Resepi membuat sambal tempe kering dan pedas ini sangat ringkas dan boleh dijadikan hidangan tambahan penyedap selera.Biasanya sambal goreng tempe digandingkan dengan kacang tanah dan ikan bilis. Rasanya yang ranggup, manis, masin dan pedas cukup membangkitkan selera!
Jom Cuba Resepi Sambal Tempe
Tempe sangat mudah untuk diolah menjadi masakan yang enak dan salah satu menu dari Dapur Mamanet mahu kongsikan ialah sambal tempe kering dan pedas.
Dalam tempoh tak lebih dari 15 minit, sambal tempe ini sudah boleh dihidangkan. Senang sangat memasaknya!
CUBA JUGA: RESEPI MEE SUP SABA PEDAS
Banyak Manfaat Makan Tempe!
Soybean Foods
Lagipun banyak manfaat atau kebaikan bila kita makan tempe ni. Tempe banyak mengandungi serat pangan, kalsium, karbohidrat, vitamin B, zat besi dan keratin.
Di samping itu, tempe juga mengandungi antioksidan dan probiotik yang bagus untuk kesihatan, terutama pada saluran penghadaman.
Manakala kandungan antioksidan insoflavon jugua memainkan peranan yang baik dalam melawan sebarang serangan radikal bebas seperti penyakit degenerative (atherosclerosis, jantung koroner, diabetes mellitus dan hipertensi) serta beberapa jenis kanser seperti kanser pancreas, prostat dan payudara.
Tempe diperbuat dari kacang soya yang telah difermentasikan. Tempe berkhasiat di makan untuk semua peringkat usia kerana mudah dihadamkan.
Boleh Disimpan Lama
Sambal tempe kering dan pedas ini juga boleh tahan lama. Bagi membuatkannya tahan lebih lama dan sedap, pastikan kita menggunakan tempe yang berkualiti dan digoreng sehingga betul-betul kering.
Berikut Resepi Sambal Tempe Kering Pedas & Sedap
Bahan yang diperlukan:
250 gram tempe (dipotong kecil-kecil)
Kacang tanah secukupnya
Ikan bilis secukupnya
Cili giling secukupnya
Kicap manis
Gula merah
1 biji lada besar( dipotong serong)
Minyak untuk mengoreng secukupnya.
Bahan yang diperlu dihaluskan:
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
garam dan serbuk perasa secukupnya.
Artikel Lain: Resepi Cara Berlauk Tuna
Cara Membuatnya:
1.Goreng tempe terlebih dahulu sehingga kekuningan. Setelah masak, angkat dan toskan.
2.Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing dan angkat serta toskan minyaknya.
3.Kemudian goreng pula kacang tanah sehingga masak, angkat dan toskan.
4.Gunakan kuali dan minyak menggoreng yang lain.Kemudian, tumis bahan-bahan yang perlu dihaluskan (bawang merah,bawang putih, halia).
5.Setelah naik bau, jatuhkan pula cili giling, kacau sehingga rata dan garing.
6.Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan pula gula merah dan kicap manis. Gaul sehingga rata.
7.Setelah itu, masukkan pula tempe, kacang tanah dan ikan bilis yang sudah digoreng tadi serta cili besar yang sudah dipotong serong. Gaul rata dan masak sehingga kering.
8.Setelah itu, cubalah rasa, jika masih terasa tawar, tambahkan serbuk perasa, gula merah dan garam.
9.Selesai semuanya, padamkan api dapur dan sambal tempe kering dan pedas sudah sedia untuk dihidangkan.
10.Semoga resepi sambal tempe sedap, garing dan rangup ini dapat menambah keenakan hidangan yang anda sediakan untuk seisi keluarga.
Kredit Photo: Google
4 thoughts on “Resepi Sambal Tempe Kering Pedas”
Comments are closed.