Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di Perut

Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di Perut

Posted on 07/06/202407/06/2024 by 123mamanet

Cuba pegang perut anda sekarang, rasa-rasa ada banyak lemak tak? Kalau ada, jom praktik tiga Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di Perut yang Mamanet suka amalkan ini.

Isi Kandungan hide
1 Punca Kegemukan
2 Makanan Singkirkan Lemak
2.1 Kunyit
2.2 Lemon
2.3 Kulit Kayu Manis

Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di Perut

Punca Kegemukan

Tetapi sebelum anda mengamalkannya, anda perlu mengindari punca kegemukan dan perut buncit. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan cara mengatur keperluan zat, menjaga pola pemakanan dan jangan lupa untuk bersenam secara teratur.

Selain itu, elakkan kebiasaan memakan makanan ringan dan makan lewat malam sebelum tidur.

Baca Juga:

Kebaikan Timun Yang Tak Boleh Kita Abaikan

Khasiat Garam Bukit Buat Kulit Makin Cantik

Makanan Singkirkan Lemak

Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di Perut

Tahukah anda terdapat beberapa makanan yang boleh menyingkirkan lemak lemak  di perut dengan baik dan berkesan?

Berikut ialah kegunaan bahan di dapur sebagai Cara Cepat Menghilangkan Lemak Di Perut.

Kunyit

Sejak zaman dulu lagi kunyit telah dipercayai sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Kunyit dikatakan boleh dijadikan sebagai makanan semulajadi untuk menurunkan berat badan. Ia juga dianggap sebagai salah satu cara cepat menghilangkan lemak di perut.

Zat aktif yang terdapat dalam kunyit juga boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

Selain itu, nutrisi pada kunyit sangat baik untuk menurunkan kadar lemak di dalam tubuh dan menjaga glukos serta kalori dalam tubuh agar sentiasa stabil.

 

Caranya sangat mudah, ambil kunyit hidup sebesar ibu jari dan haluskan. Kemudian rebuslah dengan dua gelas air.

Tunggu smapai mendidih, kemudian tambahkan dengan dua sudu air asam jawa dan sedikit gula merah. Masakkan campuran ini sehingga tinggal segelas. Boleh diminum dalam keadaan panas dan sejuk.

 

Lemon

Cara cepat menghilangkan lemak di perut yang mungkin biasa anda dengar adalah dengan menggunakan khasiat buah lemon.

Nutrisi dan vitamin yang terkandung di dalamnya dikatakan boleh mengikis segala lemak di dalam tubuh dengan baik

. Pengambilan buah lemon sebiji sehari dipercayai boleh mengurangkan lemak di tubuh, menekan gula darah di tubuh serta melancarkan sistem penghadaman.

Cara membuatnya juga sangat mudah. Anda hanya perlu menyediakan sedikit halia yang telah dihaluskan. ½ biji lemon (ambil perahan air lemon) dan segelas air.

Campurkan kesemua bahan tersebut, kacau sehingga rata. Sebaiknya diminum sebelum anda bersarapan pagi.

Air perahan lemon bermanfaat sebagai detoks untuk membuang zat-zat racun dalam tubuh. Penambahan halia berfungsi untuk meningkatkan metabolisme yang akan membakar kelebihan lemak dalam tubuh.

Campuran teh lemon, halia dan daun pudina pula adalah bonus! Tahukah anda bahawa pudina dapat mengurangkan hormon lelaki?

Untuk anda yang mahu kurangkan masalah bulu lebat boleh amalkan minum teh ini dua cawan sehari.

Kulit Kayu Manis

Penggunaan kayu manis juga dikatakan boleh menjadi cara cepat mengilangkan  lemak di perut yang boleh anda cuba. Kayu manis sering dijadikan pemanis semulajadi.

Nutrisi dan vitamin yang terdapat pada kayu manis dipercayai boleh menurunkan kadar glukos dalam tubuh dan menurunkan kadar lemak di tubuh.

Pengambilan kayu manis secara teratur pada setiap hari bukan hanya membantu menurunkan berat badan dan menghilangkan lemak.

Malahan, khasiat kayu manis juga mampu untuk melawan diabetis, kanser dan risiko jantung.

Anda hanya perlu menambahkan kayu manis pada makanan ataupun minuman. Selain dapat memberikan aroma yang cukup menyelerakan, kayu manis juga akan membakar lemak di perut agar segera hilang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme