Aiskrim Malaysia | Siapa yang boleh menolak untuk menikmati aiskrim Malaysia yang cukup enak? Aiskrim Malaysia adalah salah satu makanan kegemaran yang mengingatkan kita kepada kenangan zaman kanak-kanak dan menjadi sebahagian daripada warisan kulinari Malaysia yang unik. Bagi anda yang belum pernah menikmatinya, cubalah aiskrim Malaysia. Ia bukan sekadar pencuci mulut; ia adalah pengalaman rasa bernostalgia dan penuh dengan nikmat kegembiraan!
Dikongsikan 10 resepi kekayaan rasa aiskrim Malaysia, yang mana boleh membuatkan anda jatuh cinta berkali-kali dengan sebatang aiskrim Malaysia yang manis!
Jom cuba, 10 Respi Aiskrim Malaysia Sedap & Viral
Aiskrim Malaysia Choki Choki
Bahan-Bahan:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- Choki Choki
- 5 tin air
- Plastik aiskrim
- 3 sudu makan tepung jagung
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Sediakan susu dan Choki Choki
Langkah 2
Masukkan susu ke dalam periuk. Kemudian tambah air sebanyak 5 tin. Tambah tepung jagung. Buka api.
Langkah 3
Sentiasa kacau supaya tidak hangit sampai mendidih. Apabila mendidih, jangan terus tutup api. Tunggu sehingga 5-10minit untuk mendapatkan aiskrim yang lembut.
Langkah 4
Tutup api dan tunggu adunan sejuk. Ambik Choki Choki dan masukkan ke dalam plastik aiskrim. Ratakan Choki Choki dengan kad dan buat corak. Kemudian, tuang base susu yang dibuat dan simpul aiskrim. Tunggu sehingga beku dan setelah itu barulah dinikamti.
Kredit Cookpad: Nor Syakila Azmi
Baca Juga: Rendang Masak Hitam
Resipi Ais Krim Malaysia Jelly
Bahan-Bahan:
- 2.5 l air tapis
- 1 cawan gula
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 1 sudu kecil garam
- 4 sudu besar tepung jagung
- 5 cup jelly berlainan warna
- Plastik aiskrim
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Panaskan air tapis. Masukkan gula dan garam. Biarkan gula mencair.
Langkah 2
Masukkan susu pekat dan susu cair. Bancuh tepung jagung bersama sedikit air. Masukkan ke dalam air tadi. Kacau. Biarkan sedikit mendidih. Tutup dan biarkan suam.
Langkah 3
Isikan jelly ke dalam plastik aiskirm
Langkah 4
Setelah bancuhan tadi suam, tuangkan bancuhan ke dalam plastik aiskrim yang berisi jelly.
Langkah 5
Ikat kejap supaya tidak terbuka. Bekukan selama 5 jam ke atas atau sehingga aiskrim beku. Setelah beku, sedia untuk di nikmati.
Kredit: Cookpad (Nana Isya)
Aiskrim Malaysia Creamy Corn
Bahan-Bahan:
- 2.5 liter air
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 1 tin creamy corn
- 1 sudu kecil sirap ros
- 5-4 sudu besar kordial jagung
- 1 1/2 cawan gula pasir (boleh tambah/kurang jika suka)
- 1/2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 4 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Masukkan air dalam periuk bersama gula. Biarkan masak sehingga larut dan sedikit mendidih
Langkah 2
Kemudian masukkan susu pekat dan susu cair. Godak sehingga sebati. Biarkan ia mendidih lagi.
Langkah 3
Masukkan pula air bancuhan tepung jagung.
Langkah 4
Masukkan kordial jagung, sirap ros dan creamy corn. Godak lagi sehingga sebati dan biarkan ia mendidih. Dah siap boleh tutup api.
Langkah 5
Akhir sekali, boleh masukkan dalam plastik aiskrim, ikat dan bekukan. Dah siap!
Kredit: Cookpad (RH Kitchens)
Aiskrim Malaysia Kacang Merah
Bahan-Bahan:
- 150 g paste kacang merah
- Pau Goreng
- 1 sb tepung jagung(bancuh sikit air)
- 1 cawan air
- 1 sb gula
- 1/2 tin susu cair
- Susu pekat secukupnya
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Campur semua bahan dalam periuk.
Masak atas api sederhana dan sentiasa kacau sampai mendidih.
Langkah 2
Biar suam dan masukkan dalam plastik aiskrim.
Kredit: Cookpad (Hana Yayayaqisya)
Aiskrim Malaysia Green Tea
Bahan-Bahan:
- 2 sudu besar green tea
- secawan air panas
- 1 liter air suam
- 1 tin susu pekat manis
- Plastik aiskrim secukupnya
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Rendamkan green tea didalam air panas. Kemudian tapis dan buang hampasnya.
Langkah 2
Campurkan air teh tersebut kedalam air suam. Tambahkan susu pekat. Kacau sehingga susu larut. Sukatan susu pekat bergantung kepada citarasa sendiri.
Langkah 3
Isi air green tea kedalam plastik aiskrim sehingga habis. Bekukan selama 24 jam atau lebih.
Langkah 4
Siap untuk hidangan.
Kredit: Cookpad (Ziana Chesaad)
Baca Juga: Kuih Bangkit
Ais Krim Malaysia Asam Boi
Bahan-Bahan:
- Asam boi secukupnya
- 10 sdm gula
- 1 liter air
- Plastik aiskrim secukupnya
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Bancuhkan gula dan air hingga larut. Kemudian masukan asam boi.
Langkah 2
Sediakan corong untuk memudahkan isian air ke dalam plastik. Ambil asam boi masukan ke dalam plastik dan masukan air asm boi. Isian jangan terlalu penuh supaya senang untuk menyimpul plastik.Ulangi proses hingga selesai.
Langkah 3
Semuanya dah siap. Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk beku sebelum sedia untuk dinikmati.
Kredit: Cookpad (Aza Aaj)
Aiskrim Malaysia Choki Paddle Pop
Bahan-Bahan:
- 1 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 7 tin air
- 1 paket serbuk dadih perisa vanilla
- 6 sudu besar gula
- 1 sudu kecil perisa vanilla
- 3 sudu besar tepung jagung
- Sedikit Pewarna pink, kuning dan biru
- Choki Choki coklat paste
- Plastik aiskrim
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Sediakan bahan-bahan. Letak susu pekat, susu cair, gula dan air ke dalam periuk.
Langkah 2
Masak hingga mendidih, masukkan serbuk dadih dan tepung jagung dan kacau rata. Tutup api, bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan.
Langkah 3
Letak sedikit pes coklat Choki Choki ke dalam plastik aiskrim dan ratakan. Sudukan adunan dadih ke dalam plastik aiskrim secara selang seli ikut warna. Ikat dan kemas kan. Bekukan dalam freezer selama 4 – 5 jam.
Kredit: Cookpad (Nurul Razali)
Aiskrim Malaysia Nutella
Bahan-Bahan:
- 1.5 liter air
- 1 tin susu cair
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan gula
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 cawan Nuttela
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Didihkan air. Masukkan susu cair, susu pekat, gula. Kacau perlahan hingga gula larut.
Langkah 2
Masukkan tepung jagung dan garam. Biar sedikit mendidih. Tutup api dan sejukkan.
Langkah 3
Dalam plastik ais krim masukkan Nuttela. Lurut biar sekata. Bila susu telah suam, tuang dalam plastik Nuttela itu tadi. Kemudian ikat kemas. Sejuk kan.
Kredit: Cookpad (Nana Isya)
Milky Choc Ice Scream
Bahan-Bahan:
- 2 cawan susu segar
- 4 sudu besar chocolate spread
- Plastik aiskrim
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Sediakan bahan : susu segar, plastik aiskrim dan chocolate spread.
Langkah 2
Ambil satu sudu chocolate spread dan masukkan dalam plastik aiskrim. Ratakan
Langkah 3
Tuang susu segar sehingga paras yang anda mahu.
Langkah 4
Sejukkan.
Langkah 5
Sedia dimakan. Sedap nya.
Kredit: Cookpad (Nurul Kefftya)
Ais krim Milo
Bahan-Bahan:
- 1 tin susu pekat manis
- 6 tin air (guna tin susu yang sama)
- 2 setengah sudu besar tepung jagung
- 2 penutup esen vanilla
- 1/2 sudu kecil garam
- 5 senduk kecil serbuk Milo
- 30 helai plastik aiskrim
Cara Penyediaan:
Langkah 1
Tuangkan 1 tin susu pekat manis ke dalam periuk, kemudian masukkan 6 tin air (guna tin susu yang sama) dan masukkan 2 setengah sudu tepung jagung. Kacau rata supaya tidak berketul.
Langkah 2
Masukkan 2 penutup esen vanilla, 1/2 sudu kecil garam. Hidupkan api memasak dan kacau. Apabila bancuhan susu tadi telah panas, masukkan 5 senduk kecil serbuk Milo. Kacau dan masak sehingga bancuhan mendidih, kemudian padamkan api memasak. Sejukkan.
Langkah 3
Setelah sejuk, boleh tuangkan ke dalam plastik aiskrim, ikat dan simpan di dalam peti sejuk beku semalaman. Kemudian sedia untuk dimakan.
Kredit: Cookpad (Pn Yani)