Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
belajar berenang

Belajar Berenang, Bila Usia Untuk Mula?

Posted on 12/11/201612/15/2016 by 123mamanet

Berenang merupakan salah satu senaman yang luar biasa dan semua orang boleh mendapat manfaatnya termasuklah bayi. Tetapi, apakah saat  atau usia terbaik untuk si buah hati ini belajar berenang?

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa perkara yang perlu anda diberikan perhatian sewaktu mengajak anak bermain air ataupun belajar berenang, diantaranya:

 

Kini semakin ramai ibubapa yang sudah menyedari kepenting serta kebaikan berenang buat anak mereka.Sebenarnya tidak ada jangkamasa khusus pada usia berapa anak-anak ini boleh belajar berenang. Namun, ada yang mengatakan sebaik-baiknya mereka diajar berenang pada usia empat tahun ke atas memandangkan pada waktu ini kemampuan motoriknya  sudah semakin matang.

 

 

Jika anak-anak ini belajar berenang pada usia yang terlalu mentah (1-4 tahun) atau sebelum kemampuan motoriknya matang, ianya tidak membantu anak lebih menguasai teknik berenang. Teknik berenang yang dimaksudkan adalah teknik yang betul dan cara-cara berenang yang betul.

 

Belajar berenang tidak sama dengan bermain-main di dalam air. Berenang adalah salah satu life skill yang diperlukan dalam hidup. Namun, mengajak bayi berenang boleh membahayakan jika tidak dilakukan dengan tepat.

 

Ketahui juga mengenai tip memilih kasut untuk bayi baru berjalan.

 

Berikut beberapa perkara yang perlu anda diberikan perhatian sewaktu mengajak anak bermain air ataupun belajar berenang, diantaranya:

 

belajar berenang

1.Pastikan anda dan juga anak anda berada dalam keadaan yang sihat. Di samping itu pastikan juga mood anda berada dalam keadaan yang baik ketika mengajarnya berenang. Situasi ini akan membuatkan anda menjadi lebih sabar.

 

  1. Ketika anak sedang belajar berenang atau bermain air, anda mestilah sentiasa berada di sisinya. Anda tidak boleh terlalu jauh dari jangkauan bagi mengatasi sebarang kejadian yang tidak diingini.

 

Apatah lagi, jika ketika anak pertama kali memasuki kolam dalam. Ada kemungkinan anak akan berasa takut dan sedikit cemas.Pastikan anak benar-benar selesa berada di dalam air.

 

  1. Sebagai langkah permulaan, ajaklah anak bermain-main di tepian kolam dulu.Sedikit demi sedikit barulah ajak ke kolam yang lebih dalam.

 

belajar berenang

Di samping itu,anda perlu  memperhatikan suhu dan cuaca jika ingin membawa anak belajar berenang di kolam renang.

 

Anda juga perluApa memilih kolam renang yang sememangnya sesuai buat anak yang kandungan airnya tidak mengandungi banyak klorin dan sebagainya. Ini akan membantu menghindari masalah kulit pada anak.

 

 

  1. Jika anak anda masih bayi atau berumur di bawah 1 tahun, adalah lebih baik mengajarnya berenang di kolam yang berukuran kecil.Isi dengan air panas suam, dan apabila anak sudah biasa dengan keadaan kolam, baru isi dengan air paip biasa.

 

 

  1. belajar berenangApabila bermain di kolam yang besar atau dalam, jangan lupa pakaikan anak dengan jaket penyelamat bagi mengelakkannya tenggelam.

 

  1. Fahami reaksi atau tindak tanduk anak sewaktu sedang belajar berenang. Jangan memasak anak yang sememangnya takut untuk bermain di dalam air. Ajarlah anak dengan sabar dan perlahan-lahan sehingga si anak rela melakukannya.

 

  1. Perhatikan juga pengaliran air, sebaiknya jangan sampai air masuk ke dalam mulut dan ditelannya. Kemasukkan air dalam jumlah yang banyak boleh membuatkan tindakbalas garam dalam darah.

 

Lagipun air di dalam kolam tersebut belum dipastkan kebersihannya dan boleh menimbulkan masalah penghadaman si anak.

 

Itulah beberpa perkara yang perlu anda berikan perhatian sewaktu si anak bermain di dalam air ataupun belajar berenang. Semoga bermanfaat!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme