Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
barangan preloved

Bergaya dengan Barangan Preloved – Trend atau Low Class?

Posted on 10/28/2024 by 123mamanet

Adakah anda pernah mendengar istilah preloved? Dalam dunia fesyen masa kini, preloved membawa maksud barangan yang telah dimiliki atau dipakai oleh orang lain, tetapi masih dalam keadaan baik dan berkualiti untuk dijual semula. Tidak terhad kepada pakaian, ia juga boleh merangkumi aksesori, beg tangan, kasut dan juga barang-barang perhiasan.

Isi Kandungan hide
1 Trend Beli Barangan Preloved
1.1 Kelebihan Membeli
1.2 Membantu Mengurangkan Pembaziran
1.3 Preloved – Simbol Kemewahan atau Low Class?
1.4 Cara Memilih Barangan Preloved Yang Berkualiti
2 Kesimpulan

barangan preloved

Trend Beli Barangan Preloved

Mungkin ada yang menganggap bergaya dengan barangan preloved sebagai tanda “kelas  bawahan”  (low class). Namun, hakikatnya, trend membelinya kini semakin popular. Malah menjadi simbol gaya hidup yang bijak dan bertanggungjawab.

Memilih preloved sebenarnya mampu meningkatkan gaya anda dengan cara yang lebih unik dan mesra alam!

  1. Kelebihan Membeli

Salah satu kelebihan utama membelinya ialah peluang untuk menjimatkan wang sambil memperoleh barangan berkualiti tinggi. Barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel atau Gucci mungkin agak mahal jika dibeli baru.

 

Tetapi melalui pembelian tersebut, anda boleh mendapatkannya pada harga yang jauh lebih rendah. Ini membuka peluang kepada ramai untuk bergaya dengan item premium tanpa perlu berbelanja besar.

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada anda untuk tampil dengan gaya yang unik. Barangan yang terjual di pasaran preloved kebiasaannya merupakan koleksi lama yang tidak lagi dihasilkan menjadikan pemakainya tampil dengan gaya eksklusif yang sukar ditiru.

  1. Membantu Mengurangkan Pembaziran

Dalam dunia “fast fashion” yang penuh dengan lambakan barangan baru setiap musim, membeli preloved adalah satu langkah bijak untuk mengurangkan pembaziran.

Setiap kali kita membeli barangan tersebut, kita membantu memanjangkan jangka hayat item tersebut. Ini bermakna kita menyumbang kepada usaha mengurangkan sisa fesyen yang semakin membimbangkan.

Baca Juga:

Perlukah Bertahan Demi Cinta?

5 Cara Mudah Hilangkan Tumit Kaki Merekah

 

 

barangan preloved

  1. Preloved – Simbol Kemewahan atau Low Class?

Anggapan bahawa barangan preloved adalah simbol low class mungkin datang dari persepsi lama. Namun, kini semakin ramai selebriti dan ikon fesyen yang berkongsi minat mereka terhadap barangan tersebut.

Bahkan, membelinya sudah menjadi trend fesyen yang diterima oleh masyarakat di seluruh dunia, tidak kira latar belakang. Di negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, dan negara-negara Eropah, kedai-kedai vintage dan platform dalam talian yang khusus untuk barangan preloved seperti Depop dan Vestiaire Collective semakin diminati.

Apabila selebriti dan influencer turut mempromosikan barangan tersebut, kita dapat melihat peralihan perspektif di mana preloved kini dianggap sebagai pilihan fesyen yang lebih bijak dan berkualiti. Malah sering dikaitkan dengan nilai eksklusif dan vintage yang unik.

 

barangan preloved

  1. Cara Memilih Barangan Preloved Yang Berkualiti

Jika anda berminat untuk mula membelinya, beberapa panduan boleh membantu anda membuat pilihan yang tepat. Pertama, pastikan anda membeli daripada sumber yang dipercayai, sama ada melalui kedai vintage, laman web khusus atau penjual yang diyakini.

Periksa juga keadaan barang tersebut – semak tanda-tanda seperti kelusuhan, kotoran atau kecacatan sebelum membuat pembelian. Barangan preloved berkualiti selalunya dijaga rapi oleh pemilik asalnya, jadi jangan takut untuk bertanya jika perlu.

 

Kesimpulan

Membeli dan bergaya dengannya bukan lagi satu perkara yang dianggap low class. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa kita seorang pembeli bijak yang menghargai nilai barangan dan mengambil langkah untuk lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Menariknya, bergaya dengan barangan tersebut bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga memperlihatkan keunikan diri yang tidak boleh didapati di mana-mana.

Jadi, adakah anda masih ragu-ragu untuk mencuba gaya preloved? Mulakan langkah kecil dan lihat sendiri bagaimana barangan preloved mampu membawa gaya dan identiti baru kepada penampilan anda!

6 thoughts on “Bergaya dengan Barangan Preloved – Trend atau Low Class?”

  1. You have a message № 456. Open >> https://telegra.ph/Go-to-your-personal-cabinet-08-25?hs=4da98f6e697dfc347dc6af7736829d73& says:
    11/01/2024 at 5:31 AM

    tga3zt

  2. Pingback: Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) -Juara Trader Dunia 2024 - 123mamanet
  3. Pingback: Black Friday Sale - Jualan Hebat Kian Popular di Malaysia - 123mamanet
  4. Pingback: CNY 2025 - Fesyen Berani & Unik Bersama AEON - 123mamanet
  5. Pingback: Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON - 123mamanet
  6. Pingback: PLUS COLLECTION X IZZATI SUKA, YANG MANA BEST? -

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Nafesa Memperkenalkan Koleksi The Alhambra Monogram
  • Mentholatum LIPCARE Lip Perfector Serum Lip Gel Baharu
  • Pakar Derma Bertauliah – Rundingan & Pemeriksaan Kulit
  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday
  • Dododots Pimple Patches – Pek Mini Kini di 7-Eleven Malaysia!
  • Rohto-Mentholatum 30 Tahun di Malaysia dengan “Little Nurse”
  • Masalah Obesiti – Kenali Punca & Solusi Sihat
  • Beg Tangan AS x Sally – Koleksi Eksklusif Elegan & Trendy
  • SugarBun Umum Kerjasama Strategik dengan Sedaplycious

Recent Posts

  • Nafesa Memperkenalkan Koleksi The Alhambra Monogram
  • Mentholatum LIPCARE Lip Perfector Serum Lip Gel Baharu
  • Pakar Derma Bertauliah – Rundingan & Pemeriksaan Kulit
  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme