Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
badan lesu

BILIK TIDUR PUNCA BADAN LESU? WAJIB BACA 7 PENYEBABNYA!

Posted on 02/24/201702/24/2017 by 123mamanet

Badan lesu atau terasa lemah ketika bangkit dari tidur adalah perkara yang sering dialami oleh kebanyakan orang.

Isi Kandungan hide
1 BEBERAPA PERKARA YANG BOLEH MEMBUATKAN MEROSAKKAN KUALITI TIDUR SEHINGGA BADAN LESU YANG MANA AKHIRNYA KITA JATUH SAKIT:

Tahukah anda bilik tidur yang berantakan, udara pengap dan lembab dalam bilik tidur boleh mengundang badan lesu atau tidak bermaya pada keesokan harinya.

Ini adalah kerana keadaan ruang bilik lembab dan tidak selesa menyebabkan insomnia, sehingga membuatkan tidur kita menjadi tidak lena dan sering terbangun pada tengah malam.

Kurang tidur boleh menyebabkan badan kita kurang berenergi, badan lesu, muka kelihatan kurang sedar dan boleh mempengaruhi mood dan fikiran kita.

Meskipun nampak biasa, tetapi perkara ini tetap tidak menyenangkan. Bahkan jika tidak diatas segera perkara ini boleh menyebabkan produktiviti kita menjadi semakin menurun.

Bilik tidur yang bersih bukan untuk ditayang-tayangkan kepada orang lain, melainkan demi kebaikan diri kita sendiri.

Sebenarnya ada cara mudah untuk mengatasinya iaitu dengan mencari punca atau penyebabnya. Dengan mengetahui penyebabnya, masalah badan lemah atau lesu ketika bangkit dari tidur di pagi hari dapat segera di atasi.

BACA: 5 SEBAB KENAPA ANDA SUSAH TIDUR MALAM 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

badan lesu

BEBERAPA PERKARA YANG BOLEH MEMBUATKAN MEROSAKKAN KUALITI TIDUR SEHINGGA BADAN LESU YANG MANA AKHIRNYA KITA JATUH SAKIT:

  1. TEMPAT TIDUR

Salah satu perkara yang memainkan peranan penting yang menjadi faktor badan lesu atau rasa sakit ketika bangun dari tidur adalah tempat tidur.

Menjaga kebersihan bilik tidur menjadi suatu perkara penting supaya terhindar dari diserang pelbagai penyakit.

badan lesu

2. BANTAL DAN SELIMUT

Bakteria dan selimut menyimpan cukup banyak bakteria, kulat dan tungau. Paling kurang kita boleh mengganti bantal setahun sekali jika tidak dicuci untuk menghindarkan diri dari penyakit.

3. TINGKAP

Pastikan perjalanan udara di bilik tidur berjalan dengan baik. Buka tingkap setiap pafi. Terpaan angin sejuk dan udara pagi yang segar boleh menghilangkan kelembapan dan juga bau bilik yang kurang sedap.

Cuma, pada sebelah malam, jangan lupa menutup tingkap ketika tidur. Mungkin nampak remeh, tetapi ia sebenarnya cukup serius di mana udara dan angin yang masuk boleh menerbangkan udara kotor dari luar, debu, kulat dan sebagainya. Ketika menghirupnya sudah pasti berbahaya untuk kesihatan kita.

badan lesu

4. BINATANG PELIHARAAN

Jika  kita mempunyai kebiasaan untuk membiarkan binatang atau haiwan peliharaan kita tidur bersama-sama, berhati-hati. Ini adalah kerana bulu, debu, kulat atau bakteria yang melekat pada tubuh mereka boleh menimbulkan pelbagai menyakit.

Perkara ini jelas akan membuatkan kualiti tidur dan yang lebih parah akan membuatkan badan lesu atau rasa sakit ketika bangun tidur.

badan lesu

5. VACUUM CLEANER

Membersihkan bilik tidur yang terdapat karpet mungkin menjadi lebih mudah dengan adanya vacuum cleaner.

Namun, setelah menggunakannya jangan diletakkan di ruag bilik tidur kita kerana sisa-sisa debu atau kulat yang tidak tersedut dengan betul boleh dihirup dan mengudang pelbagai penyakit.

badan lesu

6. TONG SAMPAH

Tong sampah memang berguna apabila diletakkan di dalam bilik tidur. Segalanya akan menjadi lebih mudah. Tapi sayangnya, kebanyakan dari kita malas untuk membuang sampah-sampah ini dan membiarkannya sampai menggunung.

Pemandangan ini bukan sahaja menyakitkan mata, tetapi boleh menimbulkan gangguan kesihatan. Sekiranya kita betul-betul memerlukan tempat sampah, letakan di depan bilik tidur dan bukan di dalamnya!

badan lesu

7. PAKAIAN KOTOR

Pakaian yang tergantung-gantung atau bersepah di sana sini menyebabkan bilik tidur kita menjadi tidak kemas. Biasanya di bilik tidur kita akan meletakkan pakaian sesuka hati.

Jadi, tidak harianlah banyak pakaian kotor berselerakkan di bilik tidur.  Memang mengerikan! Selain mengundang bakteria, kulat dan sebagainya, ia turut mengundang nyamuk untuk datang.

Adalah lebih baik jika kita menyediakan bekas pakaian kotor yang tertutup untuk menyimpannya. Tapi, janan menunggu pakaian tersebut menimbun, sebaliknya segeralah mencuci walaupun sedikit.

badan lesu

Itulah beberapa perkara yang boleh menjadi penyebab badan lesu yang disebabkan oleh keadaan bilik tidur kita yang kurang bersih. Semoga bermanfaat untuk semua dan biasakan diri untuk mengemas atau membersihkan bilik tidur kita pada setiap pagi!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme