Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
pencuci muka

7 JENIS PENCUCI MUKA SEMULAJADI TERBAIK UNTUK KULIT

Posted on 02/22/201702/22/2017 by 123mamanet

Pencuci muka yang bagus atau elok seharusnya mampu menghilangkan segala jenis kotoran, sisa-sisa mekap dan debu yang melekat serta tidak merosakkan sel-sel kulit sihat di muka.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT ADA BEBERAPA PILIHAN PENCUCI MUKA SEMULAJADI YANG BAGUS UNTUK KULIT

Mencuci atau membersihkan muka adalah satu ritual paling mudah dilakukan dalam kehidupan kita sehari-hari. Paling penting, jangan lupa membersihkan muka sebelum tidur terutama jika kita memakai mekap.

Sekiranya pembersih muka yang kita percayai tidak dapat memberikan hasil sepertimana yang kita harapkan. Jadi, apakata kita cuba membuat sendiri pencuci muka di rumah dengan hasil yang cepat dan efektif.

Lagipun membuat pencuci muka semulajadi di rumah merupakan salah satu alternatif bagi kita yang ingin tampil cantik tanpa perlu bimbang dengan efek sampingan dari bahan kimia yang banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.

Selain lebih selamat, pembersih muka buatan sendiri ini juga lebih menjimatkan!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: PAKAI BEDAK SEJUK, CARA CANTIKKAN MUKA

 

 

pencuci muka

BERIKUT ADA BEBERAPA PILIHAN PENCUCI MUKA SEMULAJADI YANG BAGUS UNTUK KULIT

  1. YOGURT

Bersihkan muka dengan yogurt bagi menegangkan pori-pori dan mengurangkan kemunculan garis-garis halus.
Sapukan yogurt ke muka dengan nipis sambil mengurut perlahan-lahan dengan jari. Biarkan selama dua minit, dan selepas itu barulah dibilas dengan air bersih.pencuci muka

  1. MINYAK KELAPA

Minyak kelapa juga boleh dimanfaatkan sebagai pencuci muka semulajadi. Ini adalah kerana minyak kelapa mempunyai banyak khasiat yang mampu membuatkan kulit muka menjadi lebih lembut dan sihat. Sapukan sedikit minyak kelapa ke muka dan urutlah selama 30 saat.pencuci muka

  1. TIMUN

Air yang dihasilkan dari sayur timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.

Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula dengan mengaplikasikannya menggunakan kapas supaya lebih mudah.pencuci muka

  1. MINYAK ZAITUN

Menggunakan minyak zaitun sebagai pencuci muka semulajadi sangat bagus bagi kita yang mempunyai kulit muka yang kering.

Minyak zaitu  juga dapat mengurangkan iritasi kulit dan kulit yang terbakar oleh sinaran matahari.pencuci muka

  1. MADU DAN LEMON

Campurkan dua sudu kecil madu asli dengan satu sudu kecil air perahan lemon. Madu  yang kaya dengan antioksidan sehingga mampu membantu memperlambatkan proses penuaan kulit muka.

Manakala lemon pula berfungsi untuk membunuh bakteria penyebab jerawat dan membersihkan sel kulit mati.pencuci muka

  1. TOMATO

Kita boleh menggunakan tomato sebagai pencuci muka semulajadi. Ambil sebiji tomato masak, dua sudu makan jus lemon dan dua sudu makan susu cair.

Masuk dan kisarkan kesemua bahan ke dalam blender. Kacau rata kemudian gunakanya sebagai pembersih muka. Biarkan selama lima minit atau sampai kering. Setelah itu barulah di bilas dengan air suam.pencuci muka

  1. MINYAK ALMOND

Ambil satu sudu makan minyak almond dan masukkan ke dalam semangkuk susu. Setelah itu, gosok campuran ini ke seluruh muka dengan gerakan memutar menggunakan hujung jari. Biarkan selama dua minit, setelah itu barulah bersihkan dengan menggunakan kapas. Minyak almond memang bagus digunakan sebagai pencuci muka untuk semua jenis kulit, termasuk kulit kering.pencuci muka

Jadi, sekarang ini anda tidak perlu risau lagi kerana memang mudah hendak buat pencuci muka daripada bahan semulajadi. Selamat mencuba.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme