Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
nutrisi untuk ibu mengandung

5 Nutrisi Untuk Ibu Mengandung, 5 Perkara Wajib ada!

Posted on 12/04/201612/14/2016 by 123mamanet

nutrisi untuk ibu mengandungMakanan merupakan faktor penting yang perlu diperhatikan sepanjang kehamilan. Sebenarnya banyak sekali nutrisi untuk ibu mengandung yang wajar dipenuhi oleh ibu mengandung.

Isi Kandungan hide
1 Nutrisi untuk ibu mengandung yang perlu dititikberatkan bagi janin atau bayi dalam kandungan.

 

Makanan yang sihat dan bernutrisi akan mempengaruhi perkembangan janin dalam kandungan.Supaya janin yang ada di dalam kandungan tetap sihat dan membesar dengan sempurna, sudah semestinya mana-mana ibu mengandung menitikberatkan soal nutrisi yang diperlukan olehnya serta bayi yang sedang dikandungkannya.

 

Ketahui juga nutrisi selepas bersalin yang perlu anda tahu.

 

nutrisi untuk ibu mengandung
foto-drgeeshairandscalpfacts

Apakah nutrisi untuk ibu mengandung yang sebaiknya tidak diabaikan oleh mana-mana ibu mengandung? Mamanet rangkumkan 5 nutrisi yang paling penting dan wajib dipenuhi oleh ibu mengandung supaya ibu dan bayi yang dikandungnya berada dalam keadaan yang sihat.

 

Nutrisi untuk ibu mengandung yang perlu dititikberatkan bagi janin atau bayi dalam kandungan.

 

  1. Kalsium

nutrisi untuk ibu mengandung

Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi janin serta melindungi ibu mengandung dari osteoporosis. Sekiranya keperluan kalsium ibu mengandung tidak mencukupi, kekurangan kalsium tersebut akan diambil dari tulang ibu terbabit.

 

Sumber kalsium yang paling bagus diperoleh dari susu serta produk olahannya. Susu juga mengandungi banyak vitamin seperti vitamin A, D, B2,B3 dan vitamin C.

 

 

  1. Zat Besi

nutrisi untuk ibu mengandung

Berfungsi dalam pembentukan darah, terutama membentuk sel darah merah hemoglobin, dan mengurangkan risiko ibu mengandung terkena anemia atau kurang darah.

 

Jadi sebab itulah, zat besi adalah nutrisi untuk ibu mengandung yang sangat penting.Kandungan zat besi sangat diperlukan pada masa kehamilan memasuki usia 20 minggu.

 

Secara tak langsung mineral zat besi akan membantu ibu mengandung supaya tetap sihat. Makanan yang mengandungi zat besi adalah seperti daging merah, telur, bijirin, roti, sayuran berdaun hijau, ikan, hati,buah kering dan biji-bijian.

 

 

  1. Vitamin C
nutrisi untuk ibu mengandung
foto-babycenter

Untuk membantu memaksimumkan penyerapan zat besi, jadi seorang ibu mengandung perlu mendapat vitamin C yang secukupnya.

 

Vitamin C adalah nutrisi untuk ibu mengandung yang berguna untuk pembentukan jaringan tubuh termasuk kulit yang sihat serta baik untuk pertumbuhan tulang, gigi dan gusi janin.

Vitamin C ini boleh diperoleh dari oren, limau, buah kiwi,melon,mangga dan strawberi.

 

 

  1. Asid Folik

nutrisi untuk ibu mengandungJanin sangat memerlukan asid folik dalam jumlah yang cukup banyak dan sangat berguna untuk pembentukan saraf.

 

Jika kekurangan asid folik, maka tumbesaran janin akan menjadi tidak sempurna dan boleh membuatkan bayi lahir dengan keadaan yang tidak sempurna, seperti bibir sumbing, kecacatan otak janin dan sebagainya.

 

Asid folik boleh diperoleh dari buah-buahan, sayuran berdaun hijau gelap, dan beras peran.

 

 

  1. Protein

nutrisi untuk ibu mengandungProtein memainkan peranan penting dalam pembentukan sel-sel darah dalam tubuh janin di dalam kandungan. Jadi sebab itulah protein sangat diperlukan oleh ibu mengandung pada setiap hari.

 

Protein tersebut boleh didapati dari kacang-kacangan, tempe, putih telur dan daging.Lagipun protein berfungsi sebagai sumber kalori.

 

 

Itulah beberapa nutrisi penting bagi wanita yang sedang mengandung. Semoga informasi tentang nutrisi untuk ibu mengandung di atas bermanfaat untuk semua.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme