Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
tumit kaki merekah

5 Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki Merekah

Posted on 10/14/202410/16/2024 by 123mamanet

Tumit Kaki Merekah memang tak cantik! Kalau pakai kasut, anda mungkin selamat tapi kalau pakai selipar atau kasut dengan tumit terbuka, macam mana?Biasanya salah satu penyebab tumit kaki merekah dikatakan selain daripada disebabkan kekurangan vitamin dan mineral. Tapi faktor utama masalah kulit kering adalah kerana kurangnya penjagaan kaki.

Isi Kandungan hide
1 Cara Mengatasi Tumit Kaki Merekah
2 Jom Amalkan!
2.1 Pakai Losyen
2.2 Pisang
2.3 Mentega Dan Gula Pasir
2.4 Hampas Serbuk Kopi
2.5 Lemon

Cara Mengatasi Tumit Kaki Merekah

Untuk mencegah terjadinya masalah tersebut, kita boleh melakukan penjagaannya secara rutin. Mungkin masih ada di antara kita yang masih tidak tahu cara untuk mengatasi atau menghilangkan tumit kaki merekah ataupun tumit pecah dan kasar.

tumit kaki merekah

Jom Amalkan!

Berikut beberapa berapa cara mengatasinya yang boleh diamalkan.

  1. Pakai Losyen

Kelenjar minyak yang sedikit pada bahagian tumit boleh membuatkan kulit kaki mudah kering. Jadi, untuk mengatasinya sapukan losyen atau pelembab pada kawasan tumit setelah mandi.

  1. Pisang

Buah pisang juga sangat efektif untuk mengubati dan mencegah kaki pecah-pecah. Ia mampu melembabkan kulit kaki yang kering.

Kita hanya perlu menghaluskan buah pisang secukupnya, kemudian sapukan pada bahagian kaki yang pecah-pecah sambil mengurutnya secara perlahan-lahan.Selepas itu, bilaslah kaki sehingga bersih.

  1. Mentega Dan Gula Pasir

Gunakan  mentega untuk mengurut tumit kaki yang pecah-pecah. Di samping itu, kita boleh campurkan dengan sedikit gula pasir.

Gabungan mentega dan gula pasir akan menjadi skrub semulajadi yang mampu menangalkan sel-sel kulit mati di tumit kaki.

  1. Hampas Serbuk Kopi

Selain menggunakan mentega dan gula pasir sebagai skrub semulajadi, kita boleh memanfaatkan penggunaan hampas serbuk kopi.

Jadi, setelah minum kopi, janganlah buang hampas serbuk kopi terpakai tersebut kerana ia boleh kita gunakan untuk menghaluskan tumit kaki  yang pecah-pecah. Lakukan massage secara melingkar di kawasan tumit kaki merekah menggunakan hampas kopi. Ia mempunyai kemampuan untuk meremajakan kulit serta menanggalkan sel-sel kulit mati.

Baca Juga:

Cara Menghilangkan Whitehead dan Blackhead

Tips Memilih Bantal Untuk Elak Sakit Tengkuk

 

tumit kaki merekah

  1. Lemon

Kita boleh haluskan tumit yang pecah-pecah dengan lemon dan juga manfaatkan penggunaan batu apung.

Caranya mudah sahaja, ambil air dan letakkan dalam baldi atau bekas. Kemudian, ambil sebiji lemon, dipotong dua dan perah airnya. Rendam kaki dalam larutan air perahan tersebut selama setengah jam.

Kemudian gosok tumit dengan batu apung dan bilas. Setelah itu, sapukan losyen atau pelembab bagi mencegah tumit kaki pecah-pecah.

Itulah beberapa cara mengatasi tumit kaki merekah secara semulajadi. Sebelum mengamalkan salah satu cara tersebut, pastikan kita telah mencuci bersih terlebih dahulu kawasan tumit kaki yang mengalami pecah-pecah. Setelah sembuh, jangan lupa untuk memberikan penjagaan ekstra agar masalah tersebut tidak berulang kembali.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Recent Posts

  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme