Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Resepi Biskut Suji Arab

Resepi Biskut Suji Arab

Posted on 06/26/202309/15/2023 by 123mamanet

Resepi Biskut Suji Arab. Sedap betul, sekali makan nak lagi dan lagi! Sangat unik memandangkan bentuknya yang kecil comel. Jom cuba Resepi Biskut Suci Arab !

Isi Kandungan hide
1 Bahan Utama Biskut Suji Arab
2 Cara Buat Biskut Suji Arab Yang Sedap

resepi biskut suji arab

Bahan Utama Biskut Suji Arab

Bahan utama Biskut Suji Arab adalah minyak sapi yang digandingkan bersama campuran tepung dan bahan pelengkap lain.

Sungguhpun begitu, lain orang, lain cara membuatnya. Namun, ramai yang cenderung ingin mencuba resipi membuat biskut yang mudah untuk dicuba dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya juga tidak renyah.

Jadi, bagi anda yang tertarik untuk membuat sendiri biskut ini, jangan berlengah lagi. Dari Dapur Mamanet, dikongsikan resepi biskut yang sangat sedap ini. Jom, try!

 

BACA INI

  • Kulit Gebu Dan Cerah Dengan Losyen Badan
  • Resepi Kek Coklat Kukus Sedap Dan Gebu

 

Cara Buat Biskut Suji Arab Yang Sedap

Bahan-Bahan Untuk Resepi Biskut Suji Arab

  • 150 gram tepung suji
  • 300 gram tepung gandum (diayak)
  • 150 gram gula kastor
  • 250 gram minyak sapi
  • 30 gram susu tepung
  • Garam halus secukupnya
  • Ceri merah atau hijau secukupnya dipotong kecil-kecil
  • Sedikit gula kastor untuk digaul pada biskut.

Cuba Juga: Resepi Kek Butter, Mudah & Sedap

 

Cara Betul Membuatnya:

 

  1. Masukkan minyak sapi dan gula kastor dalam mangkuk.

 

  1. Kemudian pukul sampai sebati dan kembang.Biskut Suji Arab

 

  1. Setelah itu, masukkan susu tepung, tepung gandum, tepung suji dan garam halus.

 

  1. Uli ke semua bahan sampai sebati dan menjadi doh.

 

  1. Biarkan adunan seketika sambil ditutup menggunakan plastik sehingga ia mengembang.Biskut Suji Arab

 

  1. Setelah mengembang, bulatkan doh menjadi kecil dan comel. Jangan lupa hias dengan ceri di atasnya.

 

  1. Bakar dalam ketuhar selama 15 minit atau sehingga masak pada suhu 160 darjah Celsius.

 

  1. Setelah masak, sejukkan seketika, kemudian gaul dengan gula kastor jika mahu. Lepas tu bila dah sejuk bolehlah simpan di dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba Resepi Biskut Suji Arab. Keenakannya memang tak terkata, silap-silap  boleh licin sebalang!

Maklumlah kira biskut nih evergreen camtu. Semoga memberi manafat buat anda semua untuk mencubanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme