Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
gambar berkualiti tinggi

Cara Download Gambar Kualiti Tinggi Percuma

Posted on 07/14/202308/25/2023 by 123mamanet

Gambar kualiti tinggi akan membantu blog kelihatan menarik dan seronok di baca. Setiap blogger mestilah tahu cara download gambar kualiti tinggi yang percuma.Apa kaitannya gambar berkualiti tinggi dengan website? Sebenarnya membina website bagaikan membina sebuah majalah. Kandungannya perlu menarik dan menampilkan gambar kualiti tinggi serta cantik.

Isi Kandungan hide
1 Cara download gambar berkualiti tinggi
2 Mudahnya Nak Download Gambar Berkualiti Tinggi
2.1 Apa itu resolusi tinggi?

gambar kualiti tinggi

Namun, bagaimana hendak mendapatkan gambar yang cantik sedangkan kita bukan jurufoto dan kita tidak ada banyak wang untuk beli gambar-gambar yang berkualiti tinggi. Sayang jika kita tidak tahu bagaimana cara download gambar kualiti tinggi secara percuma.

Bagi yang baru merangkak-rangkak berblog, usah jadikan ia sebagai alasan untuk anda berputus asa. Anda boleh miliki website seperti seorang pro. Teruskan membaca dan Mamanet akan bantu anda untuk mengatasi masalah ini.

Anda mungkin sibuk dengan tugas lain hingga tidak sempat untuk google website gambar kualiti tinggi percuma di internet. Mamanet memahami masalah anda, jadi Mamanet sudah sediakan platform terbaik untuk anda tahu cara downloadnya secara percuma.

Cara download gambar berkualiti tinggi

Jangan risau, ramai sifu yang sudi share hal rahsia ini. Khususnya sifu saya ini, James Stafford. Beliau memang baik hati dan sedia membantu semua mama dan berkongsi dengan kita sebanyak 29 sumber gambar kualiti tinggi secara percuma ini.

Adat meminjam, perlulah berterima kasih. Jadi, kreditkan gambar-gambar anda itu dengan websitenya. Hal ini penting supaya jika ada yang meminjam pula dari website anda, dia akan tahu sumber gambar kualiti tinggi yang betul.

Mudahnya Nak Download Gambar Berkualiti Tinggi

Mudah sangat nak download gambar berkualiti tinggi ini. Buktinya Mamanet sudah kongsikan foto galeri yang Mamanet buat bagi semua gambar yang berkualiti tinggi dari Pixabay. Mudah saja caranya. Pergi saja ke website Pixabay. Kemudian pilih gambar yang dikehendaki.

Awas jangan buru-buru sebab ada banyak gambar menarik. Elok scrol semua dahulu kemudian barulah pilih mana yang disukai. Anda boleh pilih dari pelbagai segmen yang disediakan. Dari gambar thumnail itu anda perlu klik hingga keluar gambar lebih besar. Kemudian barulah piih butang download supaya anda dapat gambar yang beresolusi tinggi.

Baca Juga: BSpeed Bantu Tingkatkan Kejelasan Kikiran, Memori Dan Tumpuan Berfikir

Apa itu resolusi tinggi?

Aduh jika anda tidak tahu hal ini, mudah sahaja hendak faham. Ada dua cara hendak tahu berapa resolusinya iaitu dengan melihat pada senarai detail gambar di sidebar atau pun tekan cursor pada gambar dan pilih properties. Lihat bacaannya jika  72dpi hingga 180dpi sudah cukup untuk website. Makin tinggi bacaan dpi, ertinya ia sudah dikira resolusi tinggi atau gambar tidak pecah/blur jika dibesarkan. Gambar untuk cetakan biasanya memerlukan 300dpi.

Di sini, Mamanet ada beberapa website yang sudah siap dengan link untuk memudahkan anda download gambar tersebut.Jom kita tengok!

Unsplash.com


Deathtothestockphoto.com


Littlevisuals.co


Gratisography.com


Nos.twnsnd.co


 Morguefile.com


Lifeofpix.com


Picography.co


 Getrefe.tumblr.com


Jaymantri.com


Stocksnap.io

 

Splitshire.com

 

Superfamous.com

 

Picjumbo.com

 

Pexels.com

 

Pixabay.com

 

Publicdomainarchive.com

 

Freeimages.com

 

Snapwiresnaps.tumblr.com

 

Startupstockphotos.com

 

Freenaturestock.com

 

Jeshoots.com

 

Realisticshots.com


PENGECUALIAN: Perkataan WEBSITE berbanding LAMAN WEB kerana perkataan website lebih sering dicari berbanding laman web – Admin

Semoga perkongsian tentang memuat turun gambar kualiti tinggi ini bermanfaat untuk semua.

1 thought on “Cara Download Gambar Kualiti Tinggi Percuma”

  1. Pingback: PAMERAN BARANGAN KEMAS ANTARABANGSA HABIB DI IOI CITY MALL, PUTRAJAYA - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan

Recent Posts

  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme