Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
tukar kerja

Tukar Kerja, 5 Perkara Perlu Fikir Dulu!

Posted on 12/07/201612/14/2016 by 123mamanet

tukar kerjaSalah satu langkah yang paling kerap dipilih oleh para pekerja untuk mengembangkan kariernya adalah dengan resign atau tukar kerja.  ramai yang mengejar tawaran jawatan baru dengan gaji yang lebih tinggi.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum tukar kerja:

 

Sebenarnya tak salahpun kalau anda nak bertukar kerja, namun ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan tersebut.

 

Adakalanya gaji yang lebih tinggi, posisi yang lebih bagus dan fasiliti yang lebih memuaskan, belum tentu dapat membuatkan anda bahagia dalam menjalani aktviti harian anda di tempat kerja baru.

 

Jadi, adalah lebih baik sebelum anda membuat keputusan tersebut, fikir baik -baik. Anda perlu mencari dan memahami alasan yang tepat dan rasional supaya tidak menyesal di kemudian hari.

 

Ikuti juga mengenai masalah kerja dan urusan anak.

 

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum tukar kerja:

 

  1. Baca Balik Perjanjian Kerja

tukar kerja

Biasanya sebelum menerima sebarang kerja, terjalin sebuah perjanjian antara anda dan pihak majikan. Perjanjian tersebut biasanya tentang pematuhan peraturan kerja serta perjanjian lain yang merangkumi soal tangga gaji, kemudahan-kemudahan yang disediakan, sehinggalah prosedur berhenti kerja.

 

Bacalah dengan teliti tentang kontrak atau prosedur berhenti kerja dan keadaan yang perlu anda patuhi setelah membuat keputusan untuk resign. Jangan sampai anda dikenakan penalti disebabkan gagal mematuhi syarat kerja yang telah ditetapkan itu.

 

  1. Tentang Gaji

tukar kerja

Apakah sebenarnya tujuan utama anda bekerja? Tentulah soal gaji kan… Jadi, sebelum anda berfikir untuk berhenti dari tempat kerja, cuba bandingkan gaji akan akan anda peroleh di tempat kerja yang baru dengan tempat bekerja sekarang.

 

Jika perbezaannya terlalu sikit, adalah lebih baik jika anda berfikir habis-habisan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berhenti.

 

 

  1. Pihak Atasan

tukar kerja

Masalah ketidak puashatian dengan pihak atasan sering menjadi faktor utama kebanyakan orang berhenti atau tukar kerja. Sebelum membuat keputusan tersebut, adalah lebih baik jika anda renung-renungkan sikap pihak atasan di tempat kerja baru anda nanti.

 

Adakah, pihak atasan baru anda itu benar-benar jauh lebih baik? Jika ada tidak yakin dengan pihak atasan yang baru nanti akan lebih baik, lebih baik jangan tukar kerja!

 

 

  1. Rakan-Rakan Sekerja

tukar kerjaSatu lagi perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum bertukar kerja adalah tentang rakan-rakan sekerja. Disebabkan rakan-rakan sekerjalah  karier anda boleh berkembang maju.

 

Memiliki rakan-rakan sekerja yang menyakitkan hati atau busuk hati, suka dengki mendengki serta ‘kaki kipas’ tentu sahaja akan membuatkan suasana di tempat kerja anda menjadi cukup membosankan. Apatah lagi, jika anda terpaksa bekerja dalam satu team dengan mereka.

 

 

  1. Ilmu Dan Pengalaman

tukar kerjaMemilih tempat kerja bukan semata-mata untuk memperoleh gaji atau duit sahaja. Ada baiknya jika anda mendapatkan ilmu dan pengalaman baru kerana ianya akan bermanfaat sepanjang waktu.

 

Jadi, jika di tempat kerja sekarang anda tidak boleh mendapatkannya, oklah anda boleh berfikir untuk tukar kerja!

 

Itulah 5 perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk resign atau tukar kerja. Hakikatnya semua pekerjaan dalam dunia ini memenatkan. Namun, jangan patah semangat, semoga sukses!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme