Makanan kesihatan wanita dianggap terbaik adalah yang mengandungi zat seperti kalsium, asid lemak Omega-3, antioksidan dan beberapa jenis mineral serta vitamin. Ia adalah nutrisi yang tidak boleh diabaikan oleh kita pada setiap hari.
Memandangkan kita mempunyai organ peranakan yang agak kompleks, kita lebih mudah diserang dengan pelbagai macam penyakit yang berkaitan dengannya. Misalnya, penyakit kanser payudara dan kanser serviks. Ketahui juga maknan antikanser payudara.
Bagi menghindarinya, sudah pasti kita perlu menjaga kebersihan bahagian alat sulit dan juga kesihatan tubuh. Jadi, kita perlu bijak mengambil makanan kesihatan wanita yang terpilih dan terbaik bagi menjaga kesihatan kita secara menyeluruh.
Berikut beberapa RAHSIA kebaikan Makanan Kesihatan Wanita:
- Tomato
Tomato sebaiknya menjadi makanan yang wajib diambil oleh setiap wanita. Ini adalah kerana ia mengandugi sumber lycopene, antioksidan yang kuat untuk membantu melindungi wanita dari kanser serviks dan payudara.
- Bayam
Bayam diketahui sebagai sumber pelbagai vitamin, mineral dan tinggi magnesium. Magnesium merupakan zat yang dapat membantu mengurangkan masalah menstruasi seperti rasa bengkak di payudara, kembung dan juga kembung perut.
Selain itu, pengambilan makanan kesihatan wanita seperti sayur bayam yang mengandungi antioksidan ternyata dapat mencegah radikal bebas yang mengundang sel kanser di dalam badan.
Bayam juga mengandungi zat anti kanser iaitu flavonoid yang akan memperlambatkan perkembangan sel kanser. Sayur ini juga bagus untuk daya ketahanan badan, penglihatan dan juga menjaga tekanan darah.
-
Ikan Salmon
Bukan sekadar kaya dengan zat besi yang biasanya sering kurang pada wanita, ikan ini juga mengandungi lemak Omega-3 yang mampu memperbaiki mood kita. Dapat mengatasi masalah depresi, meningkatkan mood serta melindungi penyakit kanser dan juga Alzheimer.
-
Kacang-Kacangan
Kacang-kacangan seperti kacang tanah memberikan banyak manfaat untuk kesihatan dan juga kesuburan wanita. Ia mengandungi lemak yang rendah, merupakan sumber protein yang baik dan mempunyai serat yang dapat melindungi kita dari penyakit jantung dan kanser payudara.
Manakala emak Omega-3 yang terkandung dalam kacang tanah memiliki sifat anti peradangan yang dapat mencegah artritis serta mengurangkan masalah penghadaman.
Di samping itu juga, tubuh menggunakan Omega-3 seperti yang dimiliki oleh kacang tanah untuk mengeluarkan hormon eicosanoid, yang akan meningkatkan pengaliran darah ke rahim, sehingga peluang untuk mengandung menjadi lebih cerah.
- Susu
Susu adalah minuman paling wajib bagi wanita demi mempertahankan tulang.
Kalsium pada susu yang dikombinasikan dengan vitamin D, mineral dan protein akan menjadi cara paling baik untuk mencegah osteoporosis.
Selain itu, susu juga baik untuk mencegah gejala PMS (pra menstruasi syndrome).
- Gandum
Gandum kaya dengan nutrisi tambahan kesihatan yang bagus untuk kesihatan wanita terutama buat wanita selepas bersalin.
Gandum mengandungi vitamin B6 dan asid folik yang dapat menjaga kesihatan jantung, sistem penghadaman dan menjaga tekanan darah agar tetap stabil.
Selain itu, gelaja PMS juga dapat diredakan dengan pengambilan makanan kesihatan wanita ini. Manakala asid folik dapat mencegah terjadinya kecacatan pada bayi yang baru lahir dan merupakan nutrisi penting bagi ibu mengandung.
Semoga info tentang Makanan Kesihatan Wanita ini bermanfaat buat semua.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]