Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
punca jerawat di muka

5 Punca Jerawat Di Muka Yang Tidak Diketahui Ramai

Posted on 11/15/201611/15/2016 by 123mamanet
punca jerawat di muka
foto-cdn3-lethow

Punca jerawat di muka memang perlu diketahui kerana bila ia datang memang tidak menyenangkan. Hal ini sangatlah penting jika anda sedang berusaha untuk menghilangkannya. Memang jerawat boleh kita ubati, tetapi alangkah baiknya jika kita dapat mencegahnya dari muncul.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah beberapa punca jerawat di muka yang mungkin selama ini anda tidak jangka atau sangka.

 

 

Walaupun masalah ini tidak membahayakan dan hanya sekadar salah satu gangguan kulit, tetapi jika terlalu banyak jerawat tumbuh,tak sembuh-sembuh dan menimbulkan kesan jerawat yang menghitam di muka, tak best juga, kan.

 

Sebenarnya ramai di antara kita yang tidak menyedari bahawa masalah jerawat ini boleh dihindari ataupun dicegah dengan mudah. Asalkan kita tahu punca jerawat di muka atau apa-apa sahaja yang menjadi mengundang kemunculannya.

 

Makanan, kebersihan persekitran dan juga hormon dalam badan adalah antara penyumbang kehadiran jerawat. Sungguhpun begitu, ada lagi beberapa punca jerawat di muka yang jarang atau mungkin tidak diketahui ramai. Jadi, bacalah artikel ini sampai habis! Ketahui juga cara hilangkan parut jerawat.

 

Kebanyakan dari kita tidak mengetahui aktiviti luar dan di rumah juga membuatkan jerawat tumbuh subur di pipi dan juga dahi.

 

Berikut adalah beberapa punca jerawat di muka yang mungkin selama ini anda tidak jangka atau sangka.

 

  1. Menyentuh Kulit Muka
punca jerawat di muka
foto-lighthumour

Ternyata dengan menyentuh kulit muka juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh. Menopang dagu atau muka dengan tangan yang tidak bersih membuatkan muka ditumbuh jerawat dengan lebih cepat.

 

Kotoran yang masuk ke muka melalui pori-pori akan menyekat sebum keluar, sehingga menyebabkan terjadinya penyumbatan yang menghasilkan infeksi.

 

Jadi, selepas ini elakkan kebiasaan kita menopang dagu dengan tangan terutama apabila tangan  dalam keadaan yang tidak bersih.

 

  1. Syampu
punca jerawat di muka
foto-media-mnn

Tidak ramai yang tahu kan bahawa pengunaan syampu yang salah boleh menjadi punca jerawat tumbuh di muka. Apatah lagi jika syampu yang digunakan itu mengandungi bahan kimia berbahaya.

 

Ketika kita membilas rambut, sudah pasti buih-buih syampu akan terkena muka dan inilah yang menjadi punca jerawat di muka.

 

Oleh sebab itulah, syampulah rambut kita sewaktu mula-mula nak mandi sehingga kita mempunyai lebih banyak masa untuk membersihkan muka dari kesan-kesan syampu tersebut.

 

  1. Telefon Bimbit
punca jerawat di muka
foto-localinternetservice

Jangan tak tahu, telefon bimbit atau handphone yang kita pakai itu mengandungi berjuta-juta bakteria berbahaya yang boleh mengancam kesihatan sehingga menjadi penyebab jerawat di muka.

 

Perpindahan bakteria atau kuman dari telefon bimbit ke muka boleh menjadi punca jerawat di muka atau jika terkena pada muka yang berjerawat akan menyebabkan infeksi.

 

Jadi, cara paling selamat menggunakan telefon bimbit adalah dengan menggunakan earphone ataupun mengaktifkan mode loadspeaker.

 

  1. Ubat Gigi
punca jerawat di muka
foto-cosmetic-dentist_1

Rasanya tak ramai yang tahu kandungan yang terdapat dalam ubat gigi seperti fluoride dan sodium lauryl sulfate boleh menyebabkan jerawat.

 

Jika jerawat tumbuh di sekitar bibir dan tidak mahu sembuh-sembuh, ada baiknya jika kita memperhatikan jenis ubat gigi yang digunakan.

 

 

  1. Sarung Bantal
punca jerawat di muka
foto-ecogenics

Sarung bantal adalah antara penyebab jerawat yang jarang dipedulikan, sedangkan kita menghabiskan masa tidur antara 7- 8 jam sehari.Bermakna muka kita akan bersentuhan dengan bantal.

 

Jika sarung bantal tersebut  kotor dan jarang dibersihkan, ada kemungkinan muka atau bahagian tubuh lain akan ditumbuhi jerawat. Sarang bantal yang jarang dicuci atau ditukar akan menjadi sarung kuman dan bakteria.

 

Solusi terbaik untuk mencegahnya dari menjadi punca jerawat di muka, tukarlah sarung bantal secara rutin, paling kurang seminggu sekali.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme