Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kesuburan wanita

7 Cara Tingkatkan Kesuburan Wanita Agar Hamil

Posted on 06/17/201606/17/2016 by 123mamanet

kesuburan wanitaWANITA dikatakan mempunyai tempoh kesuburan yang lebih singkat berbanding dengan lelaki. Kesuburan wanita boleh menurun dengan pertambahan usianya. Ini kerana menjelang usia 40 tahun, menopaus sudah mengintai!

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa rahsia meningkatkan kesuburan wanita secara semulajadi untuk membantu meluaskan lagi potensi hamil

Merancang kehamilan pada masa kini jauh lebih sukar jika dibandingkan dengan zaman dahulu. Faktor gaya hidup yang penuh dengan tekanan membuatkan fertiliti menjadi lebih sukar. Anda dan pasangan yang ingin cepat memperoleh zuriat, boleh mencuba beberapa tip di bawah ini.

 

Berikut beberapa rahsia meningkatkan kesuburan wanita secara semulajadi untuk membantu meluaskan lagi potensi  hamil

 

1.Lebih Kerap Melakukan Hubungan Sekskesuburan wanita

Ramai pasangan suami isteri yang berasa cemas dan bimbang tentang kehamilan dan berfikir betapa susahnya untuk menimang cahaya mata kerana disebabkan masalah kesuburan, sedangkan hakikatnya mereka jarang melakukan hubungan seks. Lebih kerap melakukan hubungan seks merupakan suatu kewajipan jika anda mahu memiliki si comel.

 

Sebaiknya anda pasangan melakukan hubungan seks seminggu sekali. Seks membuat sperma sihat dan kualitinya akan jauh berbeza jika disimpan di dalam tubuh lebih dari tiga hari. Dapatkan nasihat doktor jika anda bermasalah dalam menentukan waktu subur.

 

BACA INI

  • 7 Cara Mengatasi Peluh Berlebihan
  • 5 Minuman Detox  Segarkan Tubuh

 

  1. Kurangkan Pengambilan Kafeinkesuburan wanita

Menurut kajian dari British Journal of Pharmacology (2011), menyatakan bahawa kafien (dua cawan kopi) mampu mengurangi gerak kerja otot di kawasan tiub falopio, yang berfungsi mengangkat ovum dan ovari menuju ke rahim. Namun, jika anda tidak boleh memulakan hari anda tanpa secawan kopi, anda disarankan menghadkan pengambilannya dalam sehari.

 

Di samping itu, jangan ingat hanya kopi sahaja yang mengandungi kafien, tetapi teh  dan juga beberapa minuman ringan yang lain turut mengandungi kafien.

 

  1. Obesiti

Berat badan yang berlebihan menyebabkan peningkatan hormon estrogen yang sangat mempengaruhi kitaran haid, seperti haid yang tidak lancar. Selain itu, lemak tubuh yang berlebihan juga boleh menekan organ-organ dalam tubuh sehingga menyukarkan kerja-kerja organ peranakan.

 

  1. Cuba Berhenti Merokok

Merokok meninggalkan pengaruh besar terhadap kemampuan anda untuk mengandung kerana ia boleh mengurangkan peluang anda untuk mengandung sehingga 40 peratus. Merokok bukan sahaja membahayakan ovari, malahan mengurangkan jumlah atau kualiti sel telur.

 

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Imperial Cancer Research Fund’s General Practice Research Group, berpusat di Oxford menyatakan bahawa perempuan merokok yang berusaha untuk mengandung memerlukan waktu lebih lama untuk mengandung daripada perempuan yang tidak merokok.Perempuan yang telah berhenti merokok setahun sebelum merancang untuk mengandung dikatakan memiliki potensi untuk mengandung yang sama besar dengan mereka yang tidak merokok.

 

  1. Perbanyakkan Minum Susukesuburan wanita

Kesuburan wanita boleh dipengaruhi dengan pemakanan yang diambil. Minumlah susu paling kurag segelas sehari agar boleh mengurangkan risiko infertiliti. Menurut kajian dari Harvad University, Amerika Syarikat, lemak daripada susu membantu ovarium bekerja dengan baik.

 

  1. Sentiasa Berfikir Positif

Stress boleh menganggu kesuburan wanita, terutama bagi pasangan yang telah lama berkahwin namun masih belum juga dikurniakan zuriat. Faktor tekanan dari orang-orang terdekat dan keinginan anda untuk segera menimang cahaya mata boleh berubah menjadi stress sehingga menganggu proses kehamilan yang sedang dijalani.

 

  1. Bersenam Secara Teratur

Bersenam memiliki manfaat yang besar bagi tubuh, biarpun sekadar hanya melakukan senaman ringin. Cubalah aktif bergerak di manapun anda berada kerana wanita yang lebih banyak bergerak dan aktif dikatakan lebih mudah mengandung.

 

Biar apa pun usaha yang anda lakukan, bertawakallah. Sesungguhnya zuriat itu ketentuan ALLAH. Jika anda telah berusaha yang terbaik tetapi masih belum dikurniakan zuriat, anggaplah belum rezeki anda dapat anak kandung. Mungkin idea untuk mengambil anak angkat boleh dipertimbangkan. Ramai pasangan yang berjaya mendapatkan anak kandung selepas memelihara anak angkat. Insya-Allah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme