Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
penyebab keputihan gatal

Penyebab Keputihan Gatal

Posted on 03/28/201609/13/2023 by 123mamanet

Sebagai wanita, adakah anda benar-benar tahu atau faham tentang penyebab keputihan gatal? Kalau rasa kurang faham, biar Mamanet perjelaskan apa yang menjadi punca atau penyebab keputihan gatal dan cara berkesan untuk mengatasinya.

Isi Kandungan hide
1 Masalah Keputihan
2 Penyebab Keputihan Gatal
2.1 Bakteria Dan Kulat
2.2 Virus Dan Parasit
2.3 Kurang Menjaga Kebersihan
3 Cara Mencegah Keputihan Gatal

penyebab keputihan gatal

Masalah Keputihan

Keputihan wajar dialami kaum wanita dan hampir semua wanita mengalami perkara ini. Mamanet pun pernah mengalaminya, tapi tidaklah sampai ke peringkat yang serius sebab Mamanet cepat bertindak untuk mengatasinya.

Keputihan merupakan cecair putih bening atau lendir yang berlebihan keluar daripada vagina atau alat sulit wanita.Dikatakan hampir 90% wanita pernah mengalami masalah keputihan gatal.

Walaupun tidak menyebabkan gangguan kesihatan yang serius, namun langkah pencegahan perlu cepat dilakukan agar keputihan gatal tidak menjadi bertambah parah. Khususnya menggangu hubungan suami isteri.

Baca Juga: Kulit Muka Sensitif

Penyebab Keputihan Gatal

Berikut beberapa penyebab keputihan gatal yang perlu anda ketahui:

  1. Bakteria Dan Kulat

Keputihan biasanya disebabkan oleh kulat ‘candida albicans’. Memandangkan ia bersifat parasit, kulat jenis ini cenderung menimbulkan rasa gatal di sekitar alat sulit wanita. Di samping itu, ia juga menimbulkan bau yang agak kurang menyenangkan.

Selain kulat, keputihan yang disebabkan bakteria ‘gardnerella’ dipanggil ‘bacterial vaginitis. Apabila jumlahnya banyak dan cukup lama, bakteria ini boleh menyebabkan keputihan yang berpanjangan sehingga menjadi penyakit yang lebih serius.

  1. Virus Dan Parasit

Keputihan yang disebabkan oleh virus biasanya bawaan daripada penyakit kelamin seperti HIV ataupun akibat daripada bertukar-tukar pasangan seks.

  1. Kurang Menjaga Kebersihan

Wanita yang kurang atau tidak menjaha kebersihan alat sulit lebih mudah terkena keputihan gatal.Setelah anda membuang air kecil atau besar atau pun selepas mengadakan hubungan seksual dengan pasangan, biasakan membasuh alat sulit dengan cara yang betul. Mulakan dari  arah depan ke belakang agar kotoran ataupun bakteria dari dubur tidak diangkut sekali dan masuk ke kawasan vagina.

 

Cara Mencegah Keputihan Gatal

  • Kena jaga kebersihan organ intim secara teratur. Gunakan pembersih yang tidak mengubah PH semulajadi Miss V.
  • Gunakan pakaian yang tidak terlalu ketat. Elakkan memakai seluar jeans ketat yang boleh meningkatkan kelembapan serta mengundang pertumbuhan kulat atau bakteia lebih cepat.
  • Gunakan seluar dalam daripada bahan cotton.
  • Anda perlu bijak mengawal stress kerana stress luaran dan dalaman boleh menganggu keseimbangan hormon serta mempengaruhi daya tahan tubuh yang boleh mengundang penyakit termasuk keputihan.
  • Jaga kebersihan alat sulit wanita dengan membasuhnya dengan air rebusan daun sirih yang telah dicampur dengan garam pink untuk mencegah datangnya penyebab keputihan gatal tersebut.

Anda mungkin gemar artikel ini  Masalah Gatal Celah Kelangkang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Pro Max Dilancar di Malaysia
  • Filem Khadam – Saka Keluarga Yang Menghantui
  • Domino’s Thick Crunch Pizza & Unbox Your Cravings
  • AEON MALL Eco Journey 2026 – Demi Masa Depan Lebih Baik
  • Rakuten Kobo Bawa eReader Terkini ke KLIBF 2026
  • Salonpas Malaysia Rai Pencapaian Global Salonpas®
  • Little Hajj 2026 – Little Caliphs® Didik Anak Mengenal Ibadah Haji
  • HUAWEI WATCH FIT 5 Kini Di Malaysia Dengan Ciri Premium
  • Anmum Essential Gold Sokong Minda & Mata Kanak-Kanak
  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Pro Max Dilancar di Malaysia
  • Filem Khadam – Saka Keluarga Yang Menghantui
  • Domino’s Thick Crunch Pizza & Unbox Your Cravings
  • AEON MALL Eco Journey 2026 – Demi Masa Depan Lebih Baik
  • Rakuten Kobo Bawa eReader Terkini ke KLIBF 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme