Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

6 TIP AGAR FOUNDATION TAHAN LAMA DI MUKA WALAUPUN SEHARIAN KITA BERPELUH

Posted on 03/07/201703/07/2017 by 123mamanet

Kalau kita ni jenis yang kuat berpeluh, kulit muka pula jenis berminyak memang kena pakai foundation tahan lama atau tidak luntur di muka yang telah dibasahi peluh!

Isi Kandungan hide
1 BAGI MENGATASINYA, DIKONGSIKAN BEBERAPA TIP SUPAYA FOUNDATION TAHAN LAMA DAN TIDAK LUNTUR WALAUPUN SEHARIAN KITA BERPELUH:

Tetapi macam mana nak buat foundation tahan lama, tidak cepat hilang dan luntur supaya penampilan mekap kita nampak hancur!

foundation tahan lama

BACA: MEKAP TEBAL, CARA MUDAH MEMBERSIHKAN KESANNYA

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BAGI MENGATASINYA, DIKONGSIKAN BEBERAPA TIP SUPAYA FOUNDATION TAHAN LAMA DAN TIDAK LUNTUR WALAUPUN SEHARIAN KITA BERPELUH:

  1. BERSIHKAN MUKA

Sebelum memakai sebarang mekap,pastikan kita membersihkan muka terlebih dahulu.
Sebaiknya gunakan air panas suam dengan cara mengambil tuala bersih yang sudah dicelup dengan air panas suam.

Kemudian laplah muka kita secara perlahan-lahan dan penuh dengan kelembutan. Ia bertujuan untuk membuatkan kulit muka kita menjadi lebih relaks dan membantu pelembab menyerap dengan lebih baik pada muka.

Selain itu, kita boleh juga menekap muka kita dengan ketulan ais ssebagai salah satu cara untuk membantu mengecilkan pori-pori dan mengawal kelebihan minyak pada muka.

Selepas kita membersihkan muka, sapukan balut seketul dua ais batu, keseluruh muka dan fokuskan di kawasan “T”. Setelah itu, keringkan muka dengan menepuk-nepuk menggunakan tuala muka bersih.

foundation tahan lama

  1. SAPUKAN CONCEALER PADA MANA-MANA BAHAGIAN GELAP DI MUKA

Selepas memakai pelembab muka yang sesuai dengan jenis kulit kita, kemudian sapukan concealer pula di kawasan-kawan tertentu yang gelap di muka.

Misalnya di bawah mata, di bawah hidung, hujung bawah bibir dan lain-lain. Fungsinya adalah untuk menutupi bahagian-bahagian gelap di muka.

Apabila kita memakai foundation, muka tidak akan kelihatan berbelang atau bertompok-tompok. Selain foundation tahan lama, ia membuatkan foundation yang dipakai lebih serata pada kulit.foundation tahan lama

  1. TUMPUKAN PADA 3 BAHAGIAN MUKA (ZON “T”)

Apabila memakai foundation, berikan tumpuan pada tiga bahagian atau kawasan muka yang paling penting sekali iaitu di kawasan dahi, pipi dan juga dagu (zon “T”)

Ini adalah kerana tiga kawasan itu lebih kuat berminyak sehingga membuatkan foundation yang dipakai tidak tahan lama atau mudah luntur.

Selain itu, sebaiknya jangan terus menggunakan atau menyapu foundation terus ke muka kita. Letaklah di tapak tangan terlebih dahulu, kemudian barulah diratakan ke muka dengan menggunakan span lembut atau berus yang biasa digunakan untuk mekap.foundation tahan lama

  1. MERATAKAN FOUNDATION

Agar foundation tahan lama kita perlu tahu teknik yang betul untuk meratakan foundation dan memilih foundation yang tepat.

Caranya mudah sahaja, ratakan foundation dari dalam muka dan bawa ke arah luar muka. Kita boleh memulakannya dengan meratakan foundation dari arah tengah muka hingga ke tepi muka kita.

Di samping itu, ketika mengaplikasikan foundation, minimumkan gerakan “menggosok” dengan terlalu kuat kerana ia akan mengundang kelenjar minyak di muka untuk mengeluarkan minyak lebih banyak.

Sebaiknya ditepuk-tepuk sahaja dengan menggunakan span lembab dengan gerakan yang sewajarnya.

Teknik sebegini akan membuatkan foundation menjadi lebih rata dan mencegah dari bertompok-tompok di muka.foundation tahan lama

  1. MENYERLAHKAN KENING

Pemakaian foundation di muka bukan setakat membuatkan muka nampak lebih segar, tetapi kita juga boleh menggunakannya di bahagian kening kita.

Jika kita jenis yang suka bercukur atau mencabut kening, biasanya akan muncul bulu-bulu halus di sekitarnya. Bagi menutupinya, kita boleh menggunakan foundation di bahagian kening dan ratakan bagi membentuk kening yang lebih menyerlah dan kemas.

Bagi mendapatkan hasil foundation tahan lama, setelah kita memakai foundation tadi biarkan ia kering seketika di muka. Kemudian barulah kita pakai bedak.

Tapi ingat ya, jangan pakai foundation dalam jumlah yang banyak kerana ia akan menimbulkan kesan garis apabila kita tersenyum dan di kawasan sekitar mata.foundation tahan lama

  1. GUNAKAN LOOSE POWDER

Memadai bedak jenis loose powder setelah memakai foundation adalah lebih baik. Pakailah dengan cara ditepuk-tepuk ke muka dan bukannya disapu kerana ia akan membuatkan foundation dan bedak kelihatan tidak sekata atau bertapuk-tapuk di muka.

Loose powder akan “mengikat” foundation dan berfungsi menyerap kelebihan minyak di muka.

foundation tahan lama

Dengan cara ini foundation tahan lama di muka dan tidak mudah luntur sekalipun kita berpeluh.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme