Mana-mana ibu mengandung perlu mengambil makanan sihat bagi menutrisi bayi dalam kandungan. Makanan sihat dikatakan sempurna jika dilengkapi dengan pilihan buah-buahan untuk ibu mengandung yang bernutrisi tinggi.
Tambahan pula di saat kehamilan terutama ketika di trimester pertama, setiap ibu mengandung perlu mendapatkan pengambilan zat yang sempurna dari apa sahaja jenis makanan sihat termasuklah buah-buahan.
Ini adalah kerana buah mengandungi pelbagai nutrisi yang diperlukan sepanjang masa kehamilan.Namun tidak semua buahan-buahan elok dimakan oleh ibu mengandungi.
BACA: 5 NUTRISI WAJIB ADA PADA IBU MENGANDUNG
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
BERIKUT BEBERAPA JENIS BUAH-BUAHAN UNTUK IBU MENGANDUNG YANG PATUT DIKETAHUI:
- BUAH KURMA
Buah kurma mengandungi serat yang tinggi, kalium, mangan, fosfor, besi, kalsium dan juga magnesium yang sangat bagus diambil oleh ibu mengandung.
Kandungan zat besinya akan meningkatkan kadar hemoglobin dalam badan. Ibu mengandung digalakkan makan buah kurma memandangkan mereka lebih mudah mendapat anemia.
Kalium yang terdapat dalam buah kurma juga mampu mengatasi masalah kekejangan otot ketika mengandung dan memperkuatkan dinding rahim.
Pada trimester terakhir juga, elok amalkan makan buah ini bagi mendapatkan energi yang dapat melancarkan proses kelahiran bayi nanti.
- ANGGUR
Buah anggur mengandungi vitamin A yang cukup bagus untuk memperbaiki metabolisme. Selain itu, anggur juga mengandungi beberapa nutrisi yang diperlukan sepanjang tempoh kehamilan iaitu magnesium, fosfor, sodium,beta karoten, zat besi, vitamin A,c dan BI, serat dan kalsium.
Asid folik yang terdapat dalam buah angur juga membantu perkembangan otak bayi, selain mengurangkan risiko kecacatan otak ketika bayi lahir.
Pengambilan buah-buahan untuk ibu mengandung seperti anggur ini sangat disarankan kerana ia merupakan salah satu cara membuat anak bijak sejak dalam kandungan lagi.
- BUAH NAGA
Buah naga juga tersenarai dalam kategori buah-buahan untuk ibu mengandung yang cukup bagus dinikmati oleh mereka yang berbadan dua.
Buah naga turut mengandungi zat besi, karoten, karbohidrat dan serat. Pengambilannya juga sangat disarankan bagi ibu mengandung yang mengalami anemia. Ini adalah kerana kandungan zat besi yang terdapat dalam buah naga dapat membantu pembentukan sel darah merah di dalam tubuh.
Selain itu, kandunan karoten dalam buah ini juga berupaya membantu untuk menyempurnakan indera penglihatan bayi sepanjang tempoh dalam kandungan.
- JAMBU AIR
Jambu air juga tersenarai dalam kategori buah-buahan untuk ibu mengandung yang cukup bagus dimakan oleh ibu hamil.
Kandungan seperti serat, vitamin A dan C akan membantu memperlancarkan sistem penghadaman ibu mengandung, termasuk membantu penyerapan zat besi.
Selain itu, kandungan vitamin B3 dan B6 yang terdapat pada jambu air dapat membantu untuk meningkatkan serta meransang kecerdasan otak bayi yang masih berada dalam kandungan.
Kandungan air yang tinggi pada buah ini juga akan mencegah ibu mengandung mengalami dehidrasi kerana kekurangan cairan dalam tubuh. Di samping untuk menjaga kesihatan organ penghadaman dan buah pinggang kerana proses penghadaman dalam tubuh akan berjalan lancar dengan bantuan air yang mencukupi di dalam badan.
- MANGGA
Buah yang satu ini sudah tidak asing lagi bagi ibu mengandung dan sangat elok dimakan terutama pada trimester awal atau trimester pertama.
Buah mangga mengandungi vitamin A, B6, C, serat, magnesium yang sangat baik untuk membantu ibu mengandung terutama melancarkan sistem penghadaman, memperkuatkan daya ketahanan badan dan mengingkatkan perkembangan fungsi kognitif pada bayi.
Di samping itu, asid folik dan kaliumnya juga berguna untuk membantu tekanan darah dan sistem denyutan jantung, menjaga keseimbangan elektrolit badan, meningkatkan sistem kerja saraf dan otot serta membantu bayi terhindar daripada kecacatan.
- AVOKADO
Untuk kesihatan dan kecantikan buah avokado ini memang tidak perlu diragukan lagi khasiatnya. Avokado mengandungi vitamin A yang cukup tinggi yang berkhasiat menanggalkan sel-sel kulit mati sekaligus meremajakan kulit.
Di samping itu, buah ini juga kaya dengan asid folik yang amat membantu proses membentukan sel otak dan sum-sum tulang belakang pada bayi dalam kandungan.
Selain itu, kandungan vitamin B dalam avokado juga boleh membantu mengatasi rasa mula dan muntah ketika mengandung.
Semoga artikel jenis buah-buahan untuk ibu mengandung ini bermanfaat. Dengan pengambilan buah-buahan yang tepat kesihatan ibu dan bayi yang berada dalam kandungan akan lebih terjaga.