Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
makanan tambah tenaga

7 MAKANAN TAMBAH TENAGA SOLUSI BADAN LEMAU SEPANJANG HARI!

Posted on 07/03/201707/03/2017 by 123mamanet

LEPAS-LEPAS RAYA NI TENTU RAMAI DI ANTARA KITA YANG CEPAT PENAT DAN RASA MENGANTUK. JANGAN-JANGAN KITA MUNGKIN KEKURANGAN ENERGI. JADI, UNTUK MENGATASINYA PILIHLAH MAKANAN TAMBAH TENAGA!

Isi Kandungan hide
1 7 MAKANAN TAMBAH TENAGA YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN UNTUK MENINGKATKAN STAMINA KITA:

 

Energi sangat penting dan kita perlukannya untuk menjalani kehidupan sehari-hari. Tanpa energi sudah tentu kita tidak dapat melakukan tugasan kita dengan sempurna.

 

Makanan yang mengandungi karbohidrat merupakan sumber tenaga yang sangat baik untuk badan kita. Kandungan tersebut boleh diperoleh daripada nasi dan roti.

 

Selain karbohidrat, kandungan lain seperti vitamin, protein, mineral dan zat besi juga penting untuk meningatkan stamina badan kita.

makanan tambah tenaga

 

7 MAKANAN TAMBAH TENAGA YANG DIPERLUKAN OLEH BADAN UNTUK MENINGKATKAN STAMINA KITA:

 

  1. MADU ASLI

Madu asli memang banyak manfaat untuk kesihatan dan juga kecantikan. Madu ini juga bagus untuk dijadikan sebagai makanan tambah tenaga.

 

Fruktosa dan glukos yang terdapat pada madu aslmi memang cepat diserap oleh badan kita.

 

Untuk kesan yang lebih bagus, amalkan setiap hari dua sudu madu  yang dicampur dengan telur ayam separuh masak. Kandungan vitamin B yang terdapat pada telur memang diperlukan tubuh bagi meningkatkan tenaga serta  hormon dalam badan.

 

Minumlah madu pada bila-bila masa sahaja yang kita rasakan memerlukan tenaga tambahan atau setelah seharian penat bekerja bagi mengganti tenaga kita yang hilang.

makanan tambah tenaga

 

  1. PISANG

Pisang merupakan buah yang bagus dimakan. Mengandungi banyak vitamin dan mineral serta serat yang akan membantu ita mempertahankan kadar gula dalam darah, sehingga memberikan kita sumber tenaga atau energi yang stabil.

makanan tambah tenaga

  1. SOYA

Soya merupakan sumber tenaga yang sangat menakjubkan untuk tubuh badan kita, kandungan protein yang tinggi dapat menyokong  tahap tenaga, mengekalkan stamina dan dapat meningkatkan pretasi sukan seseorang.

 

Selain itu, kandungan soya yang kaya dengan asid amino dapat menyokong otot badan dan tulang kita, lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat kita untuk melakukan aktiviti seharian.

makanan tambah tenaga

 

  1. BAYAM

Bayam adalah sayuran hijau yang mengandungi magnesium tinggi dan mineral yang mampu menurunkan hormon kortisol penyebab stress.

 

Pengambilan sayur bayam ini dikatakan dapat menjaga kesihatan kita. Kandungan vitamin dan meral di dalam bayam juga mamu memberikan tenaga yang diperlukan oleh badan kita.

makanan tambah tenaga

 

  1. TELUR

Telur merupakan makanan yang baik untuk kita mengekalkan tenaga dalam badan. Sungguh pun begitu ia tidak boleh diambil secara berlebihan takut akan mendatangkan kesan sampingan pula.

 

Telur kaya dengan nutrisi diantaranya protein, vitamin A,vitamin B,vitamin B12, riboflavin, asid folik, kalsium,iron, phosporus, dan potassium. Segala nutrisi ini bagus untuk kesihatan badan, terutamanya protein yang mampu untuk membekalkan tenaga untuk badan.

makanan tambah tenaga

 

  1. SUSU

Susu adalah minuman yang menyihatkan serta merupakan nutrisi yang juga mampu meredakan stress.

 

Selain mengandungi vitamin B2, B12 dan antioksidan, susu juga mengandungi kalori yang dapat memberikan tenaga buat badan kita.

 

Jadi, sebelum beraktiviti adalah lebih baik jika kita minum segelas susu terlebih dahulu kerana susu dapat memberikan tenaga untuk badan kita dengan cepat.

makanan tambah tenaga

 

  1. AIR KELAPA

Biarpun air kelapa bukan makanan pejal, namun ia merupakan sumber tenaga yang murah dan mudah didapati.

 

Air kelapa dikenali sebagai minuman penambah tenaga semulajadi. Ini adalah kerana air kelapa sarat dengan vitamin dan mineral penting.

 

Kalium yang masuk ke dalam badan dengan nutrisi dan elektrolit yang diperlukan oleh  badan. Air kelapa juga berguna dalam mempercepatkan proses metabolisme seseorang dan memberikan tenaga.

makanan tambah tenaga

 

Itulah beberapa jenis makanan tambah tenaga yang sebaiknya kita ketahui supaya mampu membuatkan kita kekal aktif sepanjang hari.

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
  • Anda Tentu Ingin Tahu Vitamin Apa Yang Diperlukan Untuk Mengatasi Badan Letih & Lesu
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

 

1 thought on “7 MAKANAN TAMBAH TENAGA SOLUSI BADAN LEMAU SEPANJANG HARI!”

  1. Pingback: 7 TANDA ANDA KURANG ZAT BESI.SILA SEMAK! - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025
  • Farel Prayoga Lancar Lemak Manis 2025

Recent Posts

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme