Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
susah buang air besar

Susah Buang Air Besar, Ketahui 5 Sebab Utama

Posted on 11/28/201611/27/2016 by 123mamanet
susah buang air besar
foto-static6

Tentu ada di antara kita yang pernah mengalami masalah susah buang air besar atau sembelit. Kalau setakat ‘tak melepas’ selama dua hari, masih lagi dalam kategori normal. Tetapi, kalau dah lebih daripada tiga hari, memang ada masalah dan kita kenalah tahu penyebabnya!

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah 5 perkara yang boleh membuatkan seseorang susah buang air besar:

 

Meskipun membuang air besar dianggap sesuatu yang kotor dan menjijikkan, namun ini adalah suatu kitaran semulajadi dari sistem metabolisme badan kita.

 

Keinginan untuk membuangnya datang secara automatik apabila segala kotoran dalam perut sudah tiba waktunya untuk dibuang. Namun, ada ketikanya ada sahaja perkara yang membuatkan seseorang susah buang air besar.

 

Ketahui juaga cara mengatasi sembelit dengan mudah.

 

Berikut adalah 5 perkara yang boleh membuatkan seseorang susah buang air besar:

 

  1. Kurang Minum Air Masak Dan Pengambilan Serat
susah buang air besar
foto-thetimes

Penyebab susah buang air besar umumnya terjadi disebabkan kurang minum air masak dan juga pengambilan serat.

 

Minum air masak secukupnya akan membantu melancarkan proses pembuangan air besar. Di samping itu, ia juga akan meringankan gerak kerja buah pinggang kita. Air masak mempunyai banyak manfaat, jadi jangan kita menghindarinya.

 

Di samping itu, Signal untuk membuang air besar biasanya ditandai dengan rasa memulas ketika perut kita terasa penuh.Gelodak rasa ini diperoleh dari makanan berserat seperti  dari buah-buahan dan sayur-sayuran yang mampu membantu melancarkan pembuangan air besar.

 

Jika anda termasuk dalam kategori mereka yang suka makan daging, tetapi tidak suka makan buah-buahan dan juga sayur-sayuran, anda termasuk dalam kategori orang yang berisiko mengidap sembelit.

 

 

  1. Suka Menahan Berak
susah buang air besar
foto-getfitjess

Anda di antara kita yang suka menahan buang air besar.Tambahan pula jika dalam keadaan yang terlalu sibuk. Selain itu, mungkin juga disebabkan malas, tiada tandas di tempat umum dan tandas kotor.

 

 

 

 

  1. Salah Makan
susah buang air besar
foto-netdna-cdn

Ada beberapa jenis makanan yang diambil secara berlebihan boleh mengundang masalah susah buang air besar. Makanan-makanan berpengawet,bergoreng,makan segera dan daging mereah juga boleh menjadi penyebabnya.
Selain itu, minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan teh pun boleh mengundang semebelit jika diambil secara berlebihan.

 

Anda tentu pernah berasa susah untuk membuang air besar ketika melakukan perjalanan jauh sewaktu bekerja ataupun bercuti. Itu adalah perkara yang biasa, suatu bentuk tindak balas semulajadi tubuh kerana mendapat pengambilan makanan yang ‘tidak biasa’.

 

Mungkin sepanjang tempoh tersebut, anda akan makan makanan yang belum pernah atau kurang biasa dimakan sebelum ini. Jadi, biasalah tu jika ada perubahan pada gaya pemakanan dan juga kebiasaan membuang air besar.

 

 

  1. Stres Atau Depresi

Bukan hanya faktor makanan sahaja yang boleh menyebabkan susah buang air besar. Stres atau depresi juga boleh menyebabkan sembelit.

 

susah buang air besar
foto-redrockfertility

Ini adalah kerana stres atau depresi telah mempengaruhi gaya hidup, terutama dalam perkara memilih makanan.Tanpa disedari pengambilan makanan yang tidak sihat akan menyebabkan susah membuang air besar.

 

Di samping itu, stres atau kurang tidur juga boleh menganggu perjalanan darah, yang akhirnya akan membuat saraf penghadaman terganggu.

 

 

 

 

  1. Masalah Kesihatan
susah buang air besar
foto-onhealth

Susah buang air besar boleh juga menjadi signal adanya penyakit atau gangguan kesihatan di dalam tubuh kita.

 

Misalnya, jika mengidap penyakit tiroid.Kita akan merasakan gejala susah buang air besar ini kerana tiriod tidak dapat bekerja dengan baik untuk melepaskan hormon yang diperlukan oleh badan, termasuk untuk mengatur sistem penghadaman.

 

 

Semoga artikel mengenai masalah susah buang air besar ini bermanfaat bagi anda seisi keluarga. Selamat membaca.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme