Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
Menu
kolesterol tinggi

Makanan Punca Kolesterol Tinggi!

Posted on 09/25/202311/03/2023 by 123mamanet

Kolesterol Tinggi Atau Normal?

Isi Kandungan hide
1 Kolesterol Tinggi Atau Normal?
2 Punca Kolesterol Tinggi
2.1 Makanan Tidak Sihat
2.2 Tidak Bersenam Atau Melakukan Kerja Berat
2.3 Perokok
3 Faktor Lain Yang Jadi Punca Kolesterol Tinggi
4 Bahaya Bila Kolesterol Tinggi

Berapa bacaan kolesterol yang normal, tinggi dan terlalu tinggi? Untuk makluman anda, bacaan di bawah 5.2 mmpl/L adalah IDEAL. Manakala 5.2-6.1 adalah ATAS SEMPADAN dan 6.2 ke atas adalah TINGGI.

kolesterol tinggi

Punca Kolesterol Tinggi

Ada banyak faktor yang menyebabkan masalah ini. Salah satunya adalah gaya hidup yang kita amalkan.

Berikut ini adalah hal-hal yang dikategorikan sebagai gaya hidup tidak sihat yang berisiko tinggi mengundang peningkatan kadar kolesterol jahat pada darah.

  • Makanan Tidak Sihat

Makanan-makanan yang tinggi kadar lemak ialah otak sapi, daging kambing, daging itik dengan kulit, kulit ayam, kerang, udang, sotong, dan telur burung puyuh.

  • Tidak Bersenam Atau Melakukan Kerja Berat

Lemak yang diambil terus terkumpul kerana tidak digunakan. Bahkan tenaga yang tersimpan juga apabila tidak digunakan akan bertukar menjadi lemak sebagai punca obesiti atau memiliki lingkaran pinggang yang berlebihan.

Untuk orang Asia, obesiti bererti memiliki indeks massa tubuh di atas 25 (kg/m2) dengan lingkaran pinggang berlebihan iaitu melewati 90 cm bagi lelaki atau 80 sm untuk perempuan. Jika seseorang mengalami obesiti, maka dia cenderung memiliki kadar kolesterol jahat dan kadar trigliserida yang lebih tinggi serta kadar kolesterol baik yang lebih rendah.

Trigliserida adalah salah satu daripada zat lemak dalam darah. Ada beberapa penyebab naiknya kadar trigliserida dalam tubuh seseorang, antara lain kerana faktor genetik, kegemukan, terlalu banyak mengambil minuman keras, dan terlalu banyak mengambil makanan yang mengandung gula atau lemak tinggi.

  • Perokok

Pada rokok ada zat kimia yang disebut akrolein. Zat ini menghentikan aktiviti HDL atau kolesterol baik untuk mengangkut timbunan lemak dari tubuh menuju hati untuk dibuang. Apabila hal ini tidak berlaku maka akibatnya boleh terjadi penyempitan arteri atau aterosklerosis.

Baca Juga: 

Cara Menurunkan Kolesterol Tinggi

Kulit Muka Sensitif

 

kolesterol tinggi

Faktor Lain Yang Jadi Punca Kolesterol Tinggi

Selain gaya hidup, ada beberapa keadaan yang boleh mengubah kadarnya mendadak naik, di antaranya adalah tekanan darah tinggi dan diabetes. Selain itu, kelenjar tiroid yang kurang aktif, penyakit hati dan penyakit buah pinggang juga boleh mengudangnya. Merawat penyakit-penyakit  tersebut akan membantu menurunkan kadar kolesterol.

Masalah ini juga sering dialami oleh bangsa-bangsa tertentu di dunia. Seseorang yang berketurunan Bangladesh, India, Sri Lanka, atau Pakistan lebih berisiko mendapatkannya.

Selain bangsa, usia juga menjadi faktor penentu. Seiring pertambahan usia, risiko untuk berlaku penyempitan arteri atau aterosklerosis makin meningkat.

Faktor lain adalah sejarah keluarga atau genetik. Keadaan yang terjadi di dalam keluarga disebut familial hypercholesterolaemia. Satu daripada lima ratus orang mewarisi keadaan ini daripada orang tua.

kolesterol tinggi

Bahaya Bila Kolesterol Tinggi

Biasanya mereka yang mewarisi penyakit ini tidak boleh menghilangkan kadar kolesterol tinggi yang terdapat dalam darah dengan sempurna. Bagi mereka yang hidup dalam keadaan begini, bererti berisiko untuk mendapatkan serangan jantung lebih awal.

Anda lebih mudah terkenanya jika keluarga lelaki (ayah atau saudara kandung) terkena stroke atau penyakit jantung koroner di bawah usia 55 tahun. Anda juga mudah memilikinya jika keluarga perempuan anda (ibu atau saudara kandung) terkena stroke atau darah tinggi di bawah usia 65 tahun.

Sumber:alodoktero.com

2 thoughts on “Makanan Punca Kolesterol Tinggi!”

  1. Pingback: 6 Sebab Kenapa Kena Minum Air Suam Setiap Pagi - 123mamanet
  2. Pingback: Bunga Matahari : Ketahui Cara Menanam Yang Betul - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Advertisement

Artikel Popular

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….
  • Pepsodent Lancar Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut
  • Little Caliphs Karnival Mega Ulang Tahun ke 20
  • Kiddocare dan FWD Takaful Lancar “MindCare”
  • Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023
  • Mata Letih : Cuba 8 Cara Segarkannya

Recent Posts

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

© 2023 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme