Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
warna hitam

Tudung Warna Hitam Pilihan Ramai Wanita. Ini Alasannya!

Posted on 05/02/202305/02/2023 by 123mamanet
tudung warna hitam

Anda gemar memakai tudung warna hitam? Punya banyak koleksi? Tak disangkal lagi warna hitam menjadi salah satu warna yang sangat popular dan begitu digemari ramai, termasuklah wanita berhijab.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA ALASAN WANITA MENYUKAI TUDUNG WARNA HITAM:

Warnanya yang simple dan neutral membuatkan para hijabers menyenangi. Lagipun pemilihan warna yang tepat seperti tudung hitam ini akan membuatkan wajah nampak lebih berseri-seri sehingga kita akan berasa lebih selesa dan yakin walaupun berhijab.

Malahan ia  juga akan membuatkan mood kita menjadi lebih baik. Di samping itu, pemakaian hijab hitam juga mampu menciptakan kesan rahsia dan misteri yang amat disukai oleh ramai wanita!

tudung warna hitam

BERIKUT BEBERAPA ALASAN WANITA MENYUKAI TUDUNG WARNA HITAM:

1. SENANG NAK MATCHING

Tudung warna hitam boleh menjadi peneutral dan amat sesuai digayakan  dengan warna-warna terang.

Selain itu, warna hitam juga boleh  meneutralkan pakaian yang bermotif meriah. Boleh dikatakan hampir semua warna pakaian sesuai untuk dipadankan dengan hijab warna hitam.

Lebih-lebih lagi jika kita mempunyai banyak pakaian yang berwarna-warni, sudah tentu hijab warna hitam ini akan membantu kita dalam melakukan ‘mix and match’.

Artikel Lain: Butik Chenta Lunar Lubuk Baju Cantik-Cantik

2. SUSAH NAMPAK KOTOR

Banyak kelebihan apabila kita memilih hijab berwarna hitam ini. Selain tidak mudah nampak kotor, kita juga boleh  bermain-main dengan warna hijab hitam dengan motif polkadot, flora ataupun abstrak.

Adalah lebih menarik jika kita memilih warna hitam yang polos dengan menambah aksesori yang berwarna-warni supaya penampilan kita nampak lebih seimbang.

tudung warna hitam

3. KELIHATAN CANTIK DAN ELEGAN

Warna hitam adalah warna yang menonjol dan mampu membuatkan kita nampak lebih elegan.

Jadi, sebagai wanita yang ingin nampak cantik, anggun dan ada ‘kelas’, sudah pasti memilih hijab warna hitam sebagai warna favourite.

4. MEREDAKAN STRESS

Pemilihan hijab berwarna hitam dikatakan juga dapat membantu meredakan stress. Ini adalah kerana sifatnya yang menyerap segala sesuatu termasuk energi negatif.

Apapun tudung berwarna hitam adalah item fesyen yang wajib kita miliki dalam almari. Ini adalah kerana hijab warna hitam ini dapat menyelamatkan penampilan kita dengan perpaduan belbagai warna, motif atau detail rekaannya.

Artikel Lain: Alert! Tanda-Tanda Stress Datang

Kredit Foto: Sumber Internet

2 thoughts on “Tudung Warna Hitam Pilihan Ramai Wanita. Ini Alasannya!”

  1. Pingback: BY CHEFIZA PILIH UMMI NAZEERA SEBAGAI DUTA TUDUNG BCY - 123mamanet
  2. Pingback: PENGASAS SKIN DESSERT PERJELASKAN ISU TULAR - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme