Salah satu cara yang sangat efektif untuk cegah kanser payudara adalah dengan mengubah gaya hidup sihat.
Penyakit kanser payudara ini biasanya terjadi kerana beberapa punca seperti faktor genetik, terdedah kepada bahaya kimia dan gaya hidup yang kurang sihat. Ia menyebabkan kanser berkembang dengan pesat ketika memasuki usia menopaus.
Apapun sebagai wanita, kita juga pasti mahukan bentuk badan yang cantik dan menarik serta tidak mengalami gangguan kesihatan atau penyakit yang mengancam nyawa seperti #kanser payudara.
Jadi, salah satu cara terbaik untuk menghindari atau cegah kanser payudara adalah dengan mengurangkan risikonya dari sekarang!
- KETAHUI 6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM YANG PERLU KITA AMBIL PEDULI.
- [btn text=”JOM LIKE & SHARE MAMANET (FANPAGE MAJALAH HARIAN WANITA)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
CARA TERBAIK UNTUK CEGAH KANSER PAYUDARA:
- LAKUKAN PEMERIKSAAN PAYUDARA
Cara paling mudah untuk cegah kanser payudara, selain secara rutin membuat pemeriksaan doktor, kita juga boleh melakukan pemeriksaan sendiri.
Pastikan cara yang kita lakukan itu betul. Pemeriksaan yang dilakukan sendiri merupakan cara paling efektif untuk mengesan secara semulajadi dalam mengenalpasti kelainan pada organ payudara.
- PERBANYAKKAN PENGAMBILAN BUAH DAN SAYUR-SAYURAN
Ada beberapa jenis buah dan sayur-sayuran yang dipercayai boleh mencegah kita daripada terkena kanser payudara.
Pilihlah buah dan sayur-sayuran yang keadaannya masih segar. Letakkan sayuran berwarna-warni seperti kobis, brokoli, kobis bunga, bayam dalam menu diet kita. Begitu juga dengan keledek, labu, tomato dan lobak merah.
Buah epel, delima, keluarga Beri seperti strawberi, raspberi, blueberi dan blackberi dikatakan mampu memperlambatkan pertumbuhan sel kanser.
- PILIH MAKANAN KAYA ANTIOKSIDAN
Antioksidan sangat penting untuk membunuh bakteria dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel sihat di dalam badan.
Antioksidan juga melindungi sel tubuh dengan menghalang pembentukan radikal bebas serta meningkatkan daya ketahanan badan secara keseluruhan.
Kurma, kiwi, tomato, mangga, avokado, anggur, jambu batu dan buah manggis adalah antara makanan yang kaya antioksidan.
- MAKANAN BERSERAT TINGGI
Serat makanan sangat penting untuk menunjang kesihatan secara optimum. Makanan tinggi serat boleh diperoleh dalam pelbagai jenis makanan kita sehari-hari seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan dan biji-bijian.
Makanan berserat ini perlu disertakan di dalam setiap waktu makan, termasuklah ketika bersarapan pagi.
Serat dapat memperlambatkan proses penyerapan estrogen dalam darah. Estrogen dikatakan merupakan faktor pertumbuhan dan perkembangan awal dari kanser payudara.
- MENJAGA BERAT BADAN
Menjaga atau mengawal berat badan supaya tidak obesiti merupakan cara berkesan untuk mencegah atau menghindari diserang pelbagai penyakit.
Wanita yang mengalami pertambahan berat badan atau obesiti setelah menopause mempunyai risiko terkena kanser payudara sebanyak 30-60 peratus.
Manakala wanita yang belum mencapai masa menopause pula berisiko terkena kanser payudara 20-40 peratus lebih tinggi dibandingkan dengan mereka yang mempunyai berat badan yang normal.
Perubahan berat badan dan waktu terjadinya kenaikan berat badan ini saling berkait dengan keadaan hormon di dalam badan. Jadi, menjga berat badan supaya tetap ideal adalah salah satu cara untuk mencegah kanser payudara yang boleh kita lakukan.
- BERSENAM SECARA RUTIN
Bersenam merupakan salah satu cara cegah kanser payudara. Ini adalah kerana dengan bersenam kita dapat menurunkan kadar estrogen dalam badan.
Sekiranya kita tidak pernah bersenam peningkatan estrogen dalam badan akan jadi semakin meninggi sehingga menyebabkan tingginya risiko terkena kanser payudara. Bersenam juga akan mengeluarkan toksin atau racun dalam badan
- MENYUSUKAN ANAK
Menyusukan anak atau bayi bukan sahaja bermanfaat untuk si comel. Malahan, sebagai ibu kita juga memiliki manfaat yang luar biasa.
Wanita yang menyusukan anaknya dikatakan mempunyai risiko yang lebih kecil untuk terkena kanser payudara berbanding dengan wanita yang tidak pernah berbuat sedemikian.
Cara untuk cegah kanser payudara ini memang penting untuk kita ketahui, dan jangan lupa untuk menerapkan gaya hidup yang sihat!