Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
masker beras

Jom Putihkan Muka Dengan 3 Jenis Masker Beras

Posted on 06/14/202406/14/2024 by 123mamanet

Bagi anda yang nak kulit muka putih dan berseri-seri tanpa menggunakan sebarang produk yang ada bahan kimia, boleh cuba gunakan Masker Beras. Lulur beras atau masker beras mempunyai berapa manfaat atau khasiat untuk kulit. Antaranya untuk menanggalkan sel-sel kulit mata, melembapkan kulit, menutrisi dan memutihkan kulit muka. Lagipun beras sememangnya mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang bagus untuk kesihatan serta kulit.

Isi Kandungan hide
1 Tak Perlu Ragu, Guna Masker Beras
2 Khasiat Masker Beras
3 Jom Buat!
3.1 Masker Air Beras
3.2 Campur Dan Madu
3.3 Campur Dengan Gula

masker beras

Tak Perlu Ragu, Guna Masker Beras

Ia sangat elok untuk membersihkan, pengelupasan dan melembapkan kulit. Mamanet dah cuba, tu yang Mamanet berani cakap. Jadi, anda tak perlulah ragu-ragu untuk mencubanya ok. Bukan sahaja jimat malah selamat sebab tiada bahan kimia. Pendek kata, kalau rajin, pasti hasilnya berbaloi-baloi.

Khasiat Masker Beras

  • Mencerahkan warna kulit.
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam.
  • Menegangkan kulit.
  • Mencegah kedutan.
  • Mengurangkan minyak yang berlebihan pada kulit.
  • Pelindung wajah semulajadi.

Baca Juga: Cetaphil Optimal Hydration Skin Replenishing Water Gel 

 

masker beras

 Jom Buat!

Masker Air Beras

Ambil segenggam beras dan isi dalam mangkuk. Kemudian tambah air secukupnya di atas beras. Kemudian kacau perlahan-lahan dengan senduk. Biarkan selama sejam, kemudian baru tapis. Asingkan airnya dengan beras. Selepas itu, ambil kertas tisu yang cukup tebal, buatkan lubang di bahagian mata, mulut dan bibir.

Rendam kertas tisu tadi  ke dalam air beras selama 8 minit. Kemudian angkat kertas tisu tersebut secara perlahan-lahan, angkat dan biarkan air tersebut menitis untuk mengurangkan kelebihan air.

Setelah itu, tempelkan pada muka, biarkan selama 20 minit. Kemudian, basuh muka sehingga bersih.

Baca Juga: Krim Untuk Jeragat

Campur Dan Madu

Madu cukup kaya dengan antioksidan yang bagus untuk kulit. Selain mampu melembabkan kulit, madu juga elok untuk pengelupasan sel-sel kulit mati, sekaligus menyegarkan kulit dan mencerahkan wajah.

Rendam beras selama 10 minit dan haluskannya. Kemudian, tambahkan beberapa titis madu dan gunakan sebagai masker pada muka.

Campur Dengan Gula

Gula adalah skrub yang sangat efektif untuk melawan jerawat dan meremajakan kulit muka. Haluskan beras dan gula. Kemudian tambahkan yoghurt. Gaul sehingga sebati.

Sapukan masker beras dan gula ini pada muka dan leher. Tujuannya adalah untuk membersihkan, melembapkan dan pengelupasan sel-sel kulit mati.

1 thought on “Jom Putihkan Muka Dengan 3 Jenis Masker Beras”

  1. Pingback: Petua Hilangkan Jeragat - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme