Khasiat madu untuk ibu mengandung juga tidak kurang hebatnya. Pengambilan madu pada setiap hari oleh ibu mengandung akan menambah kekuatan ibu mengandung.
Madu merupakan salah satu hasil semulajadi dari lebah. Ia sangat baik untuk kesihatan badan dan juga kecantikan muka.
Madu mengandungi zat besi, vitamin, kalium, thiamin, natrium, glukosa, naisin, magnesium, riboflavin, mangan dan banyak lagi. Salah satu keunggulan khasiat madu adalah antibiotik yang berguna sebagai sumber energi dan sangat disarankan buat ibu mengandung.
Ibu mengandung boleh menikmati madu secara terus atau mencampurkannya pada jus buah ataupun susu ibu mengandung. Kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan sangat penting untuk dijaga.
Secara khususnya madu dapat membantu perkembangan fizikal dan mental bayi yang dikandung sehingga dapat membesar dengan lebih sihat. Jadi, sebab itulah kita perlu ketahui khasiat madu untuk ibu mengandung.
BACA: KETAHUI CARA MENGHILANGKAN RASA MUAL DENGAN 20 LANGKAH
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
INILAH ANTARA KHASIAT MADU UNTUK IBU MENGANDUNG DAN JUGA BAYI:
- MEMBERIKAN ENERGI
Madu mempunyai rasa manis dari sukrosa iaitu sejenis bentuk gula yang sifatnya lebih selamat berbanding glukos.
Di dalamnya juga terdapat vitamin B kompleks, karbohidrat kompleks dan zat besi yang akan memenuhi keperluan ibu mengandung.
Sukrosa juga menjadi pilihan sumber energi yang lebih sihat, vitamin B kompleks yang merupakan stimulasi penting bagi sel dalam menjalankan metabolisme.
- MENINGKATKAN DAYA KETAHANAN BADAN
Selera atau nafsu makan yang menurun pada ibu mengandung boleh membuatkan daya ketahanan badan menjadi lemah, sehingga jatuh sakit.
Keadaan ini tidak bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Untuk membantu meningkatkan daya ketahanan badan, ibu mengandung digalakkan untuk minum madu setiap hari.
Madu yang kaya dengan vitamin C, flavonoid dan antioksidan sangat berguna untuk mencegah radikal bebsa dan meningkatkan sistem ketahanan badan ibu mengandung.
Vitamin C yang terkandung dalam madu juga turut membantu menjaga kesihatan dan kebersihan kulit ibu mengandung dan bayinya.
- MENCEGAH RASA LOYA DAN MUAL
Rasa loya dan mual sering dialami oleh ibu hamil, khusunya yang baru pertama kali mengandung.
Rasa loya dan mual tersebut kerap terjadi pada sebelah pagi (morning sickness), tetapi ada juga yang mengalaminya berkali-kali sepanjang hari.
Untuk mengatasi, pengambilan madu secara rutin setelah bangun tidur amat digalakkan. Madu juga mempunyai sifat anti inflamasi dan astringent yang baik untuk perut yang terasa panas kerana angin dalam perut.
- MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
Masalah tekanan darah rendah, tekanan darah tinggi dan kurang darah sering menghampiri ibu mengandung.
Jika tidak ditangani secara serius, perkara ini boleh menyebabkan bayi lahir pra matang. Untuk mengatasi masalah darah, salah satu perkara yang boleh dilakukan adalah memanfaatkan khasiat madu.
Di samping itu juga, pengambilan madu secara rutin dapat membantu masalah kaki yang bengkak dan mudah cram terutama ketika kandungan memasuki trimester ketiga.
Ini adalah kerana efek dari ukurran perut yang membesar dan mula menyebabkan perjalanan atau kitaran darah dan cairan ke arah kaki tidak berjalan dengan lancar.
Kandungan vitamin B, natrium, kalium dan mangnesium pada madu cukup membantu masalah ini. Khasiatnya dapat membantu mengembalikan keadaan perjalanan darah dan cairan dalam badan.
- MEREDAKAN STRESS DAN INSOMNIA
Di dalam madu terdapat satu persenyawaan unik iaitu tryptophan yang bekerja untuk mengarah badan mengeluarkan hormon serotonin.
Hormon ini akan berfungsi untuk memberikan efek menenangkan, ceria, selesa dan lebih relaks. Selain itu, hormone serotonin juga bekerja untuk membantu ibu mengandung supaya dapat tidur dengan lebih lena.
Itulah beberapa khasiat madu untuk ibu mengandung yang perlu diketahui. Walaupun khasiatnya terlalu banyak, namun ibu mengandung perlu lebih selektif ketika membelinya. Pastikan madu tersebut benar-benar asli dan bukannya yang tiruan dan telah dicampur dengan pelbagai jenis pemanis dan pewarna.