Salah satu langkah yang paling kerap dipilih oleh para pekerja untuk mengembangkan kariernya adalah dengan resign atau tukar kerja. ramai yang mengejar tawaran jawatan baru dengan gaji yang lebih tinggi.
Sebenarnya tak salahpun kalau anda nak bertukar kerja, namun ada beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan tersebut.
Adakalanya gaji yang lebih tinggi, posisi yang lebih bagus dan fasiliti yang lebih memuaskan, belum tentu dapat membuatkan anda bahagia dalam menjalani aktviti harian anda di tempat kerja baru.
Jadi, adalah lebih baik sebelum anda membuat keputusan tersebut, fikir baik -baik. Anda perlu mencari dan memahami alasan yang tepat dan rasional supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Ikuti juga mengenai masalah kerja dan urusan anak.
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum tukar kerja:
- Baca Balik Perjanjian Kerja
Bacalah dengan teliti tentang kontrak atau prosedur berhenti kerja dan keadaan yang perlu anda patuhi setelah membuat keputusan untuk resign. Jangan sampai anda dikenakan penalti disebabkan gagal mematuhi syarat kerja yang telah ditetapkan itu.
- Tentang Gaji
Jika perbezaannya terlalu sikit, adalah lebih baik jika anda berfikir habis-habisan terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berhenti.
- Pihak Atasan
Adakah, pihak atasan baru anda itu benar-benar jauh lebih baik? Jika ada tidak yakin dengan pihak atasan yang baru nanti akan lebih baik, lebih baik jangan tukar kerja!
- Rakan-Rakan Sekerja
Satu lagi perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum bertukar kerja adalah tentang rakan-rakan sekerja. Disebabkan rakan-rakan sekerjalah karier anda boleh berkembang maju.
Memiliki rakan-rakan sekerja yang menyakitkan hati atau busuk hati, suka dengki mendengki serta ‘kaki kipas’ tentu sahaja akan membuatkan suasana di tempat kerja anda menjadi cukup membosankan. Apatah lagi, jika anda terpaksa bekerja dalam satu team dengan mereka.
- Ilmu Dan Pengalaman
Memilih tempat kerja bukan semata-mata untuk memperoleh gaji atau duit sahaja. Ada baiknya jika anda mendapatkan ilmu dan pengalaman baru kerana ianya akan bermanfaat sepanjang waktu.
Jadi, jika di tempat kerja sekarang anda tidak boleh mendapatkannya, oklah anda boleh berfikir untuk tukar kerja!
Itulah 5 perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan untuk resign atau tukar kerja. Hakikatnya semua pekerjaan dalam dunia ini memenatkan. Namun, jangan patah semangat, semoga sukses!
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]