Isi Kandungan hide
1 Minuman Detox
2 Tiada Gula Tambahan
3 Minuman Detox Dari Buah-Buahan Segar
3.1 Berikut beberapa minuman detox yang boleh anda pilih:
3.2 Lemon Panas
3.3 Teh Hijau
3.4 Air Panas
3.5 Buah Strawberi Dan Buah Kiwi

minuman detox

Minuman Detox

Bagi anda yang ingin kurus, pengambilan minuman detox  menjadi penting kerana ia dapat membantu menurunkan berat badan dengan cara semulajadi dan tanpa efek sampingan yang membahayakan.

Malahan, pengambilan minuman detox juga mampu membuang semua toksik atau racun dan bahan kimia berbahaya yang telah lama ‘membeku’ di dalam tubuh, sekaligus meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

 

Baca Juga: Diet Atkins

 

minuman detox

Tiada Gula Tambahan

Dibuat daripada bahan semulajadi yang sangat nikmat dan banyak mengandungi vitamin buat tubuh. Minuman detox ini tidak menggunakan gula tambahan dan bahan pengawet. Anda boleh mengunakan buah-buahan seperti lemon, strawberi, oren dan sebagainya.

Jika anda mengambil minuman detox  yang berasaskan buah-buahan, bermakna anda akan dapat keperluan serat seharian bagi tubuh anda.

Minuman Detox Dari Buah-Buahan Segar

Berikut beberapa minuman detox  yang boleh anda pilih:

  1. Lemon Panas

Belah sebiji buah lemon menjadi dua bahagian. Sediakan air panas masak dalam cawan dan perahkan separuh buah lemon tadi. Sebaiknya ia diminum sebelum anda bersarapan.

Lemon yang dicampur dengan air panas ini bagus untuk detox tubuh. Jika dilakukan secara rutin selama sebulan, tidak mustahil berat badan anda akan turun dengan banyak.

  1. Teh Hijau

Sejak dahulu lagi teh hijau dipercayai untuk menangkis racun dan radikal bebas dalam tubuh. Minuman ini mengandungi antioksidan dan mampu mempercepatkan metabolisme tubuh. Anda boleh mengambil teh hijau secara rutin, namun jangan berlebihan.

Baca Juga: Minum Teh Hijau

  1. Air Panas

Air panas juga dipercayai  sangat bagus untuk mengeluarkan toksik dalam tubuh. Anda boleh mencampurkan air panas dengan pelbagai buah-buahan lain.

Peluh yang muncul apabila anda meminum air panas ini merupakan cara detox toksik yang dikeluarkan oleh tubuh. Anda boleh campur air panas ini dengan sedikit madu ataupun daun mint.

Campuran air panas dan garam pink turut merupakan cara terbaik untuk nyah toksik.

Mineral yang terdapat dalam air garam juga boleh membuang toksik yang terdapat dalam tubuh anda. Ini adalah kerana garam pink mengandungi zat anti bakteria yang akan membunuh bakteria dalam sistem tubuh.

minuman detox

  1. Jus Tembikai

Minuman ini bukan sahaja enak dan segar. Kandungan air daripada buah tembikai yang banyak ini juga boleh menyegarkan otak dan kulit sepanjang hari.

Campurkan jus tembikai dengan daun mint untuk rasa dan khasiat yang lebih baik. Minuman detox daripada tembikai ini boleh menghancurkan lemak dan melenyapkan racun dalam tubuh yang tersimpan di dalam usus.

  1. Buah Strawberi Dan Buah Kiwi

Kaya dengan vitamin dan antioksidan. Cukup bermanfaat untuk kesihatan kardiovaskular, menguatkan sistem pertahanan tubuh, menurunkan gula darah serta melancarkan penghadaman.

Caranya membuat minuman detox mengunakan buah strawberi dan kiwi ini cukup senang. Anda hanya perlu menghiris nipis buah strawberi dan kiwi, kemudian hancurkan sedikit dengan menggunakan senduk. Kemudian tambahkan 500ml air masak, simpan dalam peti sejuk selama dua jam sebelum dinikmati.

2 thoughts on “5 Minuman Detox  Segarkan Tubuh”

  1. Pingback: Guardian Lancar Rangkaian Penjagaan Diri Eco-Garden - 123mamanet
  2. Pingback: Dietitian, Pakar dalam Pemakanan dan Kesihatan - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme