Makanan rendah kalori adalah makanan yang mengandungi kandungan lemak lebih rendah dan lemak tepu nya pun lebih rendah. Ada beberapa jenis makan rendah kalori yang perlu anda ketahui.
Semakin banyak karbohidrat dan lemak diambil, semakin banyak kalori yang masuk ke dalam badan kita.
Semakin banyak kalor masuk tanpa dikawal ia boleh mendatangkan pelbagai masalah, termasuklah obesiti!
Jadi, jika ingin menurunkan berat badan ataupun mengekalkan berat badan ideal, pengambilan makanan sihat rendah kalori adalah satu perkara yang perlu kita titikberatkan.Itupun kalau kita nak kurus dan sihatlah!
Makanan Rendah Kalori
Berikut antara makanan rendah kalori yang boleh dimakan tanpa perlu takut menjadi gemuk:
Roti Gandum
Roti yang diperbuat dari tepung gandum mengandungi serat yang jauh lebih tinggi daripada roti biasa.
Ia juga mengandungi karbohidrat kompleks yang tidak membuat lemak di dalam tubuh.
Jadi, jangan teragak-agak untuk menjadikan roti gandum sebagai menu sarapan ataupun minum petang.
Kentang Bakar
Tubuh atau badan kita masih memerlukan karbohidrat walaupun sedang berdiet.
Memilih karbohidrat seperti kentang memang bagus, tetapi mestilah dibakar atau dipanggang.
Kentang bakar adalah antara makanan rendah kalori yang juga mengandungi kalium.
Sebaiknya makan kentang bakar bersama kulitnya yang sudah dicuci sebersihnya untuk mendapatkan tambahan serat.
Artikel Lain: Minum Teh Hijau Boleh Kurus
Beras Perang
Beras perang mengandungi karbohidrat kompleks dan banyak mengandungi serat. Malahan, ia membuatkan kita berasa kenyang lebih lama jika dibandingkan kalau kita menikmati beras biasa.
Selain tersenarai dalam makanan rendah kalori, beras perang juga sangat efektif membantu kita mencegah perut buncit dan kelebihan kalori.
Salad Sayuran Segar
Cubalah buat salad sayur-sayuran yang terdiri daripada tomato, timun, lobak merah, kubis, daun salad dan taugeh. Untuk dressing salad ini, gunakan lemon, cuka dan sedikit kicap.
Jika tak suka dengan rasa sayur-sayuran mentah ini, kita juga boleh bakar kentang dan juga keledek bagi membuat salad sayuran panggang yang cukup lazat untuk dimakan.
Artikel Lain: Jus Buah-Buahan Untuk Diet Sihat
Salad Buah
Makan buah-buahan akan membuatkan kita berasa lebih kenyang, segar dan juga berenergi. Buah kaya dengan mineral dan vitamin yang bagus untuk kesihatan.
Jika terlebih rajin, selain boleh dimakan begitu sahaja, buah-buahan ini juga boleh dibuat salad. Potong pisang, epal, mangga, melon dan juga tembikai bagi menikmati salad buah yang cukup enak.
Manakala buah-buahan yang agak sedikit masam atau kaya dengan vitamin C seperti oren,anggur dan plum. Ia sebaiknya tidak dicampur dengan buah-buahan manis bagi menghasilkan salad buah yang lebih lazat.
Keju Rendah Lemak
Keju adalah makanan sihat yang kaya dengan vitamin, mineral dan lemak esensial.
Kita boleh menikmati keju dengan beberapa keping roti gandum ataupun dengan salad sayuran segar.
Itulah enam makanan rendah kalori yang terbaik untuk kita yang ingin berdiet secara sihat.