Kepentingan peranan seorang bakal bapa sepanjang tempoh kehamilan isteri memang tidak dapat disangkalkan. Sepanjang tempoh tersebut, tidak dinafikan lagi suami adalah insan utama yang diharapkan dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada isteri mereka.
Namun kebanyakan lelaki lazimnya tidak mengetahui bagaimana untuk membantu isteri mereka yang sedang mengalami perubahan emosi dan fizikal ketika melalui fasa penting untuk bergelar seorang ibu.
Adakalanya hanya dengan kata-kata atau perbuatan yang bermakna oleh para suami mampu membuatkan bakal ibu yang lesu dan kepenatan kembali ceria dan bersemangat. Sebagai jenama yang menyokong para ibu dan bakal ibu, Anmum™ Materna menerusi kempen terbaharunya ingin memberi galakan sepenuhnya kepada para bapa untuk terus menjadi sumber kekuatan bakal-bakal ibu.
Sebagai sumber kekuatan yang utama, para bapa kini akan diberi panduan supaya dapat terus memberi sokongan kepada isteri mereka sepanjang tempoh hamil dari segi emosi dan nutrisi.
TIP-TIP DAN MAKLUMAT DIBERI AGAR BAKAL BAPA AKAN LEBIH BERSEDIA UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA ISTERI
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]
BACA: MENGHILANGKAN RASA MUAL DENGAN 20 LANGKAH
Kempen ini direka khas untuk berkongsi panduan dengan para bapa agar lebih memahami cabaran yang dialami isteri mereka sepanjang tempoh kehamilan. Melalui tip-tip dan maklumat yang diberikan, para bapa akan lebih bersedia untuk memberi sokongan sepenuhnya dari segi emosi dan nutrisi kepada isteri mereka.
“Sebagai seorang bapa, saya sangat memahami perasaan para suami yang tidak tahu bagaimana untuk membantu isteri hamil yang sedang mual, mengalami kekejangan dan beremosi,” kata Jose Miguel Porraz, Pengarah Urusan Fonterra Brands Malaysia.
“Anmum™ Materna memberikan dedikasi sepenuhnya dalam menyokong para ibu dan bakal ibu sepanjang proses kehamilan yang menakjubkan dengan menyokong sumber kekuatan utama mereka, iaitu para bapa. Kempen ini adalah cara kami untuk membantu golongan bapa memainkan peranan yang lebih aktif sewaktu kandungan isteri semakin membesar. Harapan kami semoga panduan-panduan ini dapat merapatkan lagi hubungan para bakal ibu dan bapa dalam menjalani proses kehamilan bersama-sama,” katanya lagi.
Kempen ini dimulakan dengan video menyentuh hati yang menampilkan kisah sebenar pasangan selebriti Shukri Yahya dan Tya Adnan sepanjang kehamilan kandungan pertama mereka.
Kisah penuh emosi ini akan memaparkan kisah suka duka mereka sepanjang proses kehamilan, bermula dengan detik menggembirakan tatkala mengetahui yang mereka telah dikurniakan zuriat.
Penonton akan dapat menyaksikan perbezaan perspektif di antara bakal ibu dan bakal bapa dalam kisah mereka ini.
Shukri akan berkongsi debaran dan kerisauannya apabila dia mengetahui yang dia bakal bergelar seorang bapa. Namun, ini tidak menghalangnya untuk terus menyokong Tya dalam menghadapi perubahan dari segi mental dan fizikal ketika mengandung.
TONTON FILEM BERTAJUK “KAU TAK KESEORANGAN” INI
[kad_youtube url=” https://www.youtube.com/watch?v=u1ecXj9YT8I” ]
PENONTON VIDEO BOLEH MENDAFTAR UNTUK DAPATKAN MEMO MR PAPA YANG MENGANDUNGI TIP UNTUK BAKAL BAPA
Pada penghujung setiap video, penonton akan dijemput untuk mendaftar untuk Memo Mr Papa di mana para bapa boleh mendapatkan maklumat tentang perkembangan kandungan isteri mereka dan tip untuk memberi sokongan dari segi emosi dan nutrisi kepada isteri tercinta sepanjang kehamilan.
Melalui sumber yang sangat berguna ini, bakal-bakal ibu dan bapa akan menerima notifikasi emel harian dan tip berkaitan emosi dan nutrisi serta maklumat terkini kempen berdasarkan perkembangan kandungan setiap individu. Contohnya, tip nutrisi memberikan panduan tentang kepentingan nutrien-nutrien berbeza semasa kehamilan. Contoh tip lain termasuklah saranan yang boleh diamalkan oleh bakal bapa untuk memberi sokongan emosi kepada isteri apabila mereka mengalami mabuk hamil dan sebagainya.
Bagi meraikan perjalanan bakal para ibu dan bapa ini, 100 pasangan pertama yang mendaftar akan menerima sejambak bunga percuma yang digubah khas oleh Le Tresor Flower.
Sepanjang kempen ini, pasangan-pasangan bakal ibu dan bapa turut berpeluang memenangi hadiah yang mengalakkan pengambilan diet seimbang dengan menerima penghantaran hidangan tengah hari yang lazat dan berkhasiat selama seminggu daripada Food Matters, sesi fotografi materniti bagi mengabadikan detik-detik indah kehamilan daripada Bebe Photography dan peluang untuk beristirehat dengan pakej percutian “Babymoon”!
Kepentingan sokongan emosi sememangnya penting sepanjang kehamilan, namun keperluan nutrisi ibu mengandung juga perlu dititikberatkan untuk si ibu dan tumbesaran kandungan yang sihat.
Ketika hamil keperluan sesetengah makronutrien dan mikronutrien seperti protein, folat dan zat besi akan meningkat sebanyak 50%**. Ia mungkin mencabar untuk ibu hamil untuk mencapai keperlukan nutrien-nutrien ini menerusi diet biasa.
Susu formula rendah lemak Anmum™ Materna membantu menyokong keperluan nutrien tambahan untuk ibu hamil dan perkembangan janin dalam aspek-aspek penting seperti penghasilan sel darah merah, penghasilan tenaga, pembentukan tulang dan gigi yang kuat serta mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.
**Berdasarkan USDRI
Dapatkan maklumat lanjut tentang kempen Memo Mr Papa dan kerjasama ini di memomrpapa.anmummaterna.com.my.