Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
petua cepat mengandung

Nak Anak? Amalkan 5  Petua Cepat Mengandung

Posted on 11/13/201611/13/2016 by 123mamanet
petua cepat mengandung
foto-govita

Sekiranya anda dan pasangan sudah lama berkahwin, namun rezeki untuk memiliki anak sendiri masih belum kunjung tiba, janganlah cepat berputus asa kerana masih ada beberapa petua cepat mengandung yang boleh anda cuba.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa petua cepat mengandung dan jenis makanan yang boleh diamalkan bagi meningkatkan kualiti kesuburan anda.

 

 

Lagipun tidak semua wanita di dunia ini  bernasib baik, boleh cepat mengandung dan melahirkan anak setelah berkahwin. Kadang-kadang ada sahaja faktor penghalangnya seperti kitaran haid yang tidak lancar, stress yang melampau dan juga sistem peranakan bermasalah. Ketahui juga tanda-tanda anda mungkin mengandung.

 

Berikut beberapa petua cepat mengandung dan jenis makanan yang boleh diamalkan bagi meningkatkan kualiti kesuburan anda.

 

  1. Air Masak
petua cepat mengandung
foto-mystyledaily

Pengambilan air masak yang sesuai dengan keperluan tubuh harian dapat menjaga fungsi organ badan serta menyalurkan nutrisi keseluruhan tubuh dan menjaga keseimbangan hormon.

 

 

 

 

  1. Karbohidrat Kompleks
petua cepat mengandung
foto-karamapress

Karbohidrat kompleks membiliki indeks glycemic yang rendah dan kaya dengan serat. Karbohidrat kompleks di dalam makanan seperti gandum, beras merah, sayur-sayuran dan pasta.

 

Selain itu, petua cepat mengandung yang perlu diamalkan adalah dengan pengambilan buah-buahan kerana ianya kaya dengan pelbagai zat dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

 

  1. Asid Folik
petua cepat mengandung
foto-wellandgood

Kandungan asid folik yang terdapat pada kacang-kaangan, sseperti kacang merah, kacang soya, kacang tanah dan juga kacang hijau mempunyai fungsi dalam meningkatkan lagi pengeluaran telur dalam tubuh seroang wanita.

 

Kandungan nutrisi yang terdapat pada kacang hijau berbanding kacang lain  untuk kesuburan sangatlah tinggi, terutama untuk kesuburan wanita.

 

Dengan adanya vitamin E, tentunya proses kehamilan seorang wanita menjadi lebih cepat. Selain itu, kacang hijau juga mengandungi vitamin B6 yang mana berfungsi untuk mengatur hormon peranakan agar bekerja secara maksimum.

 

 

  1. Lemak Sihat
petua cepat mengandung
foto-i-ndtvimg

Ada banyak makanan yang boleh dijadikan sumber lemak sihat untuk tubuh kita seperti ikan salmon, avokado, bijan, minyak zaitun, kacang-kacangan dan makanan lain yang juga mengandungi Omega-3 di dalamnya.

 

 

Pengeluaran insulin yang baik ketika pengambilan makanan tersebut boleh mempercepatkan lagi proses kehamilan seorang wanita.

 

 

  1. Pilih Waktu Subur
petua cepat mengandung
foto-natcom

14 hari setelah masa menstruasi merupakan waktu subur, sehingga anda dan pasangan boleh melakukan hubungan intim dua kali sehari.

 

Hubungan intim yang dilakukan dalam tempoh dua hari sekali akan membuatkan sel sperma menjadi lebih kuat dibandingkan dengan sperma yang dikeluarkan pada setiap hari. Sperma yang kuat akan menghasilkan proses pembuahan yang baik sehingga membuatkan anda cepat mengandung.

 

Petua cepat mengandung yang seterusnya, pastikan posisi anda ketika melakukan hubungan intim adalah tepat.Sebaiknya anda di bawah suami bagi membolehkan sperma masuk pada mulut rahim anda.

 

Bagi memastikan sperma tersebut masuk dengan sempurna, sebaiknya anda mengalas bahagian pinggang anda dengan menggunakan bantal dan baringlah dulu lebih kurang 15 minit. Ia bertujuan agar proses kerja sperma yang masuk menuju ke sel telur tercapai sebelum bergerak ke mana-mana.

 

Selain mengamalkan petua cepat mengandung yang dikongsikan ini, jagalah hubungan baik anda dengan pasangan kerana ia akan menghasilkan mood yang baik sewaktu melakukan hubungan intim dengan pasangan. Selebihnya serahkan sahaja kepada yang Maha Esa. Ikhlas menerima semua perkara yang telah ditakdirkan akan membuatkan hidup menjadi lebih tenang dan bebas dari tekanan.

 

Demikianlah beberapa petua cepat mengandung, selamat mencuba dan semoga ada rezeki untuk anda segera menimang cahaya mata. Insya-Allah.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme