Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
punca rambut gugur

6 PUNCA RAMBUT GUGUR DENGAN TERUK DAN KEPALA HAMPIR BOTAK

Posted on 02/07/201702/07/2017 by 123mamanet

Punca rambut gugur berbeza-beza pada setiap orang. Masalah rambut gugur ini  boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tak kira kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa atau wanita bersalin.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT ADALAH BEBERAPA PUNCA RAMBUT GUGUR TERUK
2 CARA TERBAIK UNTUK MENGATASI ATAU MERAWAT RAMBUT GUGUR

Apapun, jangan buat tak kisah! Keguguran rambut secara berlebihan boleh menyebabkan kebotakan.Jadi, bagi kita yang sedang mengalami masalah rambut gugur dan ingin mentetahui dengan jelas apa sahaja yang boleh menjadi punca rambut gugur, wajib baca  artikel ini sampai habis.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: 6 CARA MELEBATKAN RAMBUT

 

punca rambut gugur

BERIKUT ADALAH BEBERAPA PUNCA RAMBUT GUGUR TERUK

  1. PENGARUH HORMON

Hampir 60% punca rambut gugur pada lelaki dan wanita adalah kerana masalah hormon. Hormon Dihydrostesteron (DHT), dikatakan bertanggungjawab terhadap terjadinya rambut gugur.

Apatah lagi, jika anda sudah berusia 30 tahun ke atas. Perubahan hormon tersebut boleh menjadi punca menyebabkan rambut kita gugur dengan banyak sekali.

punca rambut gugur

  1. MASALAH STRESS

Gangguan psikologi, terutama stress merupakan salah satu penyebab rambut gugur buat orang dewasa. Selain menganggu kesihatan mental, stress juga boleh menyebabkan gangguan perjalanan darah di sekitar kepala sehingga akar rambut akan menjadi semakin lemah dan merapuh.

punca rambut gugur

  1. PENGARUH PENYAKIT

Walaupun tidak semua penyakit menjadi punca rambut gugur, namun ada beberapa penyakit yang boleh menyebabkan rambut kita menjadi banyak gugur.

Infeksi kulit kepala seperti kurap dan tumbuhnya bakteria pada kulit kepala boleh menyebabkan akar rambut menjadi lemah.

Selain penyakit pada kulit kepala, penyakit diabetis dan kanser juga boleh menjadi penyebab rambut gugur. Begitu juga dengan proses kimoterapi yang dilalui oleh pesakit kanser.

punca rambut gugur

  1. CULAS MENCUCI RAMBUT

Jarang mencuci rambut turut menjadi salah satu penyebab rambut kita mudah gugur. Mencuci rambut dapat membantu menghilangkan kekotoran yang melekat di rambut dan kulit kepala.

Sama ada debu, peluh dan juga kotoran lain. Kotoran-kotoran itulah yang menjadi punca rambut kurang nutrisi dan menjadi mudah gugur serta rosak.

punca rambut gugur

  1. PENGGUNAAN HAIR DRYER

Punca lain yang menyebabkan rambut gugur adalah kerana penggunaan pengering rambut atau hair dryer.

Tidak ada masalah jika kita hanya menggunakannya sekali sekala.Rambut akan mudah rosak jika terlalu kerap menggunakannya.

punca rambut gugur

  1. MENGGUNAKAN PRODUK RAMBUT YANG MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN KIMIA

Menggunakan produk-produk yang mengandungi bahan kimia juga boleh menyebabkan rambut gugur.

Lebih-lebih lagi jika kita kerap melakukannya. Bahan-bahan kimia tersebut boleh didapati pada beberapa produk rambut dan pewarna rambut.

punca rambut gugur

CARA TERBAIK UNTUK MENGATASI ATAU MERAWAT RAMBUT GUGUR

Bagi kita yang mengalami masalah rambut gugur dan sudah mencuba pelbagai cara, namun tidak berhasil menghentikan keguguran rambut yang dialami, jangan stress ok. Cubalah beberapa cara mengatasi seperti di bawah ini.

* MADU

Madu mampu membuatkan rambut menjadi subur dan lebih kuat. Kita hanya perlu menyapu madu pada seluruh bahagian permukaan kulit kepala dan rambut sambil mengurutnya perlahan-lahan.

Lakukan urutan tersebut selama 10 minit dan pratikkannya secara rutin bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna.

punca rambut gugur

 

* TELUR DAN AIR PERAHAN LEMON

Protein tinggi yang terdapat pada telur boleh dimanfaatkan sebagai penyelamat kepala masalah rambut gugur.

Ambil sebiji telur, kemudian kacau di dalam sebuah mangkuk. Setelah itu, titiskan perahan air lemon ke dalam telur yang sudah dikacau tadi. Kemudian sapukan pada seluruh helain rambut.

punca rambut gugur

* BUAH AVOKADO

Buah avokado yang masak dihancurkan, lalu dijadikan masker rambut. Sapukan masker avokado tersebut dari pangkal rambut sehingga hujung rambut. Setelah itu, biarkan selama 30 minit, kemudian bilaslah sehingga bersih.

Buah avokado ini mengandungi sejuta vitamin dan kaya dengan mineral yang mampu menyuburkan rambut sekaligus menyelesaikan masalah rambut ataupun gugur.

punca rambut gugur
Itulah beberapa tip tentang punca rambut gugur serta cara mengatasinyanya dengan menggunakan bahan semulajadi. Semoga bermanfaat dan jangan lupa SHARE ya!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Recent Posts

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme