Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
cara memilih durian

6 Cara Memilih Durian Yang Elok Dan Sedap

Posted on 08/09/201608/09/2016 by 123mamanet
cara memilih durian
Kredit: says

BILA tiba musim buah-buahan, maka muncullah pelbagai pesta khususnya pesta makan durian! Bagi penggemar durian, terbau durian sahaja sudah tergoda. Apatah lagi, jika dimakan beramai-ramai, terasa sungguh nikmat dan meriah! Jom kita lihat tip cara memilih durian yang elok dan sedap.

Isi Kandungan hide
1 Di sini Mamanet kongsikan beberapa cara memilih durian yang elok, tebal dan sedap:

Ramai yang kecewa bila durian yang dibeli tidak menepati citarasa. Apatah lagi bila ditipu dengan harga yang mahal sedangkan durian tidak berkualiti.

Di sini Mamanet kongsikan beberapa cara memilih durian yang elok, tebal dan sedap:

 

  1. Cium Baunya

Ketika membeli durian, dekatkan hidung dan cium baunya. Jika baunya kuat, kemungkinan besar buahnya manis dan masak. Kalau tidak berbau, mungkin juga buahnya sudah masuk angin dan rasanya juga tawar.

 

 

  1. Pilih Yang Bulat

    cara memilih durian
    Kredit: businesstimes

Cara memilih durian yang bagus juga boleh dilihat dari bentuk  buahnya. Jika  ia berbentuk bulat, menandakan isi buahnya besar. Durian lonjong atau bujur biasanya mempunyai isi yang sedikit.

 

 

  1. Perhatikan Tangkainya

Durian yang jatuh dari pokok, tangkainya bergerigi. Jika nampak rata atau dikerat, ada kemungkinan durian tersebut telah dipetik sebelum masak dan kemudiannya diperam terlebih dahulu. Selain itu, congkel sedikit kulit tangkainya dengan kuku, jika kulitnya tebal bermakna isi durian tersebut pun tebal juga. Kalau bahagian dalam kulitnya kuning, isi buahnya juga dikatakan kuning.

 

 

  1. Lihat Duri

Cara memilih durian yang elok boleh dilihat daripada duri buah durian tersebut. Pilihlah yang berduri jarang, besar dan agak tumpul kerana ia dikatakan mempunyai isi yang elok dan sedap.

 

  1. Tengok Kulitnya

Pilih buah durian yang kulitnya tidak retak, busuk ataupun ada lubang ulat. Kulit yang retak atau pecah jua boleh membuatkan udara masuk ke dalam buah dan membuatkan rasa durian berubah menjadi masam atau tawar.

 

  1. Jangan Lupa ‘Ketuk-Ketuk’

Jika diketuk-ketuk (dengan benda tumpul, bukan tangan ok!), kemudian bergema bunyi “bluk… bluk…”,  itu bermakan ada perekahan buah yang sudah masak.

 

Itulah 6 cara memilih durian yang elok supaya kita tidak menyesal setelah membelinya. Selamat makan durian, tapi jangan makan terlalu banyak, nanti kolesterol tinggi, bahaya!

 

[btn text=”LIKE FACEBOOK KAMI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme