Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
rahsia kecantikan wanita

Bongkar 6 Rahsia Kecantikan Wanita Jepun

Posted on 11/30/201612/14/2016 by 123mamanet
rahsia kecantikan wanita
foto-top101news

Rahsia Kecantikan Wanita yang ingin Mamanet kongsikan ini akan membuatkan anda sedar betapa pentingnya menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk kecantikan anda.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah rahsia kecantikan wanita Jepun yang boleh diamalkan:

 

Sebenarnya ada banyak bahan-bahan semulajadi yang menjadi rahsia kecantikan wanita Jepun ini. Rahsia tersebut sudah diketahui oleh ramai orang. Khasiat bahan-bahan semulajadi yang sering digunakan oleh wanita Jepun untuk kecantikan adalah seperti teh hijau dan air cucian beras.

 

Teh hijau dipercayai bermanfaat membantu memperlambatkan proses penuaan dan menjaga kulit awet muda serta tetap anjal.Manakala penggunaan air cucian beras digunakan sebagai mandian bagi melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas, sehingga membuatkan kulit menjadi lebih cerah dan lembut.

 

Ikuti juga 5 petua kulit cantik agar anda kelihatan lebih seksi.

 

Sebenarnya untuk memiliki wajah dan kulit cantik semulajadi, kita boleh lakukan dengan mudah dan dibuat sendiri di rumah.

 

Berikut adalah rahsia kecantikan wanita Jepun yang boleh diamalkan:

 

  1. Vitamin C
rahsia kecantikan wanita
foto-foreverbloomskincare

Mereka memasukkan vitamin C dalam kehidupan sehari-hari.Mereka mengamalkan diet yang terdiri dari buah oren atau limau, yang  bermanfaat menghilangkan oksigen dan memecahkan melanin kulit.

 

Kandungan vitamin C yang tinggi dapat membantu menghilangkan tanda-tanda pigmentasi dan memberikan warna kulit yang lebih cerah.

 

 

  1. Minyak Semulajadi
rahsia kecantikan wanita
foto-salonaturi

Wanita Jepun menggunakan minyak semulajadi untuk membersihkan atau merawat wajah mereka. Kita juga boleh mencuba menggunakan minyak-minyak dari bahan semualjadi atau herba bagi tujuan yang sama.

 

Minyak essential seperti minyak kayu  cendana mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan kulit. Minyak ini mampu mengurangkan kesan-kesan jerawat di muka, bintik-bintik hitam serta menegangkan kulit muka.

 

 

  1. Adzuki
rahsia kecantikan wanita
foto-cdn2-stylecraze

Rahsia kecantikan wanita Jepun yang mungkin ramai tidak mengetahuinya adalah menggunakan Adzuki, iaitu sejenis kacang merah.

 

Wanita Jepun menggosok muka mereka dengan lembut menggunakan adzuki, yang dipercayai mampu menghaluskan kulit serta bebas dari kesan-kesan jerawat dan bintik-bintik hitam.

 

 

  1. Rumpai Laut
rahsia kecantikan wanita
foto-edryskin

Penggunaan rumpui laut sebagai bahan semulajadi dalam dunia kecantikan bukanlah sesuatu yang asing. Khasiatnya untuk kecantikan dan juga kesihatan terlalu banyak.

 

Rumpui laut sangat membantu untuk menegangkan serta membersihkan kulit. Kita  boleh memanfaatkannya bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah dan mengurangkan pori-pori muka.

 

 

  1. Minyak Bunga Camelia
rahsia -kecantikan wanita
foto-celebrity4u-xyz

Minyak bunga camelia sangat bermanfaat untuk membantu melawan tanda-tanda penuaan, menghapuskan kedutan dan garis-garis halus di muka serta mengembalikan keseimbangan kelembapan pada kulit yang kering.

 

Selain itu, para wanita Jepun turut menggunakan minyak bunga camelia ini untuk menanggalkan kesan solekan atau mekap.Selain itu muka, minyak bunga camelia juga turut digunakan untuk merawat rambut dan menjadikannya lebih lembut dan kuat sehingga ke akar rambut.

 

 

6.Urutan Chizu Saeki

rahsia kecantikan wanitaUrutan Chizu Saeki merupakan gerakan memutar ketika mengurut muka. Tepuk-tepuk lembut dagu, sebelum mengurut muka.

 

Ianya akan merangsang pengaliran darah sehingga membantu meremajakan sel kulit. Bahkan, otot akan menjadi kuat dan kulit akan menjadi anjal serta awet muda.
Tapi ingat ya, sebelum memulakan urutan pastikan tangan sentiasa bersih sebelum mula menyentuh muka.

 

Cara Betul Mengurut Muka Dengan Teknik Chizu Saeki

  1. Urut Bahagian Pipi

Lakukan gerakan memutar dengan kedua jari telunjuk dan jari tengah di bahagian tulang pipi. Setelah itu, usap pipi dari bahagian rahang sampailah ke tulang pipi dengan jari-jari tangan anda.

 

Kemudian, tekan-tekan lembut kawasan rahang. Setelah itu, lakukan pula gerakan memutar dari arah telinga menuju ke hidung.

 

  1. Urut Kawasan Mata

Usap hujung bibir hingga ke hujung hidung dan tekan-tekan lembut. Kemudian, lakukan gerakan memutar di kedua sisi mulut dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah.

 

Setelah itu, cubit perlahan-lahan kawasan di atas dan di bawah mulut.

 

  1. Urut Bahagian Mata

Lakukan gerakan memutar di sekitar kelopak dan dahi. Kemudian letakan jari telunjuk dan jari tengah di antara kedua kawasan kening, setelah itu tukar arah kening secara bergantian kanan dan kiri.

 

Kemudian, usaplah dari kawasan bahagian mata sehingga ke telinga pula.

 

  1. Urut Bahagian Dahi, Rahang Dan Dagu

 

Lakukan gerakan memutar dari dagu hingga ke telingga di sepanjang garisan rahang. Kemudian, tukar pula ke kawasan dahi.

Tekankan jari telunjuk dan jari tengah anda ke bahagian atas kening, kemudian urut dengan gerakan memutar ke arah garisan rambut.

 

Itulah beberapa rahsia kecantikan wanita Jepun yang membuatkan mereka nampak cantik dan awet muda. Semoga bermanfaat buat anda semua.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme