Kulit muka berminyak tidak boleh dijadikan halangan untuk kita tampil cantik dengan bermekap atau berbedak. Untuk itu, kita perlu tahu tip supaya mekap atau bedak tahan lama melekat di kulit muka kita yang jenis berminyak.
Bedak merupakan salah satu kosmetik yang wajib kita miliki untuk mendapatkan penampilan wajah yang lebih segar. Penggunaan bedak sama pentingnya dengan memakai foundation.
Ini adalah kerana bedak mampu menyempurnakan fungsi dari foundation iaitu menutupi atau menyamarkan segala kekurangan muka. Selain itu, bedak juga akan membuatkan muka kita kelihatan lebih cerah dan bermaya.
Jika kulit muka kita berminyak jika tak betul cara pakainya, bedak mudah luntur. Jadi, macam mana nak buat bedak tahan lama di muka? Ok, dikongsikan tipnya.
BACA: CARA BERSIHKAN MEKAP TEBAL
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
BERIKUT BEBERAPA TIP AGAR BEDAK TAHAN LAMA DAN NAMPAK RATA WALAUPUN KULIT MUKA KITA BERMINYAK:
- BERSIHKAN SELURUH MUKA
Memandangkan kulit muka kita jenis berminyak, jadi supaya bedak tahan lama kita perlu membersihkan muka terlebih dahulu sebelum memakai bedak atau mekap.
Bilasan air selepas menggunakan pembersih muka akan melunturkan minyak dan kotoran yang melekat di muka. Lagipun jika kotoran tersebut tidak dibersihkan, hasil mekap akan jadi tidak sekata. Malahan boleh menyebabkan jerawat tumbuh di muka.
- GUNA AIS
Muka yang berminyak mudah sangat nampak berminyak walaupun kita baru sahaja membersihkan muka. Cara terbaik untuk mengawal pengeluaran minyak buat sementara waktu adalah dengan menggunakan ais batu.
Sapukan ais batu pada seluruh muka secara perlahan-lahan. Rasa sejuknya akan menyegarkan dan menegangkan kelenjar minyak pada muka sehinga pengeluaran minyak dapat dikawal. Paling tidak ketika kita sedang sibuk bermekap.
- PAKAI PELEMBAB MUKA
Walaupun muka kita jenis berminyak, tapi jangan takut untuk pakai pelembab muka. Muka tak akan jadi lebih berminyak jika kita memilih pelembab muka yang sesuai untuk kulit berminyak.
Pakailah pelembab yang mempunyai kandungan yang ringan supaya dapat mengawal kadar minyak di muka. Pelembab ini juga akan membuat mekap atau bedak tahan lama sepanjang hari.
- PILIH BEDAK BERTEKSTUR RINGAN
Untuk kulit berminyak, sebaiknya kita pakai bedak yang teksturnya lebih ringan seperti bedak jenis loose powder. Bedak ini mempunyai tekstur lebih lembut dan ringan sehingga lebih selesa di kulit muka serta tidak menyumbat liang pori-pori.
Di samping itu, ia juga dapat mengurangkan kadar minyak serta dapat melekat dengan baik di kulit muka berminyak. Penggunaan bedak loose powder juga akan membuatkan kulit muka kita kelihatan lebih segar dan bebas minyak.
- BAWA KERTAS MINYAK
Gunakan kertas minyak bagi mengurangkan kelebihan minyak di kulit muka. Jangan gosok kertas minyak ini dengan kuat di kulit muka kerana ia hanya akan merosakkan mekap atau bedak yang dipakai.
Cara pakai kertas minyak supaya mekap atau bedak tahan lama, memadai jika kita tekap-tekap kertas minyak ini secara perlahan-laan di kulit muka sehingga minyak tersebut hilang tanpa merosakkan solekan.
- HINDARI KEBIASAAN MENYENTUH KULIT MUKA
Selalunya kita suka sangat menyentuh bahagian muka seperti menggaru-garu kawasan muka yang gatal, menutup mulut dengan tangan, pegang dagu dan sebagainya.
Kebiasaan ini akan membuat mekap atau bedak cepat luntur disebabkan kelebihan minyak di muka. Selain itu, kebiasaan ini juga akan memperluaskan penyebaran kuman dan bakteria dari tangan ke muka.
Itulah beberapa cara yang boleh dipraktik supaya bedak tahan lama dan nampak lebih rata di kulit muka kita yang berminyak.