Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
petua hilangkan jeragat

Petua Hilangkan Jeragat

Posted on 03/06/202309/08/2023 by 123mamanet

Petua Hilangkan Jeragat | Anda yang mengalami masalah jeragat atau pigmentasi , pasti ingin tahu petua hilangkan jeragat yang berkesan, kan? Masalah ini sering dihadapi oleh sebahagian besar wanita Asia, terutama bila berusia 30 tahun ke atas. Mamanet pun sama!adi, di sini Mamanet nak kongsikan beberapa petua hilangkan jeragat yang boleh amalkan.

Isi Kandungan hide
1 Penyebab Jeragat Atau Pigmentasi Kulit
2 Petua Hilangkan Jeragat Yang Boleh Dicuba

petua hilangkan jeragat

Penyebab Jeragat Atau Pigmentasi Kulit

Ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk  menghilangkan jeragat secara semulajadi jika diamalkan secara rutin. Insya-Allah hari demi hari, jeragat yang bertompok-tompok di muka anda akan beransur hilang. Jadi, di sini Mamanet nak kongsikan beberapa petua hilangkan jeragat yang boleh amalkan.

Tetapi sebelum tu, anda wajar tahu apa penyebab jeragat atau pigmentasi kulit. Ia merupakan satu keadaan di mana terdapat tompok-tompok hitam pada kulit atau kulit kelihatan lebih gelap dari bahagian-bahagian lain. 

Punca jeragat, selain daripada akibat terkena paparan sinaran matahari, pemakaian kosmetik yang mengandungi merkuri dan asid salisilat juga boleh menyebabkan wajah diserang jeragat.

Artikel Lain : Bio Essence Rose Gold Water

Petua Hilangkan Jeragat Yang Boleh Dicuba

  1. Kentang

Ambil sebiji kentang, kisar halus dan tambahkan beberapa titis air mawar. Kemudian gaul hingga rata dan sapukan adunan tersebut pada kawasan yang berjeragat, lalu mengurutnya perlahan-lahan. Pati yang terkandung di dalam kentang mampu mengurangkan jerawat dan juga tompok-tompok hitam di kulit.

 

  1. Buah Betik

Ezim yang terkandung dalam buah betik membantu pertumbuhan sel-sel baru dan memudarkan jeragat. Lenyek atau haluskan buah betik, setelah itu barulah disapu pada wajah. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilaslah dengan air bersih.

 

Baca juga: Jom Putihkan Muka Dengan 3 Jenis Masker Beras

 

 petua hilangkan jeragat

  1. Kacang Almond

Ambil beberapa biji kacang almond, rendak semalaman. Kemudian giling atau kisar dengan susu di keesoakkan harinya. Sapukan pada muka, biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air bersih. Almond kaya dengan vitamin E yang mampu menghidupkan kulit dan membuatkan kulit kembali berseri-seri. Khasiat almond mampu memelihara kulit dan mengurangkan jeragat.

  1. Lidah Buaya

Petua hilangkan jeragat dengan menggunakan lidah buaya cukup mudah untuk diaplikasikan. Sapukan gel lidah buaya pada kulit muka yang mengalami jeragat. Lakukan secara teratur untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna.

Artikel Lain: Manfaat Lidah Buaya

  1. Madu

Anda boleh menggunakan madu untuk mengatasi masalah jeragat.Sapukan madu pada muka dan leher, biarkan selama 20 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

Madu mempunyai pelbagai manfaat yang ajaib untuk kesihatan dan kecantikan. Bukan hanya jeragat sahaja yang hilang, malahan masalah kulit seperti jerawat, bintik-bintik hitam, kedutan dan kulit berminyak juga boleh anda atasi dengan masker madu.

Selamat mencuba petua hilangkan jeragat di muka. Semoga bermanfaat.

1 thought on “Petua Hilangkan Jeragat”

  1. Pingback: Emu Tracks Unveils Three Star Products: 100% Pure Emu Oil, Emu Oil Balm and Liniment - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme