Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
makanan kesihatan wanita

Makanan Kesihatan Wanita, Ketahui 9  Rahsianya

Posted on 11/12/201611/13/2016 by 123mamanet
makanan kesihatan wanita
foto squarespace

Makanan kesihatan wanita dianggap terbaik adalah yang mengandungi zat seperti kalsium, asid lemak Omega-3, antioksidan dan beberapa jenis mineral serta vitamin. Ia adalah nutrisi yang tidak boleh diabaikan oleh kita pada setiap hari. 

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa RAHSIA kebaikan Makanan Kesihatan Wanita:

 

Memandangkan kita mempunyai organ peranakan yang agak kompleks, kita lebih mudah diserang dengan pelbagai macam penyakit yang berkaitan dengannya. Misalnya, penyakit kanser payudara dan kanser serviks. Ketahui juga maknan antikanser payudara.

 

Bagi menghindarinya, sudah pasti kita perlu menjaga kebersihan bahagian alat sulit dan juga kesihatan tubuh. Jadi, kita perlu bijak mengambil makanan kesihatan wanita yang terpilih dan terbaik bagi menjaga kesihatan kita secara menyeluruh.

 

Berikut beberapa RAHSIA kebaikan Makanan Kesihatan Wanita:

 

  1. Tomato
makanan kesihatan wanita
foto-wlimg

Tomato sebaiknya menjadi makanan yang wajib diambil oleh setiap wanita. Ini adalah kerana ia mengandugi sumber lycopene, antioksidan yang kuat untuk membantu melindungi wanita dari kanser serviks dan payudara.

 

 

 

 

  1. Bayam
makanan kesihatan wanita
foto-budgetbytes

Bayam diketahui sebagai sumber pelbagai vitamin, mineral dan tinggi magnesium. Magnesium merupakan zat yang dapat membantu mengurangkan masalah menstruasi seperti rasa bengkak di payudara, kembung  dan juga kembung perut.

 

Selain itu, pengambilan makanan kesihatan wanita seperti sayur bayam yang mengandungi antioksidan ternyata dapat mencegah radikal bebas yang mengundang sel kanser di dalam badan.

 

Bayam juga mengandungi zat anti kanser iaitu flavonoid yang akan memperlambatkan perkembangan sel kanser. Sayur ini juga bagus untuk daya ketahanan badan, penglihatan dan juga menjaga tekanan darah.

 

 

  1. makanan kesihatan wanita
    foto-ecavier

    Ikan Salmon

Bukan sekadar kaya dengan zat besi yang biasanya sering kurang pada wanita, ikan ini juga mengandungi lemak Omega-3 yang mampu memperbaiki mood kita. Dapat mengatasi masalah depresi, meningkatkan mood serta melindungi penyakit kanser dan juga Alzheimer.

 

 

 

 

 

  1. makanan kesihatan wanita
    foto-moslemforall

    Kacang-Kacangan

Kacang-kacangan seperti kacang tanah  memberikan banyak manfaat untuk kesihatan  dan juga kesuburan wanita. Ia mengandungi lemak yang rendah, merupakan sumber protein yang baik dan mempunyai serat yang dapat melindungi kita dari penyakit jantung dan kanser payudara.

 

Manakala emak Omega-3 yang terkandung dalam kacang tanah  memiliki sifat anti peradangan yang dapat mencegah artritis serta mengurangkan masalah penghadaman.

 

Di samping itu juga, tubuh menggunakan Omega-3 seperti yang dimiliki oleh kacang tanah untuk mengeluarkan hormon eicosanoid, yang akan meningkatkan pengaliran darah ke rahim, sehingga peluang untuk mengandung menjadi lebih cerah.

 

 

  1. Susu
makanan kesihatan wanita
foto-istockphoto

Susu adalah minuman paling wajib bagi wanita demi mempertahankan tulang.

 

Kalsium pada susu yang dikombinasikan  dengan vitamin D, mineral dan protein akan menjadi cara paling baik untuk mencegah osteoporosis.

 

Selain itu, susu juga baik untuk mencegah gejala PMS (pra menstruasi syndrome).

 

 

  1. Gandum
makanan kesihatan wanita
foto-newhealthadvisor

Gandum kaya dengan nutrisi tambahan kesihatan yang bagus untuk kesihatan wanita terutama buat wanita selepas bersalin.

 

Gandum mengandungi vitamin B6 dan asid folik  yang dapat menjaga kesihatan jantung, sistem penghadaman dan menjaga tekanan darah agar  tetap stabil.

 

Selain itu, gelaja PMS juga dapat diredakan dengan pengambilan makanan kesihatan wanita ini. Manakala asid folik dapat mencegah terjadinya kecacatan pada bayi yang baru lahir dan merupakan nutrisi penting bagi ibu mengandung.

 

Semoga info tentang Makanan Kesihatan Wanita ini bermanfaat buat semua.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme