Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
buku digital

Portal Kota Buku Digital – Platform Perbukuan Terbesar

Posted on 03/17/202309/08/2023 by 123mamanet

Portal Kota Buku Digital Malaysia merupakan sebuah platform perbukuan digital terbesar negara dibangunkan oleh PKB.  Ia mengumpulkan keseluruhan ekosistem industri buku termasuklah penerbitan, penulisan, penterjemahan, jualan, dagangan dan pelbagai aktiviti perbukuan.Bertujuan memudahkan masyarakat secara amnya dan murid sekolah khususnya bagi mendapatkan akses kepada buku serta variasi bahan bacaan berkualiti dan terkini secara saksama dengan lebih efisien.

Isi Kandungan hide
1 Portal Kota Buku Digital Malaysia
2 Menggunakan Kad Prabayar Visa

 

Buku Digital

Portal Kota Buku Digital Malaysia

Perbadanan Kota Buku (PKB) ini merupakan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia telah menjalinkan kerjasama strategik bersama Merchantrade Asia Sdn. Bhd. (Merchantrade) dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menawarkan pilihan kepada fungsi e-dompet ‘Merchantrade Money’. Acara itu telah disaksikan oleh YBrs. Tuan Muhammad Kamil bin Abdul Munim, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Malaysia baru-baru ini.

Buku Digital

Menggunakan Kad Prabayar Visa

Menerusi jalinan kerjasama strategik ini, pihak Merchantrade menyatakan komitmen untuk menyediakan kemudahan kewangan dan pembayaran menerusi tawaran pilihan kepada fungsi e-dompet ‘Merchantrade Money’. Di mana ia turut disertakan dengan Kad Prabayar Visa sebagai pemudahcara pembelian buku secara digital di platform Kota Buku Digital Malaysia.

Inisiatif ini juga akan memberi galakan kepada masyarakat amnya dan murid khususnya terhadap transaksi kewangan secara digital. Di samping mewujudkan ekosistem baharu tanpa tunai di peringkat sekolah sejajar dengan agenda Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menerajui Dasar Pendidikan Digital.

 

Baca Juga : Anak Tak Minat Membaca Buku

Penyediaan kemudahan kewangan secara digital melalui pilihan kepada fungsi e-dompet ini juga akan mewujudkan persekitaran pengurusan kewangan yang lebih efisien, telus dan tepat di samping meningkatan kuasa beli pengguna dalam pasaran industri buku.

Usaha ini juga akan menghasilkan bank data industri buku yang lebih signifikan dan tepat bagi mengenal pasti corak budaya pembacaan masyakarat Malaysia sekaligus memudahkan pihak Kerajaan dan penggiat industri buku untuk membuat keputusan dan menggubal dasar demi kemajuan industri buku negara.

Baca Juga : Review Novel Terima Kasih Allah

PKB amat berharap dengan penyediaan pilihan kepada fungsi e-dompet di portal Kota Buku Digital Malaysia ini akan membuka ruang pertimbangan untuk mengembalikan semula pemberian ‘Baucar Buku’ yang boleh ditambah baik pelaksanaannya melalui pemberian ‘e-Baucar Buku’ secara digital kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan diperluaskan kepada murid di sekolah untuk menggalakkan budaya pembacaan ke arah pembinaan masyarakat madani.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Mohd Khair bin Ngadiron, Ahli Lembaga Pengarah PKB; Puan Adibah binti Omar, Ketua Pegawai Eksekutif PKB; dan Encik Ramasamy K. Veeran, Pengarah Urusan Merchantrade.

2 thoughts on “Portal Kota Buku Digital – Platform Perbukuan Terbesar”

  1. Pingback: Tabung Didik Zakat PPZ -MAIWP - 123mamanet
  2. Pingback: EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme