Air suam | Musim cuaca panas memang ramai yang demam.Tak pun diserang batuk, sakit tekak dan juga ulser mulut.Jadi, sebab itulah kita kena minum banyak air, lebih-lebih lagi air suam!
Rasanya ramai yang belum tahu, air suam mempunyai banyak khasiat atau kebaikan apabila kita meminumnya. Kebaikan ini tidak mungkin kita peroleh ketika minum air sejuk.
Kebaikan Minum Air Suam
Berikut adalah beberapa kebaikannya:
-
Membuang Racun Dalam Badan
Air suam boleh membantu kita membuang racun atau toksik dalam badan. Ini adalah kerana apabila kita meminumnya suhu tubuh akan jadi meningkat dan kemudiannya menghasilkan peluh.
Peluh akan membantu melepaskan racun dari badan kita dan membersihkannya dengan betul. Untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus, tambahkan sedikit air perahan lemon pada minuman panas tersebut.
-
Mengatasi Masalah Sembelit
Sistem penghadaman yang kurang elok boleh diubati dengan minum segelas air suam dua kali sehari, terutama pada awal pagi.
Lagipun masalah sembelit biasanya terjadi akibat kurangnya air dalam tubuh, sehingga membuatkan pergerakan usus menjadi lebih lambat. Air suam atau air panas boleh memecahkan partikel makanan dan merentasinya melalui saluran usus. Jika suka, boleh sahaja mencampurkannya dengan sedikit madu ataupun lemon.
Baca Juga:
Jom Buat Jus Homemade Sihat & Sedap
Makanan Punca Kolesterol Tinggi
-
Mengurangkan Sakit Perut
Minum segelas kerana ia mampu membantu mengurangkan sakit perut akibat menstruasi.
Air yang panas mempunyai efek yang mampu meredakan otot-otot perut, yang mana akhirnya dapat membantu menyembuhkan rasa sakit perut dan kejang akibat menstruasi.
-
Ubat Selesema Dan Batuk
Ubat semulajadi yang sangat bagus untuk selsema, batuk dan sakit tekak. Ia akan melarutkan kahak dan juga membantu menghilangkannya dari saluran pernafasan,sehingga dapat membantu meredakan sakit tekan dan sebagainya.
Di samping itu juga, ia juga turut membantu dalam membersihkan hidung yang tersumbat.
-
Mencegah Penuaan Semulajadi
Apabila minum air panas suam, timbunan lemak di tubuh turut dibakar dan timbunan dalam sistem saraf juga dileburkan. Ini akan meningkatkan perjalanan darah dalam tubuh serta mengeluarkan racun berbahaya.
Selain itu, ia ini dapat membantu untuk memperbaiki sel-sel kulit yang dipengarahui oleh radikan bebas berbahaya sehingga meningkatkan keanjalan kulit kita. Kulit kita yang rosak akan kembali halus dan kelihatan segar.
-
Menurunkan Berat Badan
Ia juga bagus untuk menjaga metabolisme yang sihat, jika kita ingin menurunkan berat badan. Cara terbaik, minumlah segelas bersama dengan perahan lemon dan madu. Ia akan membantu memecahkan jaringan lemak di dalam tubuh kita.