Buffet Ramadan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kembali lagi dan untuk tahun ini bertemakan “Cita Rasa Muhibbah”. Ia bermula pada 25 Mac hingga 19 April 2023.
“Cita Rasa Muhibbah” Tema Menu Buffet Ramadan SACC
Menurut Ketua Pegawai Operasi, En. Mohd Yusof bin Mahmud, Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan tradisional hasil daripada pencampuran budaya pelbagai kaum etnik yang telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Mengambil inspirasi daripada pencampuran budaya dan situasi masyarakat yang majmuk di Malaysia – SACC memilih “Cita Rasa Muhibbah” sebagai tema untuk menu buffet Ramadan
Chef SACC yang diketuai oleh Chef Rizal Nahar bersama-sama kumpulan chef SACC menyajikan kompilasi hidangan tradisi setiap kaum dengan gabungan lebih daripada 100 sajian menarik khas buat pengunjung SACC. Setiap kali Ramadan juga, sudah menjadi kelaziman bagi SACC untuk menyediakan hidangan utama iaitu Kambing Kebuli yang sering menjadi tumpuan pengunjung.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa seperti Ayam Bakar Bersantan, Kambing Varuval, Ikan Stim Ala Nyonya, Daging Bakar Masak Lemak, Udang Goreng Telur Asin dan sebagainya.
Di samping itu, SACC turut menyediakan gerai makanan yang menyajikan Mee Kari Nyonya, Apam Lenggang, Gerai Mamak, Aneka Goreng-Goreng, Sup Periuk dan banyak lagi.
Artikel Lain: Resepi Sambal Tempe Kering Pedas
Menyedari unjuran agama Islam untuk perbanyakkan ibadah di bulan Ramadan, SACC mengambil mengambil satu lagi inisiatif mulia untuk bekerjasama dengan pihak MyFundAction dalam membantu mengumpul dana untuk penambahbaikan Program Pendidikan Kanak-Kanak B40 di Selangor.
Program CSR ini memberi peluang kepada pengunjung SACC untuk “Berbuka sambil Beramal”. Mekanisma yang digunakan adalah melalui setiap baucar pembelian awal Buffet Ramadan yang dijual dengan harga RM88.00+, RM1.00 akan disalurkan bersama-sama dengan sumbangan lain kepada program yang telah diamanahkan oleh MyFundAction ini.
Sementara itu, bagi pelanggan korporat, Pakej Korporat ditawarkan dengan harga bermula daripada RM98.00+ lengkap dengan penggunaan ruang dewan, seleksi menu, system audio dan visual – khas buat tetamu anda. Jika ingin menempah pakej ini, anda bolehlah menghubungi SACC dan berbincang dengan pegawai jualan terbabit.
Harga Yang Ditawarkan Untuk Buffet RamadanSACC 2023
Hanya RM98.00+ untuk dewasa dan RM58.00+ untuk kanak-kanak (7 hingga 12 tahun). Sementara itu, kanak-kanak yang berusia 6 tahun dan kebawah akan dijamu secara percuma.
Bagi yang merancang untuk berbuka bersama rakan niaga atau kaum keluarga, ini adalah peluang terbaik untuk mendapatkan penjimatan melalui promosi istimewa yang kini berlangsung di laman sesawang SACC; www.sacc.com.my/ramadan-buffet dengan hanya RM78.00+ bagi promosi pembukaan 6 hari awal dan RM88.00+ bagi promosi pembelian awal Buffet Ramadan SACC 2023.
Jika anda ingin membuat tempahan awal, anda boleh menghubungi SACC di talian 03-5511 8858. Maklumat lanjut boleh layari laman Facebook: SACCOfficialnew dan Instagram: shahalamconventioncentre