Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
khasiat garam

Khasiat Garam Buat Kulit Makin Cantik!

Posted on 07/04/202407/04/2024 by 123mamanet

Khasiat Garam. Mamanet yakin, tidak ramai yang tahu bahawa khasiat garam yang terkenal sebagai penyedap rasa masakan ini juga boleh membuatkan kulit  jadi semakin cantik! Betul, Mamanet tak tipu sebab Mamanet sendiri telah cuba mempraktikkan khasiat garam ini untuk kecantikan kulit dan rambut Mamanet.

Isi Kandungan hide
1 Kandungan Mineral Dalam Garam
2 Khasiat Garam Untuk Kecantikan
2.1 Skrub Wajah
2.2 Menghilangkan Jerawat
2.3 3. Pelembab Bibir
2.4 4. Penyegar Muka
2.5 Mengatasi Masalah Kulit Berminyak

khasiat garam

Kandungan Mineral Dalam Garam

Anda patut tahu, garam boleh dijadikan sebagai bahan untuk membersihkan wajah yang membuatkan kulit anda jadi semakin cantik.Kandungan mineral yang terdapat dalam garam seperti magnesium, potassium dan kalsium cukup berguna untuk kecantikan kulit wajah.

Khasiat Garam Untuk Kecantikan

  1. Skrub Wajah

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu campurkan sedikit garam bukit dengan facial oil atau minyak almond. Skrub wajah yang dihasilkan melalui khasiat garam ini cukup berguna untuk menanggalkan sel kulit mati serta menyamarkan kedutan.

Sapukan gabungan garam dan facial oil atau minyak almond yang telah digaul sebati tadi ke wajah anda, kemudian urut perlahan-lahan dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu barulah dibilas dengan air sehingga bersih.

 

  1. Menghilangkan Jerawat

Ingin bebas daripada masalah jerawat? Menghilangkan jerawat merupakan salah satu daripada khasiat garam yang mungkin selama ini tidak pernah anda fikirkan sama sekali.Garam juga mempunyai efek anti bakteria terhadap kulit.  Oleh sebab itulah ia dapat membantu menghilangkan jerawat.

Cuba larutkan garam dengan air suam.Kemudian, sapukan larutan garam tersebut dengan menggunakan kapas ke muka anda yang berjerawat. Biarkan selama 2 minit, selapas itu barulah dicuci sehingga bersih. Garam boleh membantu anda mengurangkan peradangan pada kawasan muka yang berjerawat.

 

Baca Juga: Jerawat Pasir

 

khasiat garam

3. Pelembab Bibir

Keadaan cuaca yang panas, pasti membuatkan bibir anda jadi pecah-pecah dan kering.Namun, anda tak perlu susah hati kerana anda boleh atasinya dengan menggunakan garam yang telah dicampur dengan vaselin.Caranya cukup mudah, anda hanya perlu menyapu kedua campuran bahan tadi pada bibir. Kemudian urut perlahan-lahan dan bersihkan dengan kain lembut yang lembab.

 

4. Penyegar Muka

Sukar menjadi penyegar atau toner muka yang sesuai dengan jenis kulit wajah anda?Ambil dua cawan air suam dan masukkan ke dalam botol semburan yang sudah diisi dengan garam.Goncang sehingga garam tersebut larut dan sejukkan dalam peti sejuk selama 10 minit. Setelah itu, ambillah kapas dan gunakannya sebagai toner atau penyegar muka. Penyegar dengan khasiat air garam ini  berguna untuk menutrisi kulit anda.

  1. Mengatasi Masalah Kulit Berminyak

Untuk mengurangkan minyak pada muka, isi air suam dengan satu sudu teh garam dalam sebuah botol semburan kecil. Kemudian semburkan pada wajah dan keringkannya.Lakukan dengan cara menepuk-nepukkannya menggunakan tuala muka yang lembut.

Baca Juga: Senaman Ringan Kempiskan Perut Buncit

1 thought on “Khasiat Garam Buat Kulit Makin Cantik!”

  1. Pingback: Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di Perut - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025
  • Farel Prayoga Lancar Lemak Manis 2025

Recent Posts

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme