Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
makanan pengganti nasi

UBAH SELERA: TUKAR 4 MAKAN PENGGANTI NASI CONFIRM BOLEH KURUS!

Posted on 08/01/202008/05/2020 by 123mamanet

Apa agaknya makanan pengganti nasi yang mampu memberikan kita tenaga ataupun energi walaupun tidak menjamah nasi! Tidak dinafikan, hampir semua di antara kita memang suka makan nasi. Tak kira siang, malam, pagi ataupun petang.

Isi Kandungan hide
1 Berikut Beberapa Jenis Makanan Pengganti Nasi Yang Sedap dan Mengenyangkan

Pendek kata, rutin makan tiga kali sehari kita wajib dipenuhi dengan makan nasi. Padahal makan nasi berlebihan juga boleh berpotensi membuatkan badan kita sakit.

Karbohidrat yang terkandung pada nasi sangat pantas dihadamkan oleh tubuh sehingga menjadi lebih pantas meningkatkan kadar gula darah yang boleh menimbulkan penyakit diabetis.

Ini adalah kerana nasi mengandungi index glycemic yang tinggi. Index glycemic (GI) adalah sukatan kepantasan suatu makanan untuk diserap dan diubah menjadi gula darah. Semakin tinggi index glycemic pada suatu makanan, bermakna semakin cepat karbohidrat di dalam makanan itu diubah menjadi gula darah dalam badan, sehingga kadar gula darah dalam badan juga menjadi lebih cepat meningkat.

Di samping boleh menyebabkan penyakit diabetis, karbohidrat yang terdapat pada nasi juga cukup mudah diubah menjadi lemak yang boleh menyebabkan obesiti jika diambil secara berlebihan.

Berikut Beberapa Jenis Makanan Pengganti Nasi Yang Sedap dan Mengenyangkan

1. Ubi kentang
Ubi kentang mengandungi vitamin C, serat dan juga kalori yang rendah. Biarpun mempunyai index glycemic yang agak tinggi, namun pengambilan ubi kentang adalah lebih baik daripada nasi.

Pengambilan kentang yang paling sihat adalah dengan cara direbus, dikukus atau dibakar.

Makanan Pengganti Nasi

2. Ubi kayu
Ubi kayu adalah makanan pengganti nasi yang tidak kurang hebatnya. Pengambilan ubi kayu ini sangat bagus bagi membantu menurunkan kadar kolesterol jahat kerana kandungan seratnya yang cukup tinggi.

Ubi kayu rebus atau kukus adalah cara olahan yang paling tepat untuk kita yang mahu menurunkan berat badan atau sedang berdiet.

Makanan Pengganti Nasi

3. Ubi keledek
Ubi keledek termasuk dalam kategori makanan yang mempunyai nutrisi lengkap. Ubi keledek mengandungi vitamin A, C,B1, zat besi, protein, lemak, air, kalsium, fosfor, betakaroten dan karbohidrat.

Dibandingkan dengan nasi, ubi keledek mengandungi vitamin A dan C yang mampu memenuhi 61% keperluan harian tubuh. Selain itu, ubi keledek ini juga mempunyai serat tinggi sehingga mudah dihadamkan oleh tubuh.

Ubi keledek ini juga sangat sesuai untuk kita yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan semulajadi.

Makanan Pengganti Nasi

4. Jagung
Masih ramai yang menganggap jagung bukan makan yang kaya dengan zat, sedangkan banyak sekali nutrisinya. Selain boleh diolah dengan pelbagai menu yang lazat, jagung juga mengandungi vitamin B6 yang baik untuk metabolisme tubuh, vitamin C untuk daya ketahanan badan, fosfur dan magnesium untuk kesihatan tulang.

Selain itu, jagung turut mengandungi protein, mineral, serat, antioksidan dan amilosa yang lebih banyak dibandingkan daripada nasi.

Kandungan amilosa yang lebih banyak juga membuatkan jagung lebih selamat diambil oleh pengidap diabetis. Bahkan ia turut membuatkan jagung dihadamkan lebih lama sehingga tidak menimbulkan kenaikan tahap gula darah secara tiba-tiba.

Index glycemic (IG) yang terkandung pada jagung juga termasuk dalam kategori rendah. Keadaan ini membuatkan perut kita jadi tidak mudah lapar dan kenyang lebih lama.

Makanan Pengganti Nasi

 

Kesemua makanan ini boleh dimakan begitu sahaja dengan cara merebus atau membakarnya. Ia sangat ringkas dan boleh dimakan dalam perjalanan.

Itulah beberapa jenis makanan pengganti nasi yang boleh dipraktik. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!

 

BACA BAGUS RUPANYA IBU HAMIL MAKAN JAGUNG REBUS. TAK PERCAYA SILA BACA!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme