Pencuci muka yang bagus atau elok seharusnya mampu menghilangkan segala jenis kotoran, sisa-sisa mekap dan debu yang melekat serta tidak merosakkan sel-sel kulit sihat di muka.
Mencuci atau membersihkan muka adalah satu ritual paling mudah dilakukan dalam kehidupan kita sehari-hari. Paling penting, jangan lupa membersihkan muka sebelum tidur terutama jika kita memakai mekap.
Sekiranya pembersih muka yang kita percayai tidak dapat memberikan hasil sepertimana yang kita harapkan. Jadi, apakata kita cuba membuat sendiri pencuci muka di rumah dengan hasil yang cepat dan efektif.
Lagipun membuat pencuci muka semulajadi di rumah merupakan salah satu alternatif bagi kita yang ingin tampil cantik tanpa perlu bimbang dengan efek sampingan dari bahan kimia yang banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.
Selain lebih selamat, pembersih muka buatan sendiri ini juga lebih menjimatkan!
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
BACA: PAKAI BEDAK SEJUK, CARA CANTIKKAN MUKA
BERIKUT ADA BEBERAPA PILIHAN PENCUCI MUKA SEMULAJADI YANG BAGUS UNTUK KULIT
- YOGURT
Bersihkan muka dengan yogurt bagi menegangkan pori-pori dan mengurangkan kemunculan garis-garis halus.
Sapukan yogurt ke muka dengan nipis sambil mengurut perlahan-lahan dengan jari. Biarkan selama dua minit, dan selepas itu barulah dibilas dengan air bersih.
- MINYAK KELAPA
Minyak kelapa juga boleh dimanfaatkan sebagai pencuci muka semulajadi. Ini adalah kerana minyak kelapa mempunyai banyak khasiat yang mampu membuatkan kulit muka menjadi lebih lembut dan sihat. Sapukan sedikit minyak kelapa ke muka dan urutlah selama 30 saat.
- TIMUN
Air yang dihasilkan dari sayur timun dapat membantu menghaluskan dan menegangkan kulit muka.
Gunakan air pati timun sebagai pencuci muka semula dengan mengaplikasikannya menggunakan kapas supaya lebih mudah.
- MINYAK ZAITUN
Menggunakan minyak zaitun sebagai pencuci muka semulajadi sangat bagus bagi kita yang mempunyai kulit muka yang kering.
Minyak zaitu juga dapat mengurangkan iritasi kulit dan kulit yang terbakar oleh sinaran matahari.
- MADU DAN LEMON
Campurkan dua sudu kecil madu asli dengan satu sudu kecil air perahan lemon. Madu yang kaya dengan antioksidan sehingga mampu membantu memperlambatkan proses penuaan kulit muka.
Manakala lemon pula berfungsi untuk membunuh bakteria penyebab jerawat dan membersihkan sel kulit mati.
- TOMATO
Kita boleh menggunakan tomato sebagai pencuci muka semulajadi. Ambil sebiji tomato masak, dua sudu makan jus lemon dan dua sudu makan susu cair.
Masuk dan kisarkan kesemua bahan ke dalam blender. Kacau rata kemudian gunakanya sebagai pembersih muka. Biarkan selama lima minit atau sampai kering. Setelah itu barulah di bilas dengan air suam.
- MINYAK ALMOND
Ambil satu sudu makan minyak almond dan masukkan ke dalam semangkuk susu. Setelah itu, gosok campuran ini ke seluruh muka dengan gerakan memutar menggunakan hujung jari. Biarkan selama dua minit, setelah itu barulah bersihkan dengan menggunakan kapas. Minyak almond memang bagus digunakan sebagai pencuci muka untuk semua jenis kulit, termasuk kulit kering.
Jadi, sekarang ini anda tidak perlu risau lagi kerana memang mudah hendak buat pencuci muka daripada bahan semulajadi. Selamat mencuba.